Throwback beberapa minggu lepas, masa tu celik-celik mata je SR terus rasa teringin nak makan cookies Famous Amos. Betapa random-nya tekak kan, haha! Kebetulan hari tu SR dan Zaimi memang tak ada jadual ke lab atau kampus, jadi kami terus decide nak jalan ke Metro Point Kajang. Memang dari dulu suka sangat lepak sini, hehe.
Actually Metro Point Kajang ni dah lama sangat ada. Kami memang selalu datang makan, main bowling dan karaoke kat sini sejak tahun 2008 lagi, zaman sambung Master kat UKM dulu. Kedai-kedai makan dalam ni banyak dah berubah tukar ganti dari dulu, tapi okey la sekarang ada macam-macam juga.
Antara kedai makan dan port lepak yang ada kat Metro Point Kajang sekarang:
Shabuyaki by Nippon Sushi
The Chicken Rice Shop
Secret Recipe
MyeongDong Topokki
Ah Cheng Laksa
Kenny Rogers Roasters
Dunkin' Donuts
KFO Cheesetart
D'Laksa
Dan ada lagi beberapa yang SR tak ingat lah haha!
Tapi kalau korang cari kedai macam Parkson semua tu memang tak ada lah kat sini. Mall ni jenis santai, sesuai untuk budak sekolah, budak U atau ibu bapa yang nak bawa anak-anak jalan. Dalam ni siap ada Indoor Playground untuk budak-budak, Celebrity Fitness Gym, kedai muzik (Rock Audio), Eco Shop RM2.60, Mr DIY dan Romantika juga.
Ada kedai-kedai lainlah juga yang SR tak ingatlah nama dia, tapi kadang masuk juga round beli pewangi rumah bagai. Korang pergilah sendiri ke sini dan tengok eh! Metro Point Kajang ni BUKAN Plaza Metro Kajang tau! Lain tau! Jangan silap ya!
SR dan adik-adik pun sebenarnya selalu karaoke kat sini dari awal-awal Metro Point ni buka rasanya around 2006 kot? Sebelah bangunan ni pula ada Pizza Hut yang sekali dengan KFC tu. Dulu-dulu, Pizza Hut kat situ siap ada salad bar. Rindunya nak makan salad bar Pizza Hut huhu!
Aduh apa hal SR beria pula promote Metro Point Kajang ni, bukan dapat duit pun ahahaha! Sudah!
Berbalik pada cerita kempunan Famous Amos tadi, bila sampai je kat Metro Point, terus nampak OldTown White Coffee depan kiosk Famous Amous tu. Tiba-tiba timbul pula keinginan lain, haa nafsu SR liar betul hari tu!
Terus ajak Zaimi, "Jom ngopi situ, daku belanja!" Walaupun dia baru lepas makan nasi lemak kat rumah dan kenyang lagi, tapi sebab SR nak, dia ikutkan je hehe.
Outlet kat sini guna sistem order pakai QR code. Lepas pilih menu terus bayar secara online, mudah sangat. SR sebenarnya suka sangat kat OldTown punya Kaya & Butter Toast, jadi SR ambil yang 3 keping. Zaimi sebab kenyang lagi, dia just ambil roti kecil je.
Menu kami:
SR: Kaya & Butter Toast & OldTown White Coffee Cloud
Zaimi: Egg & Cheese Polo Bun & Hot 3-Layer Tea
SR tambah juga Popiah Goreng 1 set untuk makan sama-sama. Duduklah kami berdating sambil makan-makan. Sembang memang banyak hal anak-anak dan mengisahkan nak balik semula ke Senawang untuk mula kerja balik nanti. Adalah rasa panik sikit sebab PhD belum siap lagi, hahaha!
Aduh, tengah tulis entri ni pun buat SR teringin nak makan French Toast OldTown pulak. Perlukah ke sana lagi hari ni? Ahaks!
Nota kecil dari SR: Kedai-kedai dan kafe yang SR senaraikan ni mengikut apa yang ada masa SR pergi hari tu tau. Maklum je lah, kedai kat mall ni kadang-kadang cepat je bertukar ganti, jadi SR tak pasti la akan kekal ada sampai bila. Kalau korang nak pergi nanti, harap-harap kedai kegemaran korang tu masih pacak bendera kat situ lagi ya!
.jpg)
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.