Cuba Salted Caramel Smoothie di Biscochiz, SPE UPM Serdang

Assalamualaikum wbt


Cerita Khamis lepas. SR ada kelas petang Khamis, di Fakulti Sains, UPM. Selalunya, SR memang akan park kereta depan Dewan Besar. Jadi, nak ke Bangunan Biologi tu, kenalah menempuh perjalanan dengan kaki yang akan panjang. 

Hahaha! Ala panjabglah bagi orang yang dah nak habis umur 30an ni haa. Bagi adik-adik umur 19 tahun, mungkin rasa perjalanan tu kontot aje kan.

Kebetulan, SR nak kena keluarkan duit dari ATM. Jadi, bila SR dah selalu lalu dekat kafe sebelah SPE tu, SR memang ada nampak ada ATM dekat situ. Cuma tak pernah pergi aje. Jadi, kebetulan masa memerlukan ATM di zaman cashless ni, termasuklah ke lorong tu.

Nak keluarkan duit sumbangan orang ramai untuk program sekolah Adam dan Amir sebenarnya.

Jadi lepas keluarkan duit, SR pusing belakang, ternampaklah ada 1 kafe yang kuning-kuning lampunya.
Tekak pun haus, dan kelas petang memang memerlukan dos gula untuk tak mengantuk, maka SR pun masuklah.


Staf memang sangat welcoming. Baik betul layanan, memang terasa macam nak buat macam kafe sendiri. Haha!

Ada banyak menunya, tapi SR terus pilih Salted Caramel Smoothie. Yang lain-lain, ada rezeki nanti bolehlah singgah lagi. Kot terasa nak cuba kan. Staf tu dan ada seorang student yang masuk juga masa tu, ada bagitahu SR yang strawberry tu pun sedap dan popular juga di kalangan buyer.

Okey, kita 'bookmarked' dulu.



Kafe Biscochiz di SPE UPM ni comel-comel aje. Ada juga sudut jualan, tapi SR tak tengok dengan lebih dekat. Penat menapak dari Dewan Besar kan. Maka duduk aje sementara tunggu smoothie SR disiapkan. 

Tak terlalu cepat siapnya, sebab banyak juga bahan yang SR nampak dicampur-campur ketika dia siapkan smoothie SR tu.


Akhirnya siap!

Abaikan kuku SR yang tak berasah tu. 

Rasa Salted Caramel Smoothie Biscochiz ni memang sedap! Mungkin kenalah dengan masa yang diambil untuk dibuat + harganya. 

Sedap sedap sedap! Sampai rasa nak share dekat Ig terus masa lepas beli tu. Ammi ada tegur di Ig, buat promo free ni, moga dapat air free 😂

Tak dapat pun air free nya Ammi, tapi tak apalah, benda bagus kita kongsilah sama-sama ehehehe...


Jadilah dia peneman SR sepanjang kelas petang tu. Bila rasa-rasa hanyut mengantuk, SR pun sedut. Segarlah sekejap. Kenyang pun kenyang, sebab banyak!

Okeylah itu aje untu cerita SR cuba beli dan rasa Salted Caramel Smoothie Biscochiz di SPE, UPM tu. 

Tata! Nak siap-siap pergi kelas!

Doakan student tua ini mantul achievementnya! AMinn!

Post a Comment

4 Comments

  1. Wah.. Bancuhan yang ohsem menghasilkan air yang sedap..
    Kuning dia memikat mata.. Kalau SHa nampak ini, Sha pun singgah..

    ReplyDelete
  2. Boleh bawa air dalam kelas ya? Seingat masa belajar di uni tidak pernah minum dalam kelas.
    Hehe promosi untuk benda yang bagus/sedap.

    ReplyDelete
  3. rasa macam cafe baru je ni?
    dulu mungkin ada
    tapi dah tukar nama kot

    puas minum secawan besar macam ni...
    naknstudy jena makan sedap sedap
    baru bersemangat😀💪

    ReplyDelete
  4. dah penat menapak, dapat air sedap memang layan lah. moga bersemangat menapak dan belajar ibarat remaja berumur 19 tahun. hehe

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.