Assalamualaikum wbt
Apa khabar semua? Semoga sihat selalu hendaknya. SR ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan yang bergelar seorang ibu. Semoga terus sihat untuk anak-anak!
Semalam, SR dan zaimi menghabiskan sepagian kami di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Saja bawa anak-anak mandi-manda sambil-sambil menenangkan fikiran. Tak payah kalut nak masak bawa bekal berkelah ke apa, zaimi kata pergi awal-awal, dan sarapan terus saja dekat sana.
Settle.
Habis aje makan nasi lemak yang sedap tu, kami terus gerak ke kolam. Ya, walaupun Ulu Bendul ni kawasan sungai, tapi dekat sini ada dibina kolam yang menggunakan air sungai tu juga. Ada beberapa kolam, yang berbeza kedalaman.
Anak-anak SR memang terus serang kolam yang 0.45 meter kedalamannya. Kira macam kolam kanak-kanaklah. Siap ada gelungsur. Memang lamalah kami menunggu dekat tepi kolam ni semalam. Tak puas-puas main dalam tu.
![]() |
Penunggu Kolam |
![]() |
Basah kuyup |
![]() |
Ayu sakan berenang |
Masing-masing main air tu sampai kecut segala kulit yang ada. SR dan zaimi memang tak sangka anak-anak nak berlama-lama di kolam tu. Sebab rancangnya, mandi dekat kolam tu dahulu sekejap, lepas tu nak gerak ke kawasan jeram.
Jenuh pujuk.
Sebab masing-masing macam dah tak ingat dunia!
Tapi akhirnya berjayalah ajak adam, amir dan ayu keluar dari kolam. Sebab memang nak ke sungai pula ni. SR pun teringin juga nak berendam di Ulu Bendul ni! Haha! Jadi, terus berjalan ke sungai, cari port yang okey sikit untuk letak beg.
![]() |
Ha jom meredah batu!
Entah berapa kali SR tersepak batu dalam air, menjerit-jerit jari kaki SR. Lutut SR pun siap terlanggar batu. Tipulah kalau cakap tak sakit! Tapi demi nak masuk air, ku redah!
Asalnya nak rendam sampai buku lali je. Sebab tu SR pakai jeans. Tak plan langsung nak berendam 1 badan! Sekali, zaimi kata, bagi phone dan kunci kereta, dia suruh SR berendam. Hadiah hari ibu kot. Apa lagi!
![]() |
Anak-anak gelak je tengok! |
Yeay!
Seronok! Sekali-sekala berendam hahaha!
Dahlah musim-musim panas ni kan, sedap sungguh rasa.
Dah penat mandi sungai, on the way balik ke kereta, nakkkk lagi mandi kolam. Ha masuklah pula kolam 0.9 meter sekejap. Kasi betul-betul puas hati lah kiranya. Mandi, melompat, terjun... semua ada. Dalam 1pm jugalah kami gerak balik rumah.
![]() |
Di kolam 0.9 meter |
Balik, singgah McD Senawang, lalu drive-thru. Makan Mekdi aje tengahari tu. SR malas nak masak ahahaha. Alhamdulillah, Allah SWT bagi peluang cipta memori dengan anak-anak di Ulu Bendul semalam. Anak-anak memang sangat happy, balik rumah semua keletihan.
Nanti ada rezeki kita repeat lagi ye anak-anak!
9 Comments
sonoknyer uoolss, hehe
ReplyDeletecantik tempat mandi manda di ulu bendul ni, dulu masa bercouple2 rajin dating kt sini hehhehe sekarang tak pernah datang lagi
ReplyDeleteSampai kecut la jari budak2 tu!
ReplyDeleteBestlah dapat menyejukkan badan
ReplyDeletecantik tempatnya sonok nampak syaz zaimi n anak2 bermain air
ReplyDeleteMemang sesuailah kan musim panas gini.
ReplyDeleteLain kali boleh cuba datang awal pagi, orang tak ramai…”tempat ini ana yang punya!” 😁
Alaaa....lama betul x mandi kat ulu bendul lepas kes kepala air dulu tu...ni musim panas boleh la pergi mandi situ kan..kalau musim hujan jangan sesekali pergi...dulu zaman anak dara suka la pi berkelah, buat bbq kat sini..skrg..ermm...malas jer lebih
ReplyDeleteooooohhh dah elok kejadian Ulu Bendul ni ye. Lama nau ammi tak pergi sebab mengenangkan jam nak menghala ke area situ.
ReplyDeleteRasanya musim panas ni memang sesuailah ke sana kan...sejuk sikit badan
Sedap mandi tu
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)