Adam dan Amir

Assalamualaikum wbt

#throwback


Masa ni amir baru beberapa bulan, rambut masih fesyen cukur bantal. Haha. Masa ni, adam sibuk nak jaga adik dia. Mula-mula, adam macam banyak malu dengan amir, tapi bila SR dah habis berpantang di rumah emak dan balik sambung berpantang di rumah sendiri, SR banyak libatkan adam sebab nak dia develop rasa 'nak jaga' dan sayang adik dia.


Walaupun amir kecil lagi, SR perhati je, adam banyak aje bercakap dengan amir. Entah apa yang dia orang bualkan. Amir pulak macam faham aje apa yang abang dia bebelkan.


Sampai ke hari ni, dua beradik ni akrab. Mungkin sebab sama jantina. Mainan dan kebanyakan benda yang lain, sama dan boleh kongsi. Sekarang dua-dua fasa menakal. Asyiklah main bola dalam rumah. Kelepung kelepung dalam rumah!

Penat main bola, sambung main bola dalam komputer pula. Main The Sims la, main Robloxlah... Memang mulut asyik berborak aje dua beradik ni. 

Tapi kalau gaduh, memang bertumbuk juga.

Semoga hubungan rapat adam dan amir berkekalan sampai dewasa, tua dan ke syurga. Amin! Jangan lupa jaga ayu, omak dan ayah ya, abang-abang!

Post a Comment

4 Comments

  1. Hahaha.. baru nak tanya, gaduh tak?

    ReplyDelete
  2. kawan baik kawan gaduh ni...sy ramai anak buah lelaki kalau time gaduh mmg sepak tumbuk tu biasa...kita yg tengok pula seram lps tu elok je baik semula

    ReplyDelete
  3. Orang tua pun ada fesyen cukur bantal... hehehehe

    ReplyDelete
  4. tapi selalunya anak sulung ni dia ada naluri akan sayang dan jaga adiknya

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.