Pengalaman Anak-Anak Bawah 12 Tahun ke District 21, IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum wbt

#throwback


Nampaknya cuti sekolah hujung sesi persekolahan 2023/2024 dah bermula hari ni. Sekolah anak-anak SR dah cuti sebab dapat cuti tambahan sempena Tahun Baru Cina. Memang SR dan zaimi, walau dalam kesibukan pengajian kami, ada juga fikir untuk cari aktiviti yang sesuai buat anak-anak sempena cuti sekolah ni.

Fikir punya fikir, SR pun terperasan yang SR belum sempat update blog tentang pengalaman bawa anak-anak ke District 21 di IOI City Mall Putrajaya beberapa minggu yang lepas. Jadi, SR kongsikan dululah.

Untuk anak-anak yang lasak macam anak-anak SR, District 21 ni memang tempat yang macam heavenlah bagi diorang bertiga. Memang excited sangatlah bila SR bagi cadangan nak bawa diorang main dekat situ.

Lain dari yang lain, dan inilah pertama kali anak-anak SR masuk tempat macam ni. Bagus juga ada tempat ni, memang terus anak-anak SR cop sebagai tempat menarik di Selangor ni!

Kami pergi tu sewaktu hujung minggu, jadi faham-fahamlah. Orang memang ramai sedikit, dan harganya pun lain dengan kalau pergi hari bekerja.

Masa kami beli tiket, harganya jatuh kepada RM80 seorang untuk yang nak bermain (active). SR pula memang tak bercadang nak main apa-apa, jadi SR hanya beli tiket sebagai penjaga (non-active). Zaimi tak beli tiket. 

Ahahaha sebab masa ni hanya SR yang keluar bawa anak-anak, sebenarnya bagi chance zaimi siapkan assignment dia dengan tenang.

Berbalik pada cerita, sebelum beli tiket, pengunjung perlu isi borang pengisytiharan dulu. Kiranya penjaga kena tandatangan yang segala risiko perlu tanggung sendiri. Dan perlu ukur tinggi serta berat, jika pengunjung nak bermain. Lepas selesai urusan di kaunter isi borang, baru boleh teruskan dengan urusan beli tiket.

Oh ya, untuk main dalam District 21, wajib pakai kasut sukan. Jadi antara keperluan jika nak datang sini, pakailah pakaian sukan serta kasut sukan.

Pengunjung akan dapat sepasang sarung tangan dan sarung kaki yang ada getah, serta ada cop District 21. Sangat cool! Dan cantik! Tiket pula dalam bentuk gelang. Kena pakai di pergelangan tangan sepanjang berada dalam area bermain.  

Berkenaan tarikan dan permainan yang ada dalam District 21 ni, jika pengunjung adalah orang dewasa, tinggi minimum 125cm dan berat kurang dari 120kg, anda sangat bertuah sebab anda boleh main semua!


Kod kuning boleh, kod biru pun boleh. Tetapi, apa-apa pun kena tengok betul-betul dekat berat dan tinggi tu, seperti gambar dekat atas ni ya. 

Untuk anak-anak SR haritu, diorang semua dapat main yang kuning sahaja. Adam paling kecewa, dia ingat dapat main yang biru, sebab dia teringin nak main roller glider, tapi tak cukup 1cm! 

Ayu pula tak dapat main Free Fall.


Adam (baju kuning) dalam maze

Anak-anak SR mulakan aktiviti ekstrim diorang dengan bermain trampoline. Ekstrim lah sangat kan! Haha! Ayu dan amir la yang suka sangat. Tapi adam dah tak sabar nak main yang lain. Jadi SR pun pujuklah amir dan ayu, suruh ikut adam naik Maze.

Ayu dan amir tu, kalau duduk pagi sampai malam sekadar main trampoline tu aje pun, rasanya diorang tak kisah!

Jadi, masuklah diorang dalam pintu maze tu dan memanjat-manjatlah ikut laluan yang ada. Menonggeng, merangkak, mengensot... Semua ada. 


Boleh tahan jauh juga perjalanan Maze tu. Dan yang seronoknya, dekat hujung Maze tu ada bas sekolah yang seperti terjunam. Bas tu telah diubahsuai jadi sebahagian dari Maze. Ada tangga-tangga untuk memanjat juga dalam tu. Dan lepas tu diorang gelungsur saja ke bawah semula.


Selepas dah tercungap-cungap main Maze, barulah adrenalin diorang terembes agaknya. Terus semangat nak main yang lain. Bila SR tanya nak main yang mana, tiga-tiga serentak nak main di Power Station, iaitu tempat Wall Climbing!



Kebetulan ramai pula yang turut nak bermain di Power Station. Jadi kenalah beratur. Tiga round jugalah menunggu. Agak lama. SR dah bosan. Tapi anak-anak tetap aje semangat. DIorang seronok tengok orang lain yang memanjat, jatuh dari Free Fall, main Roller Glider dan High Ropes.

Bergambar sempena Mom and Kids' Day Out!

Bergambar dengan sarung tangan District 21 masing-masing

Akhirnya selepas hampir 40 minit beratur, sampailah giliran adam, amir dan ayu. Staf yang bertugas pakaikan topi keledar. Adam pakai yang dewasa punya. Sebab kepala adam memang besar pun. Songkok pun pakai saiz dewasa ahaha!




Siap pakai topi keledar, semua pengunjung yang dah dapat giliran nak main Power Station akan masuk ke ruangan belakang tu. Untuk pakai kelengkapan seperti harness, untuk memanjat. Aspek keselamatan perlulah dititikberatkan.

SR berdoa sangat supaya semua baik-baik aje. Walaupun SR yang bawa mereka ke sini, SR yang nak suruh diorang cuba semua aktiviti lasak ni, tapi SR masih ada juga risau di sudut hati tau.


Bila dah siap pakai alatan keselamatan, barulah mereka dilepaskan masuk ke ruangan Power Station tu. SR pun terus ke bahagian depan untuk melihat, dan semestinya untuk ambil gambar.


Seronoklah semuanya sebab dapat cuba sesuatu yang baru. Staf akan beri penjelasan dulu sebelum pengunjung mulakan dengan aktiviti memanjat.

SR tak sangka juga anak-anak SR berani panjat tinggi-tinggi. Terutamanya ayu! Lasak betul anak perempuan SR tu ha! Lega, terasa berbaloi bayar tiket hahaha!


Sebelum mula memanjat, akan ada staf yang pasangkan tali. Jadi pengunjung hanya perlu pandai imbang badan untuk terus naik, dan masa nak lompat semula ke bawah. Turun pun perlahan aje, jadi tak adalah terkejut sangat kalau terlepas pegangan.

SR perhati dari jauh. Kasi can anak-anak enjoy rembeskan adrenalin masing-masing. Ha panjatlah nak. Naik tinggi-tinggi okey!




Adam ada dekat atas

Amir steady!

Ayu pun tak nak kalah



Amir dan ayu berduet panjat tangga tali

Habis sahaja masa, masing-masing dah penat. Amir dan ayu nak main di Tubby Ride pula. Baru SR perasan, tak ambil pula gambar di Tubby Ride. Ala, pelampung yang dinaiki untuk turun lereng tu. Ulang-ulang jugalah amir dan ayu main, walaupun Tubby Ride tu diorang kata memenatkan.

Kenapa?

Sebab, bila dah sampai ke bawah, pengunjung kena tarik sendiri pelampung yang dinaiki ke atas, ke platform berlepas.

Laluan Tubby Ride ada di belakang tulisan Trampoline, platformnya di atas

SR nampaklah amir dan ayu asyik tarik pelampung diorang naik ke atas, tapi bila dah sampai atas, lupa penat. Main lagi sekali!


Adam pula teringin nak main Free Fall. Dapat sekali pun jadilah katanya. Okey, SR temankan. SR tunggu dari bawah. Kebetulan pula dekat Free Fall tengah tak ramai orang. Cepat aje adam dapat gilirannya.

Adam panjat ke platform Free Fall

Tapi, SR sempat rakam aje adam jatuh dari Free Fall tu. Video ada SR muatnaik di Instagram SR. SR suruh dia ulang lagi, sebab nak ambil gambar kenangan. Adam kata dia tak nak. Nak main trampoline dengan Tubby Ride pula. Kebetulan adik-adik dia masih main Tubby Ride.



Dan yang paling SR tak sangka, masa abang-abang dia tengah main lompat-lompat dekat trampoline, ayu request nak Wall Climbing di Power Station lagi sekali.

Serius ah?? Berkali-kali SR tanya, dan jawapan dia tetap ya. Tadi tak puas katanya. Jadi SR pun temanlah ayu beratur lagi. Nasib baik waktu tu dah tak ada barisan. Tunggu sekejap aje, dah dapat topi dan boleh masuk.


Walaupun dia segan-segan sebab abang-abangnya tak ada, tapi sekejap aje segannya tu! Dah masuk dalam tu, bukan main dia dengar penerangan sorang-sorang! Dan, selamba dia aje panjat apa yang dia nak panjat, sorang-sorang! 

Tapi staf pun bagus, sebab budak kecil macam ayu tak ada geng dalam tu, diorang memang tunggu ayu, dan guide ayu.



Pengalaman yang best!

SR rasa seronok, anak-anak lagilah happy! Memang tempat yang sesuai untuk anak-anak beraktiviti, terutamanya waktu cuti sekolah macam sekarang kan.

Insyaallah ada rezeki boleh repeat lagi, dekat sahaja dengan rumah. Memang dekat aje kan lokasinya dengan Kajang, Putrajaya, Bangi dan Cyberjaya. Yang berdekatan bolehlah ke sini. Di bahagian luar, di area kaunter tiket, ada juga permainan arked. Di situ tak perlukan tiket untuk masuk. Tapi kalau nak main, kena beli tokenlah.

Itulah sahaja kisah SR bawa anak-anak ke District 21.

Take care!

Drop a comment tanda hadir tau!๐Ÿ˜

Post a Comment

2 Comments

  1. Tak tahu pun ada tempat macam District 21 di ioi city Mall ni.
    Anak-anak remaja boleh ke masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, asalkan lepas ketinggian dan berat tu๐Ÿ˜Š

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.