Hai semua, assalamualaikum!
| Adam di MSS Negeri Sembilan 2026 |
Alamak, lamanya SR tak update kandungan dekat blog ni. Kisahnya, SR sedikit sibuk menguruskan proses pra-perpindahan semula kami ke rumah Senawang. Memang penat sangat badan yang dah masuk fasa series 4 ni. Bila balik Kajang je, terus melepek kepenatan.
Lepas tu, ngam-ngam seminggu sebelum cuti sekolah, SR bergegas pula ke Stadium Paroi berselang-seli dengan uruskan rumah di Senawang, sebab nak tengok Adam. Dia terpilih menyertai kontinjen Rembau untuk Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS).
Sebelum ni, Adam ada mewakili sekolah dia untuk peringkat MSSD Rembau. Masa tu dia berjaya dapat dua pingat emas dan satu perak, jadi pihak daerah memang ajak dia sertai kontinjen. Tapi bukannya untuk acara yang dia menang pingat di peringkat MSSD hari tu.
SR ingatkan Adam tak dapat pergi ke MSS Negeri Sembilan tu terus tau tahun ni. Sebabnya untuk acara-acara berkenaan, mereka dahulukan pelajar Tingkatan 3 memandangkan ia di bawah kategori L15. Rupanya dia terpilih untuk masuk acara Oktathlon. Aduhai, tepuk dahi SR dibuatnya!
Acara Oktathlon ni pula kategori open, jadi saingan dia rata-rata terdiri daripada atlet L18. Nampak kecil comel je Adam dekat track bila bersaing dengan abang-abang yang jauh lebih besar.
| Adam di lane 6, masa ni tunggu nak lari berpagar 110 meter |
| Kecil je nampak Adam hihi |
Rezeki memang belum berpihak pada Adam kali ni. SR langsung tak pelik sebab dia masih baru, malah ada beberapa acara dalam Oktathlon tu yang dia tak pernah main secara serius pun. Tapi tak apa lah, sangat bagus untuk pengalaman dan rezeki dia dapat mewakili daerah. Dia pun seronok sangat dapat memakai jersey rasmi kontinjen Rembau tu. Hahaha~
Apa Itu Acara Oktathlon Dalam Olahraga Sekolah?
Jujur SR cakap, SR pun baru tahu kewujudan acara ni. Maklumlah, omaknya bukannya athletic punya orang! Bagi yang belum tahu, Oktathlon ialah acara gabungan dalam olahraga yang merangkumi lapan jenis disiplin sukan berbeza. Berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud lapan pertandingan, acara ini menguji ketahanan fizikal, mental, kepantasan, serta kekuatan serba boleh seseorang atlet sepanjang dua hari berturut-turut.
Secara umumnya, lapan acara yang dipertandingkan dalam Oktathlon merangkumi:
Lari 100 meter (ujian kelajuan asas)
Lompat jauh (ujian kuasai koordinasi dan lompatan)
Lontar peluru (menguji kekuatan bahagian atas badan)
Lari 400 meter (ujian ketahanan stamina kelajuan)
Lari 110 meter berhalangan (menguji teknik serta kelajuan)
Lompat tinggi (menguji teknik lompatan dan kelenturan)
Lampar cakera atau rejam lembing (ujian teknik baling dan kekuatan)
Lari 1500 meter (acara penutup yang menguji ketahanan mental dan endurance)
Cara kutipan markah untuk Oktathlon bukannya berdasarkan penamat siapa menang nombor satu atau dua dalam setiap acara. Sebaliknya, setiap pencapaian masa atau jarak atlet akan ditukar kepada mata (points) mengikut jadual skor rasmi World Athletics. Pada penghujung hari kedua, semua mata daripada lapan acara ini akan dijumlahkan. Atlet yang mengumpul mata tertinggi keseluruhan bakal dinobatkan sebagai pemenang. Sebab itulah disiplin ini sangat mencabar kerana atlet perlu konsisten dalam pelbagai bidang sukan, bukannya satu acara sahaja.
Itulah serba sedikit info berkenaan acara oktathlon di MSS. SR pun Google dan buat carian di internet untuk lebih faham apo bondo eh oktathlon tu.
Minat sungguh anak SR ni dengan olahraga. Terfikir juga SR, adakah SR dah salah hantar dia ke sekolah menengah? Minat dia bertumpu pada sukan, tapi SR pula masukkan dia ke sekolah sains. Adoi anak, anak... Apa-apa pun, SR sentiasa doakan yang terbaik untuk perjalanan dan minat Adam!
Ada anak kalian atau kalian sendiri pernah sertai oktathlon? Jomlah share experience atau tips, mana tahu Adam nak masuk lagi 2027 nanti hehe...

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.