Games Untuk Cuti Sekolah di Kids Food Games

 Assalamualaikum wbt...

Cuti sekolah ni, anak-anak SR memang selalu habiskan masa dengan bermain game. Pening jugalah kepala bila memikirkan. Nak dibiarkan, rasa geram. Dihalang, berhentilah sekejap. Lepas tu sambung balik.

Memanglah game tu tujuan untuk melepaskan penat dan stress, tapi kalau sampai leka, SR risau habis lupa apa yang pernah dipelajari dekat sekolah pula! Nak paksa-paksa belajar nanti, mulalah buat muka.

Tapi semalam, SR terjumpa 1 laman web yang ada games, yang boleh belajar sekali masa main. Eh ini sudah bagus!

Apa lagi, SR pun cubalah main dulu. Kenalah try dulu kan sebelum bagi adam, amir dan ayu main. Buatnya ada kekarutan ke apa kan.



Nak try? Bolehlah ke Free Online Kids Cooking Games ni. Tapi nanti dulu, baca dulu post SR ni sampai habis tau ahaha!

Ada banyak gila games dekat website tu. Game dia simple simple aje, tapi boleh buat anak kita belajar matematik (mengira) masa main tu. Berjalanlah juga otak masing-masing kan, dari asyik menembak dan mencopet kereta orang aje dalam game yang diorang selalu main tu!


Ini antara game yang SR cuba semalam. Syok juga. Tak pasal-pasal SR kesurupan jadi peniaga pizza yang berjaya! 


Selain game pizza tu, SR ada juga main game ni. Ice cream!

Macam-macam jenis aiskrim yang kita sebagai pemain kena siapkan. Tipulah kalau tak terliur. Tapi misi harus diteruskan! Bersungguh bekerja di kiosk aiskrim sampai SR dapat bonus tau! Baru boleh upgrade kedai! Serius best dan leka.



Nanti bolehlah kalian, atau anak-anak cuba untuk main. Ada banyaaaaaak sangat game, percuma dan tak perlu download. Tapi perlukan sambungan internet untuk main. Marilah SR tepek senarai game dia. Korang boleh terus click mana-mana yang rasa nak main, dan akan dibawa terus ke landing page dia.

Game Categories

Here are the gaming collections we offer to help students have fun while learning in an interactive environment:


Ada yang best, yang tak best pun ada. Bolehlah main mana yang berkenan dengan selera masing-masing.

Selamat bermain game sambil belajar!

Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. banyak sungguh gamenya.. tapi tu la, bila disuruh stop nnti jadi bekeng pula.. kalau x bekeng tiada hentinya..

    BalasPadam
  2. ajak anak main badminton di luar rumah

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad