Sarapan Pagi di Restoran Al-Iqbal, Senawang

 Assalamualaikum wbt

Hari Ahad lepas, kami sekeluarga pagi-pagi dah bersiap untuk keluar. Kalau duduk rumah aje, memang anak-anak SR terutamanya yang lelaki, asyik melekat dengan game. Tak main PlayStation, diorang main komputer. Haih...

Jadi, bangunlah pagi-pagi walau cuti hujung minggu, suruh diorang bersiap kemas-kemas dan cantik-cantik. Lepas baca doa (Ecewah), kami gerak pergi sarapan dulu. Perut mesti kena isi, baru mood mari. Zaimi terus aje drive ke Restoran Al-Iqbal, restoran mamak yang terletak di Taman Desa Ixora, Senawang

Dulu, masa kami baru-baru kahwin, kami selalu makan di sini. Lepas dah ada anak, jarang pergi. Restoran Al-Iqbal ni walaupun mamak, dia unik sebab:

1. Tak ada TV.

2. Tak ada lauk siap macam kari daging, kari kambing semua tu.


Restoran dia luas dan open air, itu yang SR suka. Memang berangin dan tak panas. Alhamdulillah masa kami pergi sarapan tu, orang tak ramai. Ada masa-masanya pelanggan Restoran Al-Iqbal ni penuh ya amat. Selalunya sebelah malam. 

Amir monyok sebab tewas berebut kerusi dengan Adam



Anak-anak SR ni suka betul berebut kerusi kalau di kedai makan, Semua nak duduk sebelah ayah. Kadang zaimi mengusik, dia saja duduk sebelah SR, jadi seorang aje dapat duduk sebelah ayah. Mana yang kalah tu, memang mencuka la, macam amir!


Duduk tak lama, terus staf datang ambil order. SR dan zaimi frust sikit, sebab masa kami datang sarapan ni, ayam goreng dia belum siap. Ingat nak order Nasi Goreng Ayam atau Rojak Ayam. Sebab dua menu tu di sini, sedap betul rasanya pada tekak SR ni. 


Anak-anak pun tak dapat order Roti Pisang, pun sebab pisang belum ada. Dah jadi scene dalam Senario Lagi masa Syani order makan di kedai Azhar Sulaiman 😂

Tak apalah, orderlah apa yang ada. Jadi anak-anak ada yang order Nasi Goreng Biasa tak ada sayur dan tak pedas. Oh ya, kalau di Negeri Sembilan ni, kebanyakan kedai, secara default, adalah pedas. Ada sekali tu kami order Roti Telur di kedai melayu, yang sampai, roti telurnya ada hirisan cili api! Padahal tak minta pun! Hahaha!

Jadi kalau tak nak pedas, kena beritahu, walaupun di kedai mamak. Sebagai langkah berjaga-jaga. Karang kalau sampai yang pedas, memang anak-anak tak akan makan sebab masing-masing tak tahan pedas.



Adam dan amir juga ada order Roti Telur seorang sekeping. Sedap sangat sebab garing! I love!

Sekejap aje masam muka, lepas tu terus aje berborak dan bergurau semula



Nasi Goreng Ayam belum ada, jadi zaimi order Nasi Goreng Biasa untuk dia. See, kalau tak cakap tak nak pedas, warna dia pun dah merah. Mungkin untuk anak-anak SR tu mereka buatkan Nasi Goreng Cina kan, sebab tak nak pedas.


Tadaaa ini SR punya. Masa order rasa boleh habis, pertengahan jalan, tak larat, zaimi juga yang habiskan kikiki... SR order Roti Telur Campur Roti Sardin Kuah Banjir. Selera beruang lah kot masa tu, bukan nak makan, tapi mentekedarah!

Tak habis sebab banyak sangat, besar pula Roti Sardin dia. Pedas juga kuah dan sambal dia masa tu. Jadi antara penyebab kenapa SR tak daya nak habiskan. Jangan ikut selera beruang SR ni okey!


Habis makan, kena bayar di kaunter depan. Nasib baik tak payah ulang kami makan apa, sebab staf dia yang sebut dekat tukang kira semua benda yang kami order. Ya tuan-tuan, sebut. Dia sebut sebiji-sebiji. Bukan tunjuk kertas ke apa ke. Power kan daya ingatan diorang ni!

Sebelah kaunter pembayaran, ada tempat diorang buat roti dan air. Teratur dan bersih aje.


Jadi kalau ada sesiapa yang ke Senawang, kot-kot nak cari kedai makan yang sedap dan tenang di pagi hari, bolehlah ke Restoran Al-Iqbal di Taman Desa Ixora Senawang ni. Kalau nak makan mamak malam-malam pun boleh juga.

Manalah tahu, menu dia juga terasa sedap di tekak kalian. 😄

Bila last korang makan mamak? Makan menu apa? Cuba bagi rating sedap ke tidak?

Post a Comment

7 Comments

  1. nampak kemas dan luas restoran tu. Saya skrg ni enjoy makan roti naan dan buat naan hunting hee

    ReplyDelete
  2. Kesian pulak takde roti pisang!

    ReplyDelete
  3. Ooo tau kat mana...x pernah pi sini lagi...boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  4. Okla at least bila kluar rumah boleh hindarkan gadget dari anak2..

    ReplyDelete
  5. resto lapang macam ni saya pun suka. bila masuk x ada laa bau masakan laa bau menggoreng la...

    dari segi harga okey tak?

    ReplyDelete
  6. Kalau nak order itu takda inintakda auto relatw dengan scene dalam senario tu kann🤣

    ReplyDelete
  7. Bersih dan luas resto ni. Suka juga dengan konsep open air ni. Meja pun jarak jarak memang selesalah kan. Tak ada rezeki nak makan apa yang kita inginkan. Takpelah, lain kali boleh datang lagi. Hebat betul pekerja tu boleh ingat semua menu tanpa menulis pada kertas.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.