Cupcake Untuk Ayu Yang Demam

Assalamualaikum wbt


Harini sebenarnya hari ketiga ayu demam panas. Panas betul badan dia, bila check suhu guna thermometer infrared Medisana tu, nah suhu main range 37.8 ke 39 degree Celsius aje. Risau juga, memang terus bawa ke klinik.

Tak pastilah dapat dari mana. Kalau ikutkan, hari Rabu haritu, kami ada perjumpaan 3 penjuru di tadika dia. Masa tu dia elok-elok sahaja. Balik tu kami pergi kedai makan untuk tapau nasi, masa nak masuk kereta, adalah dia kena hujan sikit.

Lepas selesai makan, terus demam sampailah hari ni. Jadi nak pujuk dia yang moody dan tak selera nak makan tu, zaimi pun belikanlah anak dara dia yang seorang ni cupcake comel dekat Nacri di Taman Matahari Indah tu.

Ada 6 biji kesemuanya, tema memang sangat gegirl lah 😂


Tapi ayu makan tak sampai sebiji. Dia kata tak selera. Selalunya, kalau bab-bab makanan comel-comel ni, ayulah yang nombor satu! Bila dah demam, terus putus seleranya. 

Jenuh paksa dia minum air. Nasib baik tak mengamuk masa nak suap ubat. Makan pun, nasi dia tak hendak juga. Bagilah dia bubur ayam, itu pun zaimi puas pujuk dan suap dia makan.

Moga lekas hilang demamnya si ayu... Moga lekas sembuh seperti sediakala wahai anakku ayu 💓

Post a Comment

7 Comments

  1. Cute-nya cupcake, sama cute macam Ayu 😊

    Moga Allah kurniakan kesembuhan buat Ayu.

    ReplyDelete
  2. Semoga Ayu cepat sembuh. A-Min

    ReplyDelete
  3. demam pun comel cute,moga cepat sihat Ayu sayang...risau je hati kalau anak tak sihat ni

    ReplyDelete
  4. Get well soon cutie pie. Nanti makan cupcake cute tu ya.

    ReplyDelete
  5. Sian Ayu... tengok foto dia kat fb smalam. GWS

    ReplyDelete
  6. Memang musim demam kot. Ozil pun masih di ward sbb demam. Dari Khamis lepas sampai harini. Tp semakin surut bacaan…alhamdulillah. Bawak ke hospital pun sbb dia complain sakit perut, sakit wrist, sakit hip joint…ingatkan dengue ke apa. Viral fever rupanya

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.