Assalamualaikum wbt
SR memang suka sangat dengar selawat adnani ni, dari kecil lagi. Dulu dekat TV selalu pasang kan. Bila dengar, SR mesti terbayang kenangan SR masa kecil-kecil dulu di rumah nenek dan atok SR di Flat Sri Pahang, Bangsar.
Setiap petang, akan naik kereta dengan atok dan nenek dan pergi jemput emak SR balik kerja di bangunan Tabung Haji. Parking dekat tepi jalan gitu aje dulu. Bila nampak aje emak SR keluar dari pintu bangunan tu, SR sangat happy.
Kadang-kadang terus berlari pergi dekat emak. Adalah juga ketikanya SR jatuh tergolek-golek sebab jalan dia macam bukit sikit.
Ah good old days...
Di hari yang baik hari Jumaat ni, jom kita berselawat adnani juga pada Rasulullah SWT. SR ada terbaca yang selawat adnani ini juga berkaitan dengan datuk baginda.
+++
QASIDAH ialah syair Arab yang sudah diamalkan sejak sekian lama, bahkan menjadi budaya masyarakat Arab sebelum kelahiran Rasulullah SAW lagi. Selepas Baginda diutuskan, seni syair Arab terus dialunkan tetapi mengalami perubahan apabila menjadi wadah untuk memuji Nabi Muhammad SAW, sekali gus menyebarkan dakwah Islam dan ilmu. Seni itu turut dikenali sebagai qasidah yang mengalunkan doa kepada Allah SWT dan puji-pujian kepada Rasulullah SAW.Qasidah berasal daripada perkataan ‘qasada’ yang bermaksud luahan hati. Manusia pertama yang berqasidah dengan memuji Nabi Muhammad SAW ialah datuk Baginda sendiri, iaitu Abdul Mutalib yang kemudian dikenali sebagai Selawat Adnani.Selawat Adnani antara yang sehingga kini kerap dialunkan terutama dalam sambutan Maulidur Rasul kerana ia berkisar kegembiraan Abdul Mutalib dengan kelahiran cucundanya, Nabi Muhammad SAW. Antara baitnya ialah ‘Allah memberkatimu wahai keturunan Adnan, wahai anak yang terpilih, yang penuh keikhlasan dan pengasih. Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepadaku, anak lelaki yang baik akhlak dan sifatnya ini.’Pendakwah, Noor Azam Hamid, berkata ramai yang keliru dan menganggap selawat dan qasidah sebagai perkara yang sama. “Kedua-duanya berlainan kerana selawat ialah sejenis ibadat berbentuk doa yang ditujukan khusus kepada Nabi Muhammad SAW dan menjadi perintah daripada Allah SWT kepada orang beriman. “Qasidah pula syair yang menceritakan keindahan Islam termasuk pujian, sirah dan selawat ke atas Nabi SAW dan doa kepada Allah SWT yang dikarang menggunakan bahasa indah oleh ulama,” katanya kepada BH sempena kempen #JomCintaNabi.Noor Azam berkata, syair yang dahulunya digunakan untuk tujuan memuji atau mengeji diubah supaya seni itu diisi dengan bahasa indah dan membuang elemen negatif seperti kejian seperti yang menjadi amalan Arab jahiliah. Beliau berkata, qasidah diamalkan oleh sahabat sebagai elemen dakwah sehingga menjadikannya sunnah yang diikuti seperti sunnah Rasulullah SAW yang lain. “Nabi SAW tidak pernah melarang bahkan Baginda sangat suka mendengar qasidah yang dilantunkan oleh sahabat dan mendoakan mereka dengan kebaikan.“Baginda mendoakan bapa saudaranya, Saidina Abbas Abdul Mutalib RA yang ingin memuji Rasulullah SAW. “Abbas berkata: Wahai Rasulullah aku ingin memujimu. Baginda kemudian menjawab: Allah akan memberimu panjang umur dengan gigi yang sihat,” katanya. Noor Azam berkata, jenis qasidah pada zaman Rasulullah SAW tidak banyak berbeza dengan konteks atau cara penyampaiannya pada masa kini.“Intinya tetap sama, cuma sighah atau ungkapan selawat dan qasidah itu sangat banyak. “Ada yang diajar langsung oleh Rasulullah SAW dan diturunkan melalui ulama tetapi sebahagiannya pula disusun indah oleh alim ulama supaya kita yang membacanya dapat merasai kemanisan cinta kepada Baginda. “Pada zaman Rasulullah SAW, ada beberapa sahabat yang menjadi pembaca qasidah khas kepada Baginda, termasuk Hasan Thabit RA,” katanya.Menurutnya, Hasan mempunyai mimbar khas di dalam Masjid Nabi khusus untuk melantunkan qasidah di depan Baginda. Mengupas lanjut katanya, terdapat banyak qasidah yang masyhur dan dialunkan sehingga masa kini. “Qasidah Thola’al Badru Alaina antara yang masyhur, iaitu dibaca oleh penduduk Madinah sewaktu menyambut ketibaan Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah. “Qasidah Adnani yang diilhamkan daripada pujian datuk Baginda, Abdul Mutalib pula sebenarnya sebuah qasidah tetapi kerana isinya dipenuhi selawat, ia dikenali sebagai Selawat Adnani.“Antara lain Selawat Badar yang sebenarnya qasidah dan dikarang oleh ulama Nusantara, Kiyai Mansur Siddi,” katanya. Beliau turut meninggalkan pesanan supaya umat Islam berhibur mengikut anjuran syariat antaranya dengan mengalunkan qasidah yang dihadiahkan kepada Rasulullah SAW. “Jadikan qasidah sebagai hiburan hati dan rohani kita serta sentiasa menghadirkan diri di majlis pembacaan qasidah serta mengalun dan mendengarnya di mana-mana saja kita berada. “Ia penting supaya dapat menanamkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan lebih mendalam,” katanya.
+++
Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal ghulammat thoyyibal ardhani
hazzal ghulammat thoyyibal ardhani
Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal ghulammat thoyyibal ardhani
hazzal ghulammat thoyyibal ardhani
qad saa da fil mahdi alal zil mani
muiz zuhu bilbaiyti zil arkhani
hatta aro hubal lirul bunyani
antallazi sunni kahfi qurranni
antallazi sunni kahfi qurranni
Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal ghulammat thoyyibal ardhani
hazzal ghulammat thoyyibal ardhani
Ahmad dumak thubu alal jinnani
salla’ alaikallah hufill ahyani
ahmad duhu fissil riwal burhani
haqqal a'lal islam riwal imani
haqqal a'lal islam riwal imani
Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal ghulammat thoyyibal ardhani
hazzal ghulammat thoyyibal ardhani
ahmad duhu fissil riwal burhani
haqqal a'lal islam riwal imani
Ya rabbana bil musthafal adnani
iqfir zunubi summa asleh syani
iqfir zunubi summa asleh syani
Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal ghulammat thoyyibal ardhani
hazzal ghulammat thoyyibal ardhani
SA pun suka..pasang selawat adnani ni rasa tenang je...
BalasPadambetul2.. semua yg lembut & bila kita hayati maksudnya..subhanallah..indah2 belaka kan...
BalasPadamtime tu rasa sayu & rindu sgt kat Rasul kita....moga kita semua mendapat syafaat dr penghulu kita di sana nanti...aamiin
Soothing....
BalasPadamsama suka dengar
BalasPadamrasa tenang
dan keistimewaan selawat ke atas Nabi junjungan kita
abe kie suka dengar selawat adnani sambil buat kerja rumah..
BalasPadamThis is a very joyfull video with traditional songs that made transport me, far away to your country. Thank you for this songs.
BalasPadamalhamdulillah...selawat itu sendiri ada 4000 versi
BalasPadamindahnya selawat adnani jadikan amalan
BalasPadamMendengar lantunan selawat ini atau kita sendiri yang berselawat adnani memang meresap ke jiwa.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.