Late Lunch di Secret Recipe, Alamanda Putrajaya

Assalamualaikum wbt


Kisah beberapa minggu lepas ni, baru perasan masih tersimpan di draft. Alang-alang ketandusan idea, marilah kita up di sini sebagai kenangan.
Hari hujung minggu masa ni, bawa anak-anak berjalan sebab asyik terperuk di rumah. Sejak pindah ke Kajang, tak pernah lagi kami ke Alamanda, asyik ke IOI City Mall, Kip Mall Bangi dan ke Evo Mall saja. 

Tak ada nak cari apa sangat pun, cuma lebih kepada saja nak berjalan ambil angin. Tapi rupanya banyak bahagian dalam Alamanda tu ditutup dengan papan, rasanya untuk renovasi..? Jadi, jomlah duduk-duduk sambil isi perut.

Petang itu, kami sekeluarga luangkan masa di Secret Recipe sahaja.


Kena order pakai QR. Tapi ada pilihan untuk bayar terus secara atas talian, atau nak bayar di kaunter. Terpulang mana yang pelanggan gemar. Anak-anak sibuk flip buku menu, macam-macam nak di order. Maklumlah, agak lama juga diorang tak makan di Secret Recipe. Rasanya macam kali terakhir kami makan di Secret Recipe, masa birthday SR tahun lepas. Haha!


Bergambar dengan si adam yang dah semakin hari, semakin tinggi dan pecah suaranya. Serius rindu betul masa dia kecil dan banyak bercakap dulu. Sekarang dah tak kuat mengomel dah.


Dah selesai order, sembang-sembang sambil ambil gambar sementara tunggu makanan sampai. Macam-macamlah yang diborakkan. Antaranya SR 'bising' sikit pada adam, sebab dia selalu layan seorang budak perempuan ni dalam whatsapp. SR tak suka.





Dah berada di Secret Recipe, rugi pula kalau tak order kek kan. Tapi taknak order banyak-banyak, sebab SR tahu, mesti tak habis nanti. Jadi orderlah kek 1 slice, brownies (ke lava kek?) 1. Pakat-pakatlah makan sorang sikit. Benda sikit kalau makan rebut-rebut ni, lagi sedap rupanya kan.

Lepas dah selesai makan kek, makanan berat pun sampai. Fuh memang berat sungguh. Kenyang sampai ke esok pagi lepas kami selesai makan.





Spaghetti aglio olio yang abang-abang order tu agak pedas, bercinta jugalah nak tunggu diorang habiskan. Ayu pula order Mac and Cheese yang set kanak-kanak, licin dia makan. Siap bedal lasagna pulak lepas tu. 

SR dan zaimi ambil set nasi. Bagi SR, tak berapa sedap, tapi bolehlah dimakan, cuma mungkin tak kena dengan selera SR.

Entahlah bila pula nak repeat lagi. Rasanya bukanlah dalam masa terdekat. Sebab ongkosnya boleh tahan keras kalau nak makan di sini. Berpeluh juga ketiak SR dan zaimi nak membayarnya di tengah-tengah bulan dan selepas tukar tayar kereta ๐Ÿ˜‚ 

Anak-anak punya pasal, tak apalah. Rezeki SR dan zaimi pun, memang rezeki anak-anak juga kan. Yang penting semua happy. Alhamdulillah๐Ÿ˜Š


Menu di Secret Recipe yang paling korang suka, apa? Meh share dengan SR jom ๐Ÿ˜„

Post a Comment

5 Comments

  1. sejak ada ioi mall mmg dh x ramai pengunjung ke alamanda... tpi klu nk mudah cari parking dan kurang sesak boleh lah ke alamanda.

    ReplyDelete
  2. SR ni mmg tmpt kami husbnad and wife selalu pergi bila dah tak ada idea atau nak cpt mmg akan ke SR la.. Dri sblm kahwin smpai la ni.. Btl tu d mkn situ wajib perkena kek huhuu

    ReplyDelete
  3. lama betul tak jejak kaki ke SR, dulu suka Tomyam dia

    ReplyDelete
  4. Ada sekali beli lasagna. Itu sahajalah lepas itu tidak ada beli makanan berat kecuali sepotong kek.

    ReplyDelete
  5. Secret Recipe ni uncle kategorikan tempat have-have...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.