Assalamualaikum wbt
| Kedai pancing di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi |
Semuanya bermula masa hari raya hari tu, bila abang-abang (Adam dan Amir) pergi memancing dengan Pok Su. Sejak daripada itu, terus dua beradik tu terjebak dengan hobi memancing. Boleh katakan ada juga beberapa kali Adam dan Amir pergi casting dengan Zaimi.
| Adam dan Amir memancing di Pangkalan Nangka, Tumpat |
Setahu SR, Zaimi bukanlah jenis kaki pancing macam adik bongsu dia tu. Tapi sebabkan anak-anak lelaki dah mula minat, si ayah pun terpaksalah belajar sekali. Daripada bab belajar ikat perambut, sampailah bab kena pergi beli umpan. SR lagilah, langsung tak faham apa-apa pasal ilmu memancing ni.
| Outing Harian pun sempat juga cari kolam memancing |
Bila tiga orang bujang dalam rumah ni pergi memancing, kadang-kadang SR dengan Ayu ikut sekali. Bila dah selalu sangat tengok abang-abang dia 'main' fishing rod, Ayu pun ada pernah cakap yang dia teringin nak cuba. Tapi biasalah, Adam dan Amir kan sayang sangat dekat fishing rod masing-masing. Risau sangat mereka kalau Ayu terbaling joran tu masuk dalam air. Haha!
Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu SR ikut Zaimi pergi kedai pancing untuk beli umpan persediaan nak memancing dengan Amir weekend-nya. Sementara Zaimi sibuk pilih barang, SR pun jalan-jalan pusing dalam kedai pancing tu. Tiba-tiba pandangan SR terhenti dekat satu fishing rod yang agak pendek dan comel. Yang paling penting, warna pink!
SR pun tanya dekat Zaimi, kenapa rod ni pendek sangat? Zaimi jelaskan yang fishing rod memang ada pelbagai saiz. Saiz joran dipilih ikut keselesaan pemancing, lokasi memancing dan juga saiz badan pemancing itu sendiri. Yalah, budak-budak pun ada yang memancing, jadi saiz joran kena disesuaikan dengan mereka. Masa tu terus datang idea nak belikan satu untuk Ayu. Lagi pun harga joran pink tu sangat berpatutan, dalam RM30 lebih sahaja. Selepas itu SR pergi tengok bahagian reel pula. Sekali nampak ada reel yang warna pink dan saiznya kecil comel!
Apa lagi, SR terus buat keputusan untuk beli satu set lengkap. Saja nak bagi dekat Ayu supaya dia tak rasa left out bila kami pergi memancing ramai-ramai. Bukan itu sahaja, umpan tiruan pun SR pilih yang warna pink juga. Boleh pula Zaimi gelak bila tengok pilihan barang yang SR beli.
Jadi sekarang, Ayu dah ada set pancing sendiri! Yang buat SR tergelak ialah Zaimi. Kalau sebelum ni dia cuma kena fikir nak siapkan dan ikat mata kail untuk tiga rod sahaja, sekarang dah bertambah jadi empat rod. Tapi demi anak dara tunggal dia tu, Zaimi layankan jua dengan penuh sabar.
Ayu pun dah beberapa kali ikut Amir pergi casting dekat tasik-tasik berdekatan. Buat masa ni belum ada rezeki dapat ikan lagi, masih bergelar Ratu Kumpau.
Tapi yang paling penting, senyuman dia memang sampai ke telinga sebab dah ada set pancing sendiri dalam warna kegemaran dia.

Aiiiih salut saya, mereka nih sabar2 berarti yaaa. Memancing perlukan kesabaran 🤭🤭. Kalau saya memang tak lah Syaz. Tak akan betah duduk berlama2 hanya menunggu kail dapat ikan hahahahah
BalasPadamComel sangaaat kail punya ayu 😍😄. Bagus juga sekarang ada alat pancing sendiri kan 👍
hhehhe cute jer nama ratu kumpau ;) moga2 lps ni ayu dpt ikan!
BalasPadamSerba pink wahhh comelnya
BalasPadamSeronok memancing ni nak lg bila dpt ikan
Kalu zaman ciknur kanak2 salah satu xtvt memancing jga
Mancing kat air parit nak lg time ujann parit @ sungai air penuh wow happyy sgttt
Dalam rumah kami, sayalah puteri tunggal, hihi.. ayah kaki pancing, tapi nasib baik anak bujang berdua tu tak minat.. untuk dik Ayu dpt set mancing warna pink
BalasPadamtakpe dik ayu, pelan-pelan belajar teknik memancing, esok lusa sure dah tak jadi ratu kumpau.
BalasPadambagus ada aktiviti yang melibatkan satu keluarga.
wahh..kaler pink...umpan pun warna pink...terkejut ikan nanti..hihihi...
BalasPadamWahhhhh....sure Ayu yang paling happy ye. Ala-ala Barbie set joran pancing nya itu. Semoga dapat ikan semuanya satu hari nanti. Yang penting aktiviti yang satu keluarga bisa buat bersama-sama kan? Have fun sokmo ye
BalasPadamWahhh hobi memancing ni sabar ke banyak... kalau ayu dapat ikan pasni, compom akan terus dapat je tu. Cayook ayu
BalasPadamHanya orang yang sabar sahaja boleh terlibat dalam aktiviti dan hobi memancing ini.
BalasPadammoga dapat ikan warna pink ayu ikan ubi warna pink cantik rupanya
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.