Throwback Makan di Ali, Muthu & Ah Hock IOI City Mall



Kali ini SR nak kongsi cerita throwback ketika SR dan Zaimi keluar mencari komputer baharu di IOI City Mall. Sambil mencari komputer, sempat jugalah kami berdua mencuri masa untuk makan-makan. Hehehe.


Sebenarnya, tujuan utama kami ke IOI City Mall adalah untuk mencari komputer jenis all-in-one yang SR nak bawa ke pejabat. Komputer lama SR dah tak boleh dihidupkan. Walaupun SR ada komputer riba, entahlah, SR tetap rasa lebih selesa buat kerja menggunakan komputer di pejabat. Lebih puas hati agaknya! Jadi, selepas tengok beberapa pilihan, akhirnya kami beli komputer HP OmniBook All-in-One dengan spesifikasi pertengahan di kedai HP IOI City Mall. Model yang mana satu? Biarlah rahsia. Hihi.


Sambil Tunggu Komputer, Kita Cari Makan Dulu!

Sementara menunggu staf kedai menyiapkan tetapan komputer baharu SR, perut kami berdua pula dah mula berkeroncong. Memang dah lapar sangat waktu tu. Jadi, kami pun berjalan-jalan mencari tempat makan. Entah macam mana, tiba-tiba terasa nak cuba makan di Kopitiam Ali, Muthu & Ah Hock.




SR memang suka konsep kedai makan ni. Hiasan dalamannya mengingatkan SR kepada suasana warung-warung lama yang santai dan penuh nostalgia. Ada gaya kopitiam tradisional yang tersendiri. Seronok juga duduk makan dalam suasana macam ni.


 

 





Apa Kami Makan di Ali, Muthu & Ah Hock?

Untuk hidangan utama, SR pesan nasi lemak ayam rendang. Kemudian, tambah pula roti bakar kaya (kaya toast). Konon nak makan ringan-ringan, sekali macam-macam pula yang dipesan.  Zaimi pula ambil mi udang, rasanyalah. Aduhai, dah lama sangat cerita ni tersimpan dalam draf sampai SR pun dah lupa menu sebenar yang dia pesan. Hahaha! Untuk minuman, Zaimi pilih AMAH White Coffee ais, manakala SR pula ambil cham ais. Kalau tak silap, cham ni gabungan kopi dan teh. Memang sesuai untuk sesi lepak santai macam ni.


Nasi lemak ayam rendang







Makan Sambil Menikmati Suasana IOI City Mall

Antara perkara yang SR suka apabila makan di sini ialah dapat duduk santai sambil melihat orang ramai lalu-lalang. Macam-macam gelagat manusia boleh diperhatikan. Sambil makan, SR sempat juga terfikir, entah bila lagi agaknya SR dan Zaimi boleh datang ke IOI City Mall semata-mata untuk keluar berdua macam ni.


Maklumlah, selepas SR kembali bekerja, memang makin sibuk kehidupan seharian. Nak cari masa untuk keluar dating berdua pun belum tentu sempat. Aduhai! Kadang-kadang, aktiviti sesederhana makan bersama pun boleh jadi kenangan manis. Tak perlu rancangan yang hebat-hebat. Dapat duduk, makan dan berbual tanpa tergesa-gesa pun dah cukup seronok.


Banyak Lagi Cerita Tertangguh!

Begitulah kisah throwback SR dan Zaimi mencari komputer sambil singgah makan di Ali, Muthu & Ah Hock, IOI City Mall. Sedap tak? Bagi SR, okey je, bolehlah dinikmati dan habis licin juga makanan kami. Kaya toast tu dia kalahlah dengan Old Town White Coffee sebab yang di sana juara di hati SR kalau bab kaya toast!


Nampaknya, lepas ni SR kena rajinkan diri mengeluarkan semula cerita-cerita lama yang masih tersimpan dalam draf blog. Banyak betul cerita tertangguh! Hahaha! Nanti SR sambung lagi dengan cerita throwback yang lain pula, ya. Bye uolls.


Penafian: Artikel ini merupakan perkongsian pengalaman peribadi berdasarkan kunjungan terdahulu. Menu, harga dan perkhidmatan restoran mungkin berubah mengikut masa serta ketetapan pihak pengurusan restoran berkenaan.

Catat Ulasan

6 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. saya suka mkn2 kat sini sbb food kena dgn taste

    BalasPadam
  2. Saya pun dah makan juga kat Kajang baru - baru ini. Jarang makan kat tempat - tempat macam ni

    BalasPadam
  3. portion die byk juga...suka mee goreng sini

    BalasPadam
  4. Selamat menjamu selera walaupun throwback.. makan pelan² dan santai memang syok. Lagi² dapat tengok gelagat orang ramai

    BalasPadam
  5. Sekali sekala kena juga keluar berdua SR kan... nikmati masa sambil berborak santai dan perhati gelagat orang.

    BalasPadam
  6. saya pun baru makan di restoran ni di Metro Point, Kajang. hehe

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad