Minuman Vida Salam Kosong-Kosong YB Khairy Jamaludin

Assalamualaikum wbt


Aduh, trafik ke blog dah mula merudum. SR sampai jadi tak semangat nak update blog. Hahaha (tangisan dalam ketawa). SR malas pun sama, kekurangan idea sebab sibuk pun ya juga sebenarnya. Blog korang macam mana, okey ke?

Berbalik pada tajuk, pagi tadi SR dan zaimi ke kedai Eco RM2.40 di Bandar Baru Bangi. Tujuannya untuk mencari barang makanan untuk amir bawa ke jamuan sekolah agama dia yang akan berlangsung minggu depan. 

Cikgu sekolah agama dia dah tetapkan yang pelajar kelas amir kena bawa manisan. Jadi, bawa marshmallow aje lah, sebab SR tengok di list, dah macam-macam jenis manisan dan kuih-muih dah ada.

Lepas tu, dah namanya dalam kedai Eco RM2.40, amir dan ayu mestilah nak 'cukai' kitorang kan. Makanya, lamalah diorang melepak dekat bahagian kegemaran diorang tu; Bahagian Mainan. Jadi sementara menunggu, SR ternampak pula rak yang letak minuman tin Vida yang menampilkan YB Khairy Jamaludin (KJ) sebagai model karikatur pada tin-tin minuman tu.


Cute betul cip kita ni haa, ada enam karikatur KJ pakai baju melayu berlainan warna dan berlainan gaya, yang dicetak pada enam perisa berbeza minuman Vida ni. Katanya Kosong Gula, Kosong Kalori dan Kosong Pewarna.

Korang dah try ke?

SR pernah juga cuba minum Vida ni sebelum ni, tapi ianya agak bergas, dan manis sungguh terasa di lidah SR. Ngeri juga SR nak minum selalu sebab SR kan ada penyakit diabetes.


Alala comelnya KJ

Marilah SR kongsikan karikatur di setiap tin Vida tu. Kebetulan dekat rak tu, semua perisa masih ada. Jemputlah tengok, jom!




Tapi, disebabkan kalut-kalut aje tangkap gambar semua tu, lupa pula SR nak tengok karikatur tu mewakili perisa yang mana. Haha!

Sebab masa nak bayar, SR tak beli semua, SR beli 1 tin aje, gambar KJ pegang gitar tu. Itu perisa laici. Yang lain, lupa pula SR nak tengok.

Sesiapa yang boleh minum manis, suka minum manis, maybe boleh cubalah air minuman Vida siri Khairy Jamaludin ni. Ke dah pernah minum? Entah-entah, dah ada collector yang dah kumpul semua tin tak?

Cuba kongsi sikit dengan SR! Sedap ke tidak?!

Babai, berjumpa lagi di lain entry!

Post a Comment

4 Comments

  1. wah produk vida model kj hebat

    ReplyDelete
  2. Comelnya karikatur tu. Produk ni pun ada sponsor podcast beliau Keluar Sekejap tu. Tak pernah cuba lagi air tin ni.

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba try carilah produk ni

    ReplyDelete
  4. Belum pernah cuba versi KJ ni. Nanti kalau terserempak, boleh beli jugak.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.