Sejak anak sulung SR, Adam, masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP), aktiviti hujung minggu kami sekeluarga memang berubah 180 darjah.
Kalau dulu, weekend memang masa untuk kami 'melepak' dekat rumah sahaja. Anak-anak pun jenis malas nak keluar. Masing-masing lebih suka berehat, bersantai, dan main games. Paling jauh pun, hantar Adam ke sekolahnya yang cuma dua minit dari rumah untuk latihan sukan. Amir pula jenis yang kurang minat sukan wakil sekolah, tetapi lebih cenderung kepada aktiviti pementasan dan berlakon. Ayu pula baru sahaja darjah satu. Jadi memang rutin hujung minggu kami santai sangat.
Tetapi bermula tahun 2026, kami sekeluarga mula beradaptasi dengan suasana baharu. Hujung minggu SR sekarang dipenuhi dengan aktiviti berulang-alik ke sekolah asrama Adam. Antara rutin baharu kami termasuklah:
Outing Harian (OH): Bawa Adam keluar mengambil udara luar dan makan-makan.
Outing Bermalam (OB): Jemput Adam pulang ke rumah mengikut jadual yang dibenarkan.
Sesi Lawatan Aspura (Asrama Putera): Luang masa melawat Adam di kawasan sekolah jika tiada outing.
Rutin Makan-Makan Masa Melawat Anak Asrama
Bila ingat balik masa mula-mula melawat Adam di asrama, SR siap masak nasi dan lauk ayam goreng khas dari rumah. Bawa bekal penuh kasih sayang! Tetapi bila dah lama-lama dan makin dapat rentak, kami jadi lebih fleksibel. Ada masa SR akan masak dari rumah, dan ada masanya kami beli sahaja makanan berbungkus. Lagipun, sesekali Adam akan request nak makan makanan istimewa seperti Marrybrown atau piza.
| Makan Ayam Goreng Wallace di astaka |
Macam sesi lawatan baru-baru ini, Adam cakap dia teringin nak makan ayam goreng kedai. Jadi suami SR, Zaimi, tolong pesan awal-awal ayam goreng dan burger ayam daripada Wallace dari rumah. Sebaik sahaja pesanan sampai, kami terus bertolak ke sekolah Adam.
Port Santai dan Aktiviti Bonding 3 Beradik
Tempat kami lepak di asrama pun fleksibel mengikut keselesaan. Ada masa kami duduk di kantin, ada masa bersila di tepi dewan.
Masa melawat baru-baru ini, Adam ajak lepak di astaka sebab ada kipas dan kawasan yang selesa untuk dia baring sambil main Mobile Legends dengan adiknya, Amir. Kami turutkan sahaja.
Sampai sahaja di sana, aktiviti wajib tentulah makan dulu. Walaupun Adam dah bersarapan di asrama, seleranya tetap lalu bila dapat makan makanan luar. Cuma sekarang dia makan lebih teratur dan menjaga sukatan sebab jurulatih olahraganya minta dia jaga diet. Selesai makan, bermulalah aktiviti bonding mereka:
Sesi Main Game: Ayah pun join sekali main Mobile Legends dengan Adam dan Amir. Memang inilah hobi tiga beranak itu kalau berkumpul! SR dan Ayu sambung makan sambil perhati gelagat mereka.
Main Bola Futsal: Dah puas main game, Adam dan Amir turun ke gelanggang futsal di sebelah astaka untuk main bola.
Ayu Jadi Penonton: Ayu pun ikut turun jadi penonton, terhibur tengok abang-abangnya saling menyakat. Sekejap Ayu naik atas balik, sekejap dia turun bawah.
SR dan Zaimi cuma perhatikan sahaja dari jauh. Bagi peluang untuk tiga beradik ini mengeratkan hubungan sesama mereka selepas seminggu berpisah.
Perjalanan Pulang ke Kajang
Bila dah cukup waktu melawat, kami pun bersiap untuk pulang. Selalunya bila sampai semula ke rumah kami di Kajang, jam sudah menghampiri pukul 7:00 malam. Kalau keadaan lalu lintas agak sesak, dekat pukul 8:00 malam juga baru sampai.
Lebuhraya PLUS pada hari Ahad sememangnya agak padat dengan kenderaan. Tetapi penat berulang-alik itu rasa berbaloi bila dapat luangkan quality family time bersama-sama.
Setiap fasa pembesaran anak-anak ada cabaran dan kemanisannya yang tersendiri. Pengalaman anak masuk asrama ini mengajar kami sekeluarga untuk lebih menghargai setiap momen yang ada. Till soon, tata!

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.