Memancing di Tasik Impian Sungai Buah



Ayu kan dah ada fishing rod sendiri, warna pink siap dengan mesin reel dan tali pink sekali. Comel betul kan? Jadi, kalau ada masa lapang, memang suami SR akan bawa anak-anak pergi melepaskan gian memancing. Ayu pun sibuk je tanya bila dia boleh memancing, orang dah ada batang pancinglah katakan! Hahaha! Walaupun kadang-kadang tak dapat ikan langsung, dapat lemparkan mata kail ke dalam air pun dah cukup buat Ayu dan Amir gembira.


Antara port santai yang pernah kami pergi untuk melepaskan gian memancing ialah Tasik Impian di Sungai Buah, Dengkil.





Untuk anda yang baru pertama kali nak ke sini, Tasik Impian ini terletak betul-betul di sebelah Tasik Idaman. Tapi ingat tau, di Tasik Idaman ada papan tanda dilarang memancing. Jadi memang ramai yang tumpu dan berkumpul memancing di Tasik Impian sahaja.


 

 


Kami sekeluarga saja duduk lepak-lepak petang sambil layan breezy-nya angin tasik. Yang bestnya, kat kawasan bazar dataran Tasik Impian ini ada pelbagai jualan makanan. Macam-macam pilihan ada, dari char kuey teow, kuih poket doraemon, sampailah ke beraneka jenis kek. Nasihat SR, sediakan saja duit secukupnya. Ikan mungkin tak dapat, tapi duit memang 'berterbangan' beli pelbagai juadah makan petang!





Sambil anak-anak sibuk casting, kami layan pemandangan persekitaran. Dari Tasik Impian, kita boleh nampak pemandangan kawasan Southville City. Kalau pandang ke arah Tasik Idaman pula, pemandangannya lagi cantik sebab ada latar belakang bukit-bukau yang menghijau.




Kami tak duduk lama sangat sebab masa sampai pun dah agak lewat petang. Cukuplah sekadar mengambil angin luar untuk hilangkan rasa bosan setelah seminggu anak-anak sibuk sekolah. 


Sebelum balik, satu perkara wajib yang SR nak pesan: selesai makan, kumpul sampah dan bawa balik. Sakit mata SR bila tengok sampah berlonggok-longgok di tepi Tasik Impian tu. Menurut peniaga di situ, kebanyakan sampah ditinggalkan oleh sesetengah kaki pancing. Aduh, wahai rakan-rakan kaki pancing, sama-samalah kita jaga kebersihan kawasan tasik ini. Lepas ini, tolong bawa balik sampah masing-masing. Kesian dekat penduduk kampung berdekatan dan pengunjung lain yang datang nak bersantai.

Okeylah, itu sahaja perkongsian SR kali ini. Till soon!

Catat Ulasan

18 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Suami tak masuk lak gang memancing ni. Kalau Sg Buah ni dekat dengan tempat rusa la....

    BalasPadam
  2. Mancing? Uncle ni takde kesabaran lah kalau tang memancing.... Jadi stress pulak

    BalasPadam
  3. aktiviti keuarga yang bagus.. cuma memancing ni perlukan kesabaran yang tinggi hehe..saya pun minat memancing tapi memancing di laut duk atas bot.

    BalasPadam
  4. Semakin lama membaca aktiviti SR sekeluarga memancing terasa nyaman je hati. Suka tengok family yang sangat close macam ni buat aktiviti sama-sama

    BalasPadam
  5. Memang biasa kat port memancing ada jual makanan & ada juga yg ada cafe sekali. Suami mancing, kami makan² perabis duit..hehe

    BalasPadam
  6. Ayupun memancing. Rasa untuk suka-suka bukan hendak dapat ikankan?
    Betul suka sangat tinggal sampah. Patut fikir orang lain yang datang ke tasik tersebut.

    BalasPadam
  7. Seronoklah Ayu dapat memancing. Comel je joran warna pink ek. Sambil tu boleh healing tepi tasik. Sakit mata memandang kalau ada sampah merata tu kan. Bagus tu ajar mereka dari kecil tentang penjagaan alam sekitar. Kaki pancing pun, janganlah tertinggal otak tu macam tertinggal sampah. huhuhu...

    BalasPadam
  8. memancing kena sabar kan.. MA x minat. yg hero sorang tu minat, pun dah ada rod sendiri dah

    BalasPadam
  9. Power lah ayu, minat memancing. Confirm tak kumpau ni!

    BalasPadam
  10. auntie MZ tunggu ayu dpt ikan hehehe

    BalasPadam
  11. sayanglah kalau tempat cantik tapi jadi kotor sebab perangai orang yang pemalas nak buang sampah. jangan sampai tempat free jadi berbayar sebab nak hire cleaner.

    BalasPadam
  12. Baru tahu Ayu minat dan pandai memancing ... bagus aktiviti gini, indirectly ajar anak sabar. Sbb nak dapat ikan bukan senang tapi kepuasan tu tetap ada.

    BalasPadam
  13. Jagalah kebersihgan di mana sahaja anda berada

    BalasPadam
  14. Tak faham orang yang buang sampah merata ni

    BalasPadam
  15. Masa budak saya suka memancing dan ketika usia tua begini...saya layan lagi depan laptop hehehehe

    BalasPadam
  16. comel je Ayu minat mancing ye..

    BalasPadam
  17. Suka memancing tapi takut nak letak umpan.

    BalasPadam
  18. Salut lah anak2 syaz memang sabaaaar yaaa, Krn memancing butuh kesabaran.

    Memang tak paham dengan orang2 yg suka buang sampah sembarangan. Kenapa yaa tak bisa berpikir kalau bersih itu sebagian dari iman. Dibilang tak beriman, tak juga.. kurang berpendidikan pun rasanya tak.

    Macam di sinipun samaaa Syaz, masih banyak yg tak paham jaga kebersihan 😢. Iri saya dengan Negara2 macam Singapura , jepang, yg memang bersih sangat. Dan anak2nya pun terlatih utk buang sampah dengan benar

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad