Video dan Lirik Nirmala oleh Siti Nurhaliza

 Assalamualaikum wbt


Semenjak dua menjak kebelakangan ni, agak kecoh juga tentang lagu Nirmala ni kan. Kisahnya ianya menjadi trending di TikTok, tetapi mereka yang buat content guna lagu Nirmala ni, menunjukkan mimik wajah yang tidak sepatutnya. Betul ke? SR tak perasan pula ada content begitu. Mungkin tak naik di algorithm TikTok SR.
Tapi, lepas kecoh-kecoh tu, barulah SR juga tahu yang ada makna lain dalam lirik lagu Nirmala nyanyian Dato Siti Nurhaliza kesayangan ramai ni. Sebelum-sebelum ini, SR pun tak tahu!

Adakalanya bagus juga bila sesuatu isu menjadi tular ni kan. Tiba-tiba boleh tahu benda baru.

Memetik laporan Harian Metro, penulis lirik lagu berkenaan iaitu Che Kem menjelaskan bahawa lagu Nirmala diinspirasikan dari kisah Nabi Muhammad SAW bersama isterinya Aisyah.

Ada yang tahu mengenai lirik lagu ini, tahulah. Yang tak tahu pula, ambil sebagai hiburan. Lagu ini juga digunakan dalam program Dangdut Asia dan ia ditarikan dalam konsert dangdut semata-mata.

Ini kerana dalam lirik itu saya tak menulis sepatah pun mengenai Rasulullah, tapi ilham liriknya memang dari kisah Rasulullah dan Aisyah.

Maknanya ia boleh ditafsir dalam cerita yang berbeza mengikut latar pengetahuan yang berbeza.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Kamrulzaman Taib ini berkata rata-rata pendengar tidak memahami makna tersirat lagu tersebut dan hanya mendengar sekadar untuk berhibur.

Ia tiada maksud dan sekadar lagu saja. Tapi sebagai individu yang menghormati lagu itu, menghormati falsafah kisah di sebalik lagu itu, mereka takkan buat perkara yang sepatutnya mereka hormati.

Kisah ini adalah satu penghormatan terhadap Aisyah dan jika ada kefahaman mengenai liriknya, mereka tak buat perkara ini. Mereka buat sekadar untuk ‘trending’ dan hiburan.

Mengulas lanjut, Che Kem menafikan lagu berkenaan adalah berkisarkan tentang Siti Nurhaliza yang berdepan dengan situasi buruk ketika itu tetapi sekadar mengambil pengajaran selain mengaitkan dengan kisah nabi.

Ketika itu Siti berdepan isu fitnah dan surat layang yang bertebaran di internet. Namun, sebenarnya saya bukanlah buat lirik dari kehidupan Siti.

Cuma dari peristiwa itu, ia buka fikiran saya untuk cari pengajaran dari isu yang terjadi kepada beliau. Saya belek surah-surah kisah Nabi dan jumpa kisah dalam surah an-Nur.

Aisyah difitnah berzina sehingga menjejaskan reputasi Nabi Muhammad SAW dan Islam serta nama Aisyah sendiri sebagai isteri.

Terdahulu, tindakan sesetengah individu termasuk segelintir selebriti tempatan yang didakwa mempersendakan lagu tersebut sambil menari telah dikritik kerana dilihat tidak sesuai dengan maksud lirik.

Untuk info, lagu Nirmala antara lagu yang terkandung di dalam album Sanggar Mustika dan diciptakan oleh Allahyarham Pak Ngah pada tahun 2002.

Kredit Oh Bulan

Justeru, jom kita dengarkan lagu Nirmala! SR paste juga liriknya, bolehlah sama-sama menghayati kisah di sebalik lagu Nirmala ni. Agitchew...



Diciptakan seorang insan
Lembut hati bak redup pandangan
Pabila berkata
Seluruh alam menyaksikan kesyahduan
Bagai tersentuh rasa percaya
Tika terdengarkan
Aduhai
Telah jauh berkelana entah di mana
Ada rasa hanya kuntum kasihnya
Khabar itu merelakan perjalanannya
Ada jiwa hanya kuntum kasihnya
Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Telah mekar hati seindah purnama
Dipujuk segala rajuk
Sepi rindu adakala
Meracun imannya
Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Hati mekar seindah purnama
Siapa menyapa bagai pelita
Arah yang menghilang tika gelita
Duhai kasih bulan saksi
Tatap tidak ditatap
Kotakan di dada yang terdetik
Temukan sang cinta
Angin pun mula bercerita
Semesta nyata terpedaya
Kekasih tak berbahasa
Getir fikir derita mengharap
Suara
Tangis bagai gerimis
Hati bak tasik pedih
Cuba cari hakikat
Temukan azimat
Kasih gundah gerhana
Diam tak berirama
Gusar tambah gementar
Tak tertanggung rasa
Nun dari sana
Telah turun berbicara
Sang kesuma bidadari syurgawi
Sesungguhnya berkasihlah
Di antara manusia
Perindah segala kata-kata
Bahagia itu janjinya
Mengapa kita sengketa
Rentaslah jalan terbuka
Tanpa dusta
Telah teguh di garis karma
Telah jauh berkelana entah di mana
Ada rasa hanya kuntum kasihnya
Khabar itu merelakan perjalanannya
Ada jiwa hanya kuntum kasihnya
Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Telah mekar hati seindah purnama
Dipujuk segala rajuk
Sepi rindu adakala
Meracun imannya
Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Hati mekar seindah purnama
Tangis bagai gerimis
Hati bak tasik pedih
Cuba cari hakikat
Temukan azimat
Kasih gundah gerhana
Diam tak berirama
Gusar tambah gementar
Tak tertanggung rasa
Tangis bagai gerimis
Hati bak tasik pedih
Cuba cari hakikat
Temukan azimat
Kasih gundah gerhana
Diam tak berirama
Gusar tambah gementar
Tak tertanggung rasa

***

Kalian sihat ke? Lama rasanya SR tak tanya khabar kan. Harap sihat-sihat selalu ya! Jerebu ni, SR batuk!

Post a Comment

4 Comments

  1. Oh, cam tu ke kisahnya...?
    Susah juga lirik yang kena xplain dulu baru orang faham.

    ReplyDelete
  2. baca lirik pun dah boleh faham berkisar tentang siapa. tak tahu pula ada trend nirmala dekat tiktok. Kalau ada, mesti sedih yang terlibat dengan pembikinan lagu nirmala ni

    ReplyDelete
  3. Rupanya ada yang tersirat dibalik.yang tersurat ...
    Macam juga lagu Suci Dalam Debu kan

    ReplyDelete
  4. oh tak tau pula kecoh ek
    lagu arwah Pakngah kan
    dulu2 memang sukaaa sb ciknur peminat Dato CT heee
    biasa penulis lirik dulu2 maksudnya tersirat bahasa sastera

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.