Monolog Tengah Malam


”Jika Kamu tidak sanggup menahan lelahnya belajar maka kamu harus sanggup menahan perihnya kebodohan”

SR tenangkan diri sendiri dengan mengingati pesanan Ima, Syafi'e tersebut. Penatnya belajar. Seronok, tapi penat. Haha! SR pun tak tahulah, kenapalah SR pergi sambung belajar ni. Sengaja cabar diri keluar dari comfort zone. 

Moga Allah berkati usaha SR untuk naik satu level lagi pengajian SR ni. Betullah apa orang cakap, belajar peringkat ini, memang roller coaster perasaannya.

Semoga SR tenang dan aman selalu menghadapi hari-hari dalam tempoh pengajian ini. Moga sel-sel otak SR berhubung dengan baik dan memberi kerjasama pada SR.

Itulah, bila dah tua baru rasa nak mohon biasiswa dan cuti belajar bergaji penuh. 

Allah bagi apa yang kita selalu ratibkan.

Dulu bila orang tanya, bila nak sambung phD? Orang tanyalah sebab SR punya pekerjaan sepatutnya ada phD. Tapi kami di UiTM, memang ada ambilan yang hanya peringkat master.

In fact, ramai dan majoriti yang masuk kerja zaman SR dan sebelumnya, hanya dapat jawatan kami dengan kelayakan master, ketika itu ianya masih boleh.

Sekarang, untuk menjadi pensyarah, hampir semua bidang menyatakan wajib ada phD.

Kami yang dah masuk kerja dan ke kanan bagai ni, memang berfasalah pergi sambung belajar.

Berbalik pada orang tanya, jawapan SR mesti "Nantilah, nak kumpul anak dulu bagi cukup."

Nah... kumpul punya kumpul, tua pula. Hahaha!

Semestinya lainlah dengan tenaga dan kecerdasan otak di zaman buat master. Cuma, bila dah dewasa ni, tidaklah semalas zaman master. Kadang rasa diri skema pun ada. Sebab dah terbiasa dengan waktu bekerja kan. 

Entahlah.

Teringat supervisor SR masa zaman undergrad ada cakap sewaktu tahu SR dan zaimi sambung phD serentak, "Insyaallah. Kalau Allah yang tentu, pasti dia bantu." Amiinn...

Sekian monolog tengah malam.
Esok Pukul 2 petang nanti ada exam.
(Lupa dah masuk esok)

Tachoodd.

Semoga SR berjaya mendapat gred yang cemerlang, doakan ya!

Post a Comment

8 Comments

  1. Tiada istilah tua utk belajar. Bila kembali jd student, kita akan auto kembali muda. 😆. (Ikut pengalaman sendiri).

    Moga dipermudahkan utk exam SR tu ye.

    ReplyDelete
  2. Good luck untuk exam. You can do it, SR! Bestnya, melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Cerah masa depan.

    ReplyDelete
  3. wak doakan moga SR dipermudahkan ambil exam ptg nih., aminn

    ReplyDelete
  4. Ada exam ke ptg ni SR? all the best tau

    ReplyDelete
  5. All the best & good luck SR...kawan2 MA pun ada 2-3 org yg sambung study ..sorang tu sampai ke S'pore...tinggal suami & anak2...weekend baru balik jumpa... mujur 1 year jer ...demi nak belajar kan.. kagum ngan you all semua ni.. and caiyok2 caiyok... you can do it!!!

    ReplyDelete
  6. Kagum dengan mereka yang sambung ke tahap PhD ni. Teruskan usaha. Semoga Allah permudah perjalanan PhD ni. Aamiin...

    ReplyDelete
  7. Tapikan SR, sedih tengok ada di tiktok perkongsian pasal yang tak jawab periksa atau dapat kosong untuk matapelajaran sejarah. Sedih betul, kita dulu malu kalau dapat C untuk sejarah tapi ni sampai kosong je

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.