Assalamualaikum wbt
#throwback
![]() |
Datang sejurus lepas maghrib kalau tak nak berebut meja |
Beberapa hari yang lepas, SR dan zaimi bawa anak-anak mencari sate. Di Senawang ni, kalau teringin nak makan sate, kami selalunya akan makan di Sate RK atau Hj Samuri. Tapi, kali ni kami cari kedai baru pula.
Alang-alang belum pernah bawa anak-anak makan malam di PAKAR Paroi, maka ke situlah kami. Let's.
Mujur kami bertolak dari rumah (dalam 7 minit perjalanan) betul-betul selepas maghrib. Masih ada meja. Elok aje kai dapat meja, menderu-deru orang datang. Ramai! Kebanyakannya dengan keluarga masing-masing. Ada yang bawa anak kecil, ada yang bawa mak ayah.
Meriah sungguh.
![]() |
Ramai pelanggan di PAKAR PAROI |
PAKAR Paroi ni nama pendek. Nama panjangnya adalah Pasar Komuniti dan Karavan. Tapi dah ada kiosk dan bumbung serta kerusi meja dah sekarang. Dah jadi medan selera. Untuk makan di sini, order harus dibuat dekat gerai makanan yang kita nak makan. Bayar pun di gerai tu masing-masing.
Boleh bayar cash, tapi kami seperti biasa, bayar secara atas talian aje. Senang. Hampir semua kiosk makanan dekat sini boleh bayar online. Scan aje, settle!
Pilihan makanan yang ada di PAKAR Paroi juga ada banyak. SR ada nampak stimbot, nasi lemak, mee udang, tomyam, oden... Banyak lagilah!
Air cepat betul sampai. Laju! Sambil tunggu makanan siap, kami posing-posinglah dulu. Merakam kenangan makan malam di luar dengan anak-anak.
Asalnya cuma nak makan sate, tapi disebabkan asyik pandang aje abang-abang dekat Masakan Panas tu beraksi memasak keletung keletang, akhirnya kami tewas. Kami order maggie-maggie ajelah seorang sepinggan.
Sedap okey! Kalau ke sini, bolehlah order masakan panas dari Durrah Kitchen.
Sate yang kami order pun, punyalah gebu dan gemuk! Cuma kurang bahagian lemak-lemak tu. Isi dia memang sangat tebal ya! Kuah dia pun sedap, tak pedas! Kami order sate 30 cucuk, dapat 3 aje mangkuk kuah. Tak apalah, malas nak pergi minta, kami kongsi aje.
Surprisingly cukup pula makan 5 beranak.
![]() |
Sate 30 cucuk RM39 |
![]() |
Penuh mulut ayu |
![]() |
Amir loqlaq, konon sejukkan sate guna wap sejuk dari ais |
Untuk masakan panas tu, SR order Maggie Kantonis. Anak-anak dan zaimi order apa ya? SR dah lupa pula. Kikiki...
![]() |
Maggie Kantonis PAKAR Paroi |
![]() |
Menikmati makan malam |
Eh tengok balik gambar-gambar, terus rasa lapar pula! Arrgghh!!
Kalian dah makan malam? Makan apa malam ni? SR dietlah malam ni. Aci tak? 😜
Siapa yang nak ke PAKAR Paroi, boleh klik SINI UNTUK DIRECTION.
10 Comments
Lama la pulak tak makan sate ni...
ReplyDeleteMeriah suasananya...
ReplyDeleteBerselera masing-masing makan sate ye 👍
Kadang tu lah tewas kalau nampak makanan yang nampak sedap. Sate kalau seimbang lemak dan isinya mesti lagi sedap kan.
ReplyDeleteOoh baru tahu ni, PAKAR tu singkatan dari Pasar Komuniti dan Karavan. Meriah nampak tempatnya.
ReplyDeletebaru nak tanya jugak PAKAR tu apa? sekali oo...siap ada semua.. tq SR.. mcm menariks, leh try nanti ni
ReplyDeleteLapar pulak tengok Ayu makan sate, besar betul satenya tu.
ReplyDeletesatay gemuk2 mesti sedapp, kan
ReplyDeleteciknur cuma x suka kalu lemak byk
kalau dekat kompem mlm ni sy g beli sate hehehe
ReplyDeleteIt sounds like a delightful dining experience at PAKAR Paroi with a variety of food options and quick service. Exploring new places to eat can be a great way to enjoy a meal with family and create lasting memories. This is exciting unfortunately, I m busy in exams and looking for conflict management assignment help.If you know please guide me.
ReplyDeleteDulu kan SA rajin pi paar tani dia pagi- pagi...tapi mahal skit la kat situ..sekarang x tau ada lagi x pasar tani..pernah makan kat sini mee udang..sedap..makan sejurus turun dari Gunung Angsi..hehehe
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)