Majlis Kesyukuran & Aqiqah Saniy Rizqi

Assalamualaikum wbt

#throwback


Kalau ada yang ingat, SR ada buat entry tentang SR dan emak memintal kain lap dapur sampai jadi bunga ros. Kisah bulan Februari 2024 haritu, adik SR ada buat majlis akikah anak sulung dia, Saniy Rizqi. Itu yang kami lipat bunga rose, untuk jadi gift dalam goodie bag.


Majlis ringkas yang hanya melibatkan keluarga kecil sebelah SR, dan sebelah adik ipar SR tu sahaja. Keluarga kami memang tak besar mana, adik-beradik SR pun hanya 3 orang. Selebihnya kawan-kawan adik SR, dan saudara-mara terdekat sahaja.

Saniy tiada dalam gambar sebab tengah bersiap



Kambing upah masak, mak SR goreng ikan masin, SR dan zaimi potong buah, mak cik SR a.k.a alang, goreng ayam. Nasi utih, adik SR tu masak sendiri. Memang ringkas dan sempoi. Yang penting, akikah dah selesai.

Famili kecil kami

Saniy si pengantin bersama mama dia, mak long (SR) dan nenek.

Walaupun keluarga SR tak besar, tapi bukan selalu juga dapat berhimpun bersama-sama. Jadi bila sesekali semua dah ada, kami pun menyembang dan makan-makan dengan riuhnya. Bergambar tu wajiblah kan.

SR bersama emak dan abah




Complete Set Keluarga SR

 Raya tahun ni SR akan beraya belah zaimi dahulu, mungkin lambatlah sikit nak dapat berkumpul dengan adik-beradik SR pula untuk raya. Tak apalah, yang penting dekat di hati.

Gittew... Sekian throwback terkocoh-kocoh! Hehehehe....

Post a Comment

5 Comments

  1. Alhamdulillah..selesai sudah 1 perkara. Kita buat yang ringkas dan mudah je lah kan. Adik beradik tak ramai senang nak bawa bincang. Nak berkumpul pun senang. Amir tu memang mirip benar dengan atok dia.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah yg penting dah tertunai kewajiban aqiqah kan. 🤗. Semoga sehat selalu untuk adik saniy

    ReplyDelete
  3. Tahniah SR dapat anak saudara baru. Tahniah juga masih menulis blog ketika org sudah melupakan dunia blogging

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.