Bayar Saman Trafik Tahun 2022 Hanya RM50 Sehingga 21 Mei 2023

Assalamualaikum wbt

 


Adakah kalian dah semak yang kalian ada saman PDRM ke tidak? Ya lah, kadang kita tak perasan kan, kita tertekan pedal minyak tu kuat sikit masa jalan kosong, lebih-lebih lagi masa memandu di lebuh raya. Sedar-sedar dah 160 kmj, rasa macam bawak 70kmj.

Eh bukan SR! Orang lain. Hahahah 

Jangan lupa tau, kalau ada saman yang tahun 2022 atau sebelumnya, setiap saman sekarang ada diskaun tau. Hanya perlu bayar RM50 sahaja. Masih ada diskaun ni walau dah seminggu kita berhari raya, berkuatkuasa sehingga 21 Mei 2023 nanti.

Apa lagi, ambillah peluang ni. Bukan senang nak jimat dalam bab-bab ni gais. Sebenarnya cara terbaik nak jimat adalah jangan kena saman terus, tapi macam SR kata tadi, kot ada yang tanpa sengaja terrrrlaju ke kan.

Yang paling bagus adalah langsung tak buat kesalahan semasa memandu, semestinya!

Tak tahu ada saman ke tidak? Pun jangan risau, silalah semak. Senang sahaja cara untuk menyemak jika ada saman dari polis atau tidak:

Cara Check Saman JPJ dan Check Saman Polis:

SMS Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan dan Hantar ke 15888 atau 32728. 
Contoh – POLIS SAMAN CDK1 atau POLIS SAMAN 920201115394.

Senang bangat, hanya pastikan ada telefon bimbit yang aktif. Sekejap sahaja dah dapat reply. SR semak SR punya, tiada saman, Alhamdulillah.

Moga SR dan kalian terus berhemah di jalan raya, gittew...

Semak, semak, semak gais! Dan selamat bayar saman! 

Post a Comment

4 Comments

  1. undang2 manusia, suka suki je tukar peraturan., sbb tu org suka tangguh2kan byr saman, untung2 xyah byr saman., kannns ;p

    ReplyDelete
  2. siapa yang banyak tunggakan tu bolehlah ambil peluang untuk buat bayaran..

    ReplyDelete
  3. Orang yang banyak saman macam uncle memang suka ni.... hehehehe

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.