SHAH ALAM, 19 Ogos 2026 – KRU Entertainment hari ini memperkenalkan 18 acara yang
bakal berlangsung di Aneka Walk sehingga penghujung 2026 menerusi Temasya Aneka,
sebuah acara prebiu khas yang menghimpunkan barisan acara, tarikan dan penyewa utama
di destinasi tersebut.
Penganjuran Temasya Aneka menandakan langkah baharu dalam usaha membangunkan
Aneka Walk di SA Sentral sebagai Destinasi Gaya Hidup & Hab Kebudayaan, dengan
pengisian merangkumi muzik, seni, budaya, gastronomi, hiburan serta aktiviti keluarga dan
komuniti.
Menurut Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif KRU
Entertainment, pengisian secara konsisten merupakan antara strategi utama untuk
memastikan Aneka Walk sentiasa menawarkan pengalaman baharu kepada pengunjung.
Jadual 18 acara yang telah diumumkan.
“Hari ini kami bukan sekadar memperkenalkan Aneka Walk, tetapi apa yang bakal berlaku di
sini dalam beberapa bulan akan datang. Sebanyak 18 acara telah dirancang sehingga
penghujung 2026, dengan setiap acara menawarkan pengalaman dan sasaran pengunjung
yang berbeza. Kami mahu sentiasa ada sebab untuk pengunjung datang dan kembali ke
Aneka Walk,” katanya.
Menjadi antara tarikan utama ialah “Kayangan”, sebuah pengalaman eksklusif yang
menggabungkan persembahan budaya dengan sajian tradisional Melayu yang dikurasi
oleh Dato’ Chef Zam.
Persembahan sulung Kayangan, “Hikayat Nusantara”, membawa pengunjung menyusuri
perjalanan sejarah dan budaya Nusantara menerusi gabungan penceritaan, persembahan
langsung, muzik, tarian, visual dan pengalaman gastronomi.
Kayangan bakal menjadi persembahan mingguan utama Aneka Walk dengan tiga sesi setiap
minggu pada malam Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai 4 September 2026, sekali gus menjadi
produk pelancongan budaya yang menyasarkan masyarakat tempatan serta pelancong
domestik dan antarabangsa.
Temasya Aneka turut memperkenalkan barisan penyewa terawal yang bakal
memperkukuhkan penawaran gastronomi di destinasi ini, termasuk Kek Lapis Warisan, yang
mengetengahkan kek lapis sebagai produk warisan tempatan, serta KRU Café, yang akan
membuka outlet pertamanya di Aneka Walk.
Promosi bagi 18 acara sehingga penghujung 2026 turut mendapat kerjasama Astro Audio,
selain menyediakan pakej pengiklanan kepada penyewa dan pempamer menerusi rangkaian
radio serta platform media sosialnya.
.jpg)
Menarikkk. Kalau pegi Cafe KRU tu share tau.. Mesti viral nanti 🤭
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.