Cuba Rasa Minuman Happy Lemon

Assalamualaikum wbt


SR dan ayu tengah kehausan masa kami jalan-jalan dan shopping dekat IOI City Mall masa kisah ini. Dah nak balik sebenarnya, tapi nak cari air sedap dulu. Air sedap means air minuman yang kami belum pernah cuba. Kebetulan yang paling hampir dengan kami masa tu adalah Happy Lemon. So, let's!
Sedap ke minuman Happy Lemon? Antara soalan yang SR terfikir masa nak beli. Tapi kalau tak cuba, tak tahu kan.

Rambang juga mata nak pilih yang mana, tapi SR tanya ayu. Dia nak perisa apa. Ikut tekak dialah. Ayu kata dia nak perisa mangga. Jadi SR terus order Mango Yakult Smoothie. 

Sementara menunggu minuman kami siap, SR tengok-tengok menu lain. Yang menarik perhatian SR adalah Happy Lemon Bubble Waffle.

SUMBER GAMBAR: KLIK

Tapi SR tak order, takut lewat menunggu. Insyaallah next time. Sebab kami memang target nak beli air dan minum dalam kereta sahaja.


Air dah siap!

Marilah gerak ke kereta. Antara seba terbeli di Happy Lemon ni pun sebab lokasi outlet dia dekat dengan pintu keluar ke petak parkir SR. Jadi tak jauhlah SR dan ayu berjalan masuk kereta. Tengok kiri kanan, tak ada sesiapa yang menunggu kami keluar dari petak. 

Kebetulan petak parkir pun masih banyak. Jadi, tak adalah kami tergesa-gesa. Bukak aircond, menyandar sambil sedut Mango Yakult Smoothie dari Happy Lemon.

Sejuk-sejuk lalu dekat tekak. Fuh sedap. Memang betul-betul smooth.



Berbaloilah first try dari kami ni. Lepas ni kalau ke IOI City Mall lagi, bolehlah cuba untuk beli perisa lain pula.

Post a Comment

8 Comments

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.