Bacaan Doa Malam-Malam Terakhir Ramadan

 
“Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain”

MUNAJAT RAMADHAN…


Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…


Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, 

Dengan rasa rendah diri, 

Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah… 

Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.


Ya Fattahu Ya ‘alim…


Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. 


Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, 

Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. 

Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami ya Allah…


Ya Allah Rabbul Jalil….


Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. 


Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu 

Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, 

Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang kesusahan. 

Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, 

Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua.


Justeru ya Allah…ampunilah semua dosa kami... berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu ya Allah…


Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…


Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami... 

Kami memohon agar setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami… kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah… ya Rahman…pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami…kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah.


Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. 

Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan…

Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu ya Allah…..


Ya Allah….

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh… golongkanlah mereka dalam golongan orang yang Engkau redhai… apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik… dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah…


Ya Allah Ya Azizz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yg tenang dan tenteram… hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab… Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..

Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, 
jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, 
jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, 
jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. 

Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti... 
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak... Ya Fattahu Ya ‘Alim…

Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu... sebaliknya, janganlah kau jadikan kami dari golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.


Ya Allah….

Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, 

Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, 

Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya... 

jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, 

Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang…


Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah…

Janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…


Tapi, 

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…


Jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. 


Ya Allah… temukanlah kami dgn lailatul qadr…

Pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr…

Ya Allah... terimalah amalan kami...

terimalah taubat kami...

ampunkanlah segala dosa kami…

amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi… 

kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya…


Amiin… Ya Rabbal ‘Alamiin.


SUMBER

Post a Comment

5 Comments

  1. aaminnn. boleh amalkan ni, dah saat saat akhir kan

    ReplyDelete
  2. aamiin....
    baru baca jugak posting doa ni tadi..sedih.. antara doa yg ayah MA baca kalau kami berjemaah..memang sayu sangat...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.