Ayu kan dah ada fishing rod sendiri, warna pink siap dengan mesin reel dan tali pink sekali. Comel betul kan? Jadi, kalau ada masa lapang, memang suami SR akan bawa anak-anak pergi melepaskan gian memancing. Ayu pun sibuk je tanya bila dia boleh memancing, orang dah ada batang pancinglah katakan! Hahaha! Walaupun kadang-kadang tak dapat ikan langsung, dapat lemparkan mata kail ke dalam air pun dah cukup buat Ayu dan Amir gembira.
Antara port santai yang pernah kami pergi untuk melepaskan gian memancing ialah Tasik Impian di Sungai Buah, Dengkil.
Untuk anda yang baru pertama kali nak ke sini, Tasik Impian ini terletak betul-betul di sebelah Tasik Idaman. Tapi ingat tau, di Tasik Idaman ada papan tanda dilarang memancing. Jadi memang ramai yang tumpu dan berkumpul memancing di Tasik Impian sahaja.
Kami sekeluarga saja duduk lepak-lepak petang sambil layan breezy-nya angin tasik. Yang bestnya, kat kawasan bazar dataran Tasik Impian ini ada pelbagai jualan makanan. Macam-macam pilihan ada, dari char kuey teow, kuih poket doraemon, sampailah ke beraneka jenis kek. Nasihat SR, sediakan saja duit secukupnya. Ikan mungkin tak dapat, tapi duit memang 'berterbangan' beli pelbagai juadah makan petang!
Sambil anak-anak sibuk casting, kami layan pemandangan persekitaran. Dari Tasik Impian, kita boleh nampak pemandangan kawasan Southville City. Kalau pandang ke arah Tasik Idaman pula, pemandangannya lagi cantik sebab ada latar belakang bukit-bukau yang menghijau.
Kami tak duduk lama sangat sebab masa sampai pun dah agak lewat petang. Cukuplah sekadar mengambil angin luar untuk hilangkan rasa bosan setelah seminggu anak-anak sibuk sekolah.
Sebelum balik, satu perkara wajib yang SR nak pesan: selesai makan, kumpul sampah dan bawa balik. Sakit mata SR bila tengok sampah berlonggok-longgok di tepi Tasik Impian tu. Menurut peniaga di situ, kebanyakan sampah ditinggalkan oleh sesetengah kaki pancing. Aduh, wahai rakan-rakan kaki pancing, sama-samalah kita jaga kebersihan kawasan tasik ini. Lepas ini, tolong bawa balik sampah masing-masing. Kesian dekat penduduk kampung berdekatan dan pengunjung lain yang datang nak bersantai.
Okeylah, itu sahaja perkongsian SR kali ini. Till soon!

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.