10.10.2026. Tarikh Cantik, Hari Penuh Makna!
Alhamdulillah, akhirnya tiba juga tarikh yang dinanti-nantikan ramai! Hari ini, 10 Oktober 2026, menjadi tarikh istimewa buat pasangan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah yang memilih hari ini untuk melangsungkan pernikahan mereka.
Daripada kisah persahabatan, mendaki Gunung Kinabalu bersama, sehinggalah mengambil keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan, perjalanan cinta pasangan ini sememangnya mencuri perhatian ramai. SR sendiri tumpang gembira melihat kebahagiaan yang mereka kecapi. Semoga segala perjalanan hidup sebelum ini menjadi pengalaman berharga untuk membina sebuah keluarga yang lebih bahagia.
Ucapan Buat Kedua-dua Mempelai
Selamat pengantin baru buat YB Syed Saddiq dan Bella Astillah! 💐 Semoga Allah SWT memberkati penyatuan dua hati ini, mengurniakan rumah tangga yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah serta melimpahkan rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Semoga YB menjadi suami yang penyayang, pelindung dan pembimbing terbaik buat Bella serta anak-anak. Buat Bella pula, semoga terus tersenyum bahagia dan sentiasa dihargai sebagai seorang isteri dan ibu. Moga cinta yang dibina bukan sekadar indah pada hari pernikahan, tetapi terus mekar hingga ke syurga.
Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair.
Tahniah daripada SR! Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Aamiin! ❤️


Alhamdulillah... ramai yang mendoakan mereka berdua.
BalasPadamCantik date hari ni.
Syukur selamat dh..ramai yg mendoakan Syed Saddiq dan Bella...semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya
BalasPadamSelamat pengantin baru Bella & Syed Saddiq, semoga berbahagia hingga ke jannah
BalasPadamselamat pengantin baru YB Syed Sadik n Bella Astilla moga brbhgia bersama menuju jannah
BalasPadamLepas ni harap Space Dollah pula bertemu yayangnya, YBSS dah langkah bendul tu!
BalasPadamSama cantik sama padan. Semoga berkekalan hingga syurga.
BalasPadamSelamat Pengantin Baru buat YB dan pasangannya.
BalasPadamSesuai Bella dapat SS ni sebab dah la muka pun ada, berilmu pula. Boleh jadi bapa yang baik buat Ayden dan Ara.
BalasPadamAlhamdulillah bersatu juga mereka dlm ikatan yang sah ❤️
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.