Pages

Search This Blog

Showing posts with label Mengandung Time. Show all posts
Showing posts with label Mengandung Time. Show all posts

Friday, March 27, 2015

Pengalaman Mengandung Kedua

Serius lain betul yang ini dengan yang Adam dulu.

Ok mana nak start cerita ye?

Hmm..
Masa adam dulu, memang aku kena juga GDM, iaitu diabetes semasa hamil tu.


 Dalam sebulan lepas, aku mula syak badan aku rasa lain macam.
Aku agak, aku pregnant kot?
Aku cakap dengan zaimi, badan aku rasa lain macam.
Lain macam tu susah jugak aku nak ungkap dengan kata-kata, tapi once dah rasa, maybe korang semua akan automatik tau badan korang rasa tak macam biasa.

Beli urine pregnancy test strip tu, ada garis samar.
Masa tu happy nya rasa!!
Ye la, sebab aku ni irregular. Jadi, susah aku nak agak bila waktu subur aku sebenarnya.
Jadi bila tengok ada dua line, perasaan gembira tu bukan main..hehe


Cuma, sebab irregular tu, aku macam susah nak agak, kandungan aku dah besar mana.
Sebabnya aku last period bila pun aku tak ingat..huhuk


Masa aku decide nak bukak buku pink tu, doktor scan, nampak kantung kecik je.
Bila dia ukur, siap tak keluar tarikh edd lagi..haha.. sebab memang kecik sangat2 lagi.


Tapi seperti yang aku jangka, pregnancy kali ni harus ada GDM jugak.
Lepas minum air gula, memang result tinggi melampau.
Lagi tinggi dari result masa adam dulu agaknya.
Terus kena refer ke hospital.
Kena check dengan doktor pakar.




Dan dipendekkan cerita, kali ni aku kena injek 4 kali sehari insulin.
T_T

Masa adam dulu sekali je.

Dan doktor dah buat test, rupanya dia kata gula aku memang dah tinggi..bukan sebab mengandung je.. kiranya aku dah ada slightly diabetes.. masa dengar tu sedih pulak.. ye la, mengenang diri dah tak sihat.

Doktor kata, lepas bersalin aku kena follow up, kalau gula still tak cantik, aku kena start ambil ubat.
Dan dia kata lagi, faktor dia adalah berat badan..sobs..
Tu la, makan selalu tak ingat dunia.
Lepas ni, kena ada program diet dan sebagainya..

Takpelah, mungkin dah habis dah masa aku makan sedap2 selalu..
Lepas ni kena  berpantang la gamaknya..

Oh by the way, semalam scan, EDD aku katanya 30 Oktober 2015..
Sama pulak dengan birthday abah aku..hehe
Tapi, dah kata GDM kan, haruslah kena induced nanti tu..
Mesti kena bersalin awal dari EDD.. dahlah adik aku nak kahwin masa tu..
Macam manalah..

>.<

Belanja gambar adam sikit..hehe



Monday, March 2, 2015

Bacaan gula dalam darah yang normal bagi ibu mengandung

Bukan main panjang tajuk..haha..

Ada sesetengah ibu mengandung ni, bila dah buat prosedur yang minum air gula tu, bacaan memang tak cantik, sebabnya ada kebarangkalian ibu itu kena GDM (Gestational diabetes mellitus). Maksudnya, kencing manis sewaktu mengandung sahaja.

 


Jadi, kalau bacaan para ibu dikatakan tak cantik, kena repeat ke apa ke, baiklah dengar nasihat nurse tu.
Untuk kebaikan ibu dan anak juga sebenarnya.
Sebab bayi ada risiko gugur kalau kandungan gula terlalu tinggi.

Jadi apakah bacaan yang normal tu?

Pagi dari 10pm hingga sebelum sarapan : bawah 5

Lepas sarapan, lepas lunch, lepas dinner: bawah 7

Itu normal.
Kalau macam aku, pagi dah 8.9, lepas minum air gula 15.6, lepas lunch 9.6..
Nampak tak ketidaknormalan di situ 

T____T


Semoga urusan dipermudah..
Amin

Tuesday, February 24, 2015

Cara kurangkan loya masa mengandung










Adoi pening la sehari dua ni..
Kepala rasa berpusing-pusing..

Rasa macam nak update blog, tapi pening ni tak tertahan..
Haha..

Tadi terjumpa artikel ni, macam bermanfaat kalau nak kongsi sama-sama
Meh aku rumuskan ;)


+++ Makan cracker ke, kerepek ke sebaik saja bangun dari tidur. Ianya dapat membantu untuk menyerap asid perut, dan mengawal gula dalam darah jadi terlalu rendah.

Image result for kerepek

+++ Makan makanan ringan *yea more reason to makan kerepek ubi pedas!* setiap 2 jam.. jadi boleh kurangkan penghasilan asid perut, dan kurangkan loya.





+++Makan sedikit snek sebelum tidur.

Image result for snack




+++Kerapkan makan makanan yang boleh kurangkan mual dan muntah seperti avocado, keju, susu, yogurt, dan lain-lain yang anda tahu.

Image result for fresh milk


+++Makan makanan berhalia untuk melegakan perut. Boleh juga hidu dan minum jus lemon.





Image result for halia


+++Dan of course, asam boleh kurangkan loya.

Image result for asam boi

+++Elakkan makanan berminyak, kafein macam kopi ke, nescafe ke.. dan juga elakkan makanan manis-manis.

+++ Banyakkan minum air, 10 gelas sehari contohnya. Lepas tu sama-samalah kita asyik terken****. hehe



+++ Tapi jangan minum banyak air masa makan, kiranya jangan akan berselang air.

+++ Makan vitamin yang sesuai untuk ibu mengandung.. vitamin pranatal katanya.

Image result for prenatal vitamins

+++ Pakai pakaian yang selesa dan tak panas, serta kurangkan bersesak-sesak bersama orang ramai.

Image result for cotton maternity dress


+++ Kenal pasti bau yang boleh buat anda muntah, dan silalah elak-elak diri dari bau tu.

+++ Tarik nafas yang panjang bila rasa nak termuntah.

Image result for inhale


+++ Bila tak tahan sangat, tidur.

Image result for sleep pregnant


+++ Kalau tak tahan, semua dah try tak jadi, jumpalah doktor anda.

Image result for pregnant meet doctor

Ok, sumber maklumat dari sini.

Semoga bermanfaat :)

Sunday, September 8, 2013

Adab & Cara Mandikan Bayi Baru Lahir

Hai mommies & daddies..

Semalam terjumpa satu artikel berguna dari Facebook, tapi tak tau siapa empunya yang asal..huhuu..

Mengenai cara mandikan bayi..

Berguna juga untuk sesiapa yang ada anak kecik, dan bakal bersalin tak lama lagi :)

Meh meh baca:

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.


Selamat mandikan bayi kalian!
Hati-hati, anak baru lahir ni lembuttttt sangat tau !

Teringat lak masa nak carik pengasuh adam dulu, ada calon pengasuh yang siap2 kata nak mandikan adam dengan air sejuk je, air paip deirect.. gilooo!
Bukan untuk anak aku lah.. anak orang lain terpulang ~






;)

Friday, July 26, 2013

Cara Meneran Ketika Bersalin

Sedar tak sedar, anak aku Adam dah nak masuk empat bulan dah tak lama lagi, Alhamdulillah..
Syukur atas kurniaanMu Ya Allah..

Kadang-kadang tu duk teringat jugak time2 mengandung dulu..
Kadang-kadang tu tetiba terfikir "Bestnya mengandung.. nak mengandung lagilah".

Hahahah...

Tapi kalau boleh dan secara warasnya, aku nak tunggu at least, Adam boleh menerima arahan mudah, baru boleh nak bagi dia adik.. Insyaallah..

Sebenarnya kalau ikut pengalaman aku sendiri pun, masa mengandung tu, apa yang paling ditakuti adalah masa baby nak dikeluarkan. Memang terfikir macam-macam, nak pulak Adam tu baru anak sulung, memang tak pernah terbayang pun apakah bersalin itu. Bila dah lalui..perghhh..

Memang bersalin tu proses yang banyak memutuskan urat, betul lah apa yang orang cakap sebelum ni. Pertamanya bagi aku, sebab sakit gilaaaaa. Haruslah banyak putus sana sini. Dan satu lagi, lepas bersalin ni rasa macam cepat lupa sikit. Kekadang tu ingat, lepas 5 saat lupa. Macam hanged jap. Jenuh recall suruh dia datang balik. haha... Nasib badan.. terima ajelah. huu..




Dan memang elok lah sebenarnya ibu-ibu yang mengandung, terutamanya anak sulung ni, ambil tahu mengenai cara bersalin yang betul. Apa posisi dia sebenarnya kan. Macam mana nak bernafas. Dan actually how to meneran??

Mungkin tips yang aku baca dari SINI ni berguna jugak:

Waktu Mula Meneran



Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.





Posisi Meneran Yang Tepat



Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.





Cara Meneran



Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.



Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.



Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Good tips kan?

Adakah aku ikut sebijik sebijut tips2 di atas?

Jawapannya adalah TIDAK!

Sebabnya, bila contraction, aku yang induced memanglah super sakitnya.
Mana nak ingat semua step, dan tak terbuat pun -_-"

KLIK kalau nak baca cerita aku bersalin induced sebab GDM

Siap masa tu, bukaan tak sampai 10cm dah kena teran..
Kaki tah kemana, peha tah kemana..
Yang aku ingat, masa meneran anak keluar tu, ibaratnya kau menolak nyawa kau keluar bersama-sama.. huk..

Tapi seriously, pengalaman itu amat manis dan indah.
Hanya orang yang lalui je yang rasa.

Masa baby keluar, tak rasa apa.
Keluar je baby, hilang segala contraction.
Yang nak rasa pun sengal sikit masa dia tarik keluar uri, dan rasa DIJAHIT HIDUP-HIDUP.

T_T

Itu sakit ye.

Dan itu kau boleh bayangkan walaupun kau lelaki.

Ibaratnya kau amek jarum kau cucuk kat bibir kau.

Heheh..

Kepada yang bakal bersalin, terutamanya anak sulung..
GO GO GO!

ANDA BOLEH!

Nak tengok gambar bayi ketika keluar dari ibunya?
Kalau rasa tak berani tak payah scroll ye.
Amaran: Ini untuk tujuan pengetahuan.

Gambar ni aku dapat dari internet jugak.

Ready?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yang tak berani sila jangan teruskan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jangan teruskan! last warning ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Friday, March 29, 2013

Punca wanita hamil selalu berasa panas dan berpeluh

Memang tak dinafikan, walaupun tidur @ berada dalam bilik yang pasang aircond, tak lut untuk aku yang dah di penghujung trimester ketiga ni. Serius panas. Peluh tak payah cakap lah, agaknya kalau ditadah tu, dapat kot sebaldi sehari. *ok, hyperbola punya statement*

Tapi memang tak selesa.
Dan yang paling tak best, terasa diri busuk je. -___-"

Dalam ofis aku ni, aku pasang aircond 17 degree Celcius ok.
Tapi rasa rilek2 je. Tak rasa sejuk sangat pun.
Tidur tiap malam pun dalam aircond *nasib tuan rumah pasang*, tanpa selimut dan hanya pakai pakaian nipis. Rilek je. Macam tak ada apa-apa. Zaimi yang srot sret hidung dia setiap pagi. hihik..

Tapi, bila tak ada aircond.. Ya Allah...seksanya T_T
Kadang-kadang bila keluar jap dari ofis pergi meeting ke apa ke, then balik bilik, rasa nak mengamuk. Aircond seolah-olah tak rasa. Arghh!

Kenapa sebenarnya?
Ada sesiapa yang senasib dengan aku?
Kepanasan waktu hamil?

Haa.. sebenarnya perkara ni terjadi sebab hormon dalam badan wanita mengandung itu sendiri.



Kalau tak percaya, ini aku quote dari Pa Ma Online:

Mengapa Selalu Panas?


Sesetengah ibu hamil mudah untuk mengeluarkan peluh. Walaupun telah duduk dengan tenang, namun ia masih juga mengeluarkan peluh yang berlebihan.

Akibatnya pakaian mudah basah. Berpeluh sebenarnya merupakan reaksi alamiah untuk menyejukkan tubuh yang mengalami kepanasan. Namun, ada penyebab lain mengapa wanita hamil mudah berpeluh.

Salah satunya kerana peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan.

Keadaan berpeluh ini juga dipengaruhi oleh usia kehamilan yang semakin membesar.

Wanita hamil bagaimana pun perlu lebih berjaga-jaga sekiranya suhu tubuhnya meningkat lebih dari biasa. Barangkali ia bukan disebabkan hal di atas, tetapi akibat jangkitan kuman pada tubuh.

Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.

Itulah puncanya ye ibu-ibu hamil sekalian..
Solution dia yang mudah, mungkin kita perlu selalu mandi dan minum air kosong banyak-banyak.
Insyaallah akan reda sikit rasa panas yang menghantui kita tu..cewah!

Selain tu, kat SINI jugak dia ada cerita mengenai 6 perkara yang perlu dijauhkan di saat-saat akhir kehamilan. Bagus jugak kiranya korang pergi baca *wink*

Oraitlah, enough with blog sekejap..
Nak sambung tanda paper exam.

Daaa...

Thursday, March 28, 2013

Menanda Menanda Menanda

Hello..

Apa yang ditanda dek si mak buyong 36 minggu ni?

Apo laie.. menanda kertas jawapan anak didik ler..
Anak-anak bangsaku..hehe..



Semalam paper diorang pagi, so lepas meeting yang bersambung-sambung semalam terus ambil untuk tanda.. Semester ni dapat tanda 1 kod je lah nampaknya, the other kod tu kena bagi dekat orang lain lah.. Tapi takpe, he / she will get paid yaw..

Semalam punyalah penat, meeting 9am - 1pm.
Sangat pegawai kan. *mata ke atas, tangan ke bahu*

Malam pukul 11 dah melepek dah, konon nak marking kat rumah, takde maknanya..
Berdengkur awal tinggalkan zaimi marking sorang-sorang..hik3..

Jadi, perjuangan harus diselesaikan.
Maklumlah, minggu depan start 1 April aku dah nak cuti.
Jadi nak tak nak, kena settle sebelum Isnin. Ahad tu patutnya dah submit dah paper budak-budak ni..

Ya Allah, bagi aku kecekalan dan kekuatan!

Dah lah dengan kondisi sarat ni, mata asyik layu je..
Menguap toksah cakap la kan..haha
Bertabah lah Syazni!

Ok lah, saja je stop marking kejap..
Moh ler kita sambung..


Saturday, March 23, 2013

Apa Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Wanita Hamil?

Kenapa perempuan mengandung kena minum air kelapa bila kehamilan dah masuk 8 - 9 bulan?
Sebab sejak due date aku dah dekat ni, ramai orang tanya, aku dah minum air kelapa ke belum?


Kalau ikut mak, nenek, dan beberapa orang keliling aku, katanya bila dah dekat dengan tarikh nak bersalin, elok minum air kelapa fresh yang tanpa dicampur gula dan ais, untuk membersihkan kulit bayi dalam perut.. Kiranya untuk muluskan kulit baby dalam perut bila dia lahir nanti.. :)

Tapi tadi ada jugak search kebaikan-kebaikan lain yang ada jika ibu mengandung minum air kelapa muda ni, dan adalah terjumpa beberapa fakta.

1) Air kelapa sebagai elektrolit semulajadi dan berguna untuk rehidrasi dan kembalikan stamina sebab air kelapa ada mineral-mineral penting macam Kalium dan Kalsium.

2) Air kelapa boleh nyah toksin dan melancarkan pembuangan air kecil selain mencegah jangkitan saluran kencing ibu hamil.

3) Air kelapa muda bertindak sebagai pencegah penyakit kepada ibu dan bayi.

4) Air kelapa muda ni juga sebagai medium untuk memudahkan sistem pencernaan kepada wanita hamil.

5) Air kelapa tak mempunyai kolestrol dan menjadi sumber HDL yang tinggi. HDL adalah High Density Lipoprotein atau common name nya kolestrol baik.

Info ni aku dapat dari sini: SUMBER



Makanya semalam masa balik Semenyih lepas check up kat Hospital Putrajaya, singgah tepi jalan beli kelapa muda 3 bijik, sebijik RM2.80.. Perghh... Sejak awal mengandung haritu, mak tak kasi aku minum air kelapa sangat, katanya bila dah dekat bersalin baru minum..

Jadi, semalam masa dapat minum air kelapa tu , Ya Allah nikmatnyaaaa... Sedap!
Yummy!

Jadi tadi singgah tepi jalan kat Senawang ni pulak beli..haha.. Harga lebih kurang, RM2.70.

So, jomlah kita menikmati air kelapak yang best..hihi..

EH aku dah tak cuak ke nak bersalin induce?
Maunya!

Cuak ni..
Buat-buat cool dan bertenang..

By hook or by crook kena hadap jugak kan.. 

:)



Thursday, March 21, 2013

Akibat Terlalu Membaca Pengalaman Bersalin Orang Lain

Semakin hampir dengan tarikh nak bersalin ni, semakin kerap pulak aku baca pengalaman orang bersalin dekat blog-blog.

Kadang-kadang rasa menyesal pun ada.
Menyesal kenapa aku baca. Sebab lepas tu aku takut sorang-sorang.
Emosi sedikit  tercalar lah lepas baca..huhu..
Ada tu aku siap termengalir air mata..
Ada yang buat jantung aku berdegup kencang..
Ada yang masa aku baca tu, anak aku menendang dalam perut kuat bukan main!



Tadi pun aku baca banyak blog.
Baca asalnya nak dapatkan gambaran, apa itu bersalin.
Lebih-lebih lagi aku memang dah diberitahu bahawa aku kena bersalin secara induce.

Kebanyakan pengalaman yang aku baca, memang akan cakap induce itu sakit lebih dari normal.
Pengalaman yang normal pun kata diorang dah tak tahan dengan sakit yang tak terungkap.
Induce lagilah.
Dengan proses seluk menyeluk, VE nak bukak laluan baby sampai terpekik-pekik dan ada yang hampir terajang doktor sebab sakit sangat. Ada yang meninggal.. Gulp.

Nak pulak ni pengalaman pertama aku nak bersalin.
Induce mungkin bukan pilihan, tapi harus untuk aku yang ada GDM ni.
Aku tak ada idea macam mana aku pada hari tu.
Guna epidural kah? C-section kah? Laluan bayi senang terbuka atau susah? Berapa kali nak kena seluk? Suami sempat ada kat sebelah tak masa meneran? Apa pencetus rasa sakit contraction? Macam mana contraction tu? Apa episitomi?

Macam-macam bermain dalam kepala otak aku ni.

Now aku hari-hari terbayang kondisi dalam labour room, walaupun aku tak pernah masuk lagi.
Serius terbayang-bayang, and keep imagining the pain.

Most of the bloggers akan tulis yang sakit tu tak kan ada orang yang dapat rasa melainkan waktu bersalin. Statement ini yang buat aku terfikir-fikir. Dan ketakutan.

Tu belum masuk cerita kawan-kawan ofis lagi.

Ngaaaaa... Sesetengah cerita tu boleh buat aku relief dan menambah keyakinan, tapi ada sesetengah officemate ni, dia punya cerita.. mak oii! Seram mak!

Kalau cerita kat aku je takpe, ni cerita bab-bab yang agak private dekat laki aku..kah kah kah..

Ye dia mungkin nak kongsi pengalaman, dan dia seorang yang open.. Tapi laki akulah yang termalu-malu mendengarnya..haha.. Cerita yang bagi aku, tak patut kot terlalu open dengan orang? Private kot? Layan ajelah labu.. Walaupun binimu ini biru-biru muka dengar pengalaman dia tu..


Ada antara tips aku terbaca tadi, aku tak ingat kat mana, tapi dia kata, kalau nak tenang masa bersalin, ingatlah bersalin itu bahagia sebab kita nak lepas rindu dapat jumpa si kecik yang dah ikut kita 9 bulan tu, dan satu lagi, ingatlah setiap kesakitan itu adalah penghapus dosa-dosa terdahulu..
Dan kalau kita tewas dan menemui ajal, itu adalah syahid.

Sob sob sob...


Hanya Allah yang tahu bagaimana nasib aku nanti.
Dan aku berharap aku dipinjamkan kekuatan untuk hari bahagia + seram aku tu. :D


p/s: dah dekat ni, entry asyik pasal bersalin je..hehe..

Tuesday, March 19, 2013

15 Hari Menuju 38 Minggu

Ya Allah..

Makin dekat tarikhnya kandungan aku nak masuk 38 minggu ni..
Yang menambahkan cuak adalah aku ni ibu berisiko.



Aku ada GDM, asthma dan berat berlebihan.

Lepas tu gatal pulak pergi baca blog2 mengenai pengalaman ibu bersalin.

Ya Allah..

Permudahkanlah..

Saturday, March 16, 2013

Pendamping Si Ibu Mengandung

Memang betul la apa yang mak aku dan beberapa orang lain cakap sebelum ni, masa mengandung ni, panas dia lebih dari biasa woa!
Mula-mula hamil dulu, tak rasa sangat. Tapi lama-lama..pergh! Peluh mencurat-curat. Mandi pun mampu bagi kesegaran kejap je. Tak tahan sungguh, kulit asyik lembab.
Kalau kat ofis, kekadang aircond dah 22 celcius pun tak berapa nak gigil lagi. Tidur pulak memang on aircond. Nasib baik tuan rumah pasang aircond kat bilik..haha!
Bila lepak kat ruang tamu kat rumah, memang tak mampu la kalau setakat harap kipas syiling tu. Mesti kena pasang pendamping.
Apobondo si pendamping tu?
Jin kah?
Mambang kah?
Hahaha.. Tak lah, pendamping tu adalah si kipas kecik!
ko bayang la, kipas syiling dah pasang, tapi tetap kena pasang kipas kecik tu untuk hala kat aku. Dua kipas beb!
Banyak dosa kah?
Ya Allah ampunilah aku..huhu..
Ok la, nak duduk berkipas jap..
Daa..

Tuesday, March 12, 2013

Tanda-Tanda Hampir Bersalin




Hari ni dah 34 minggu 3 hari aku mengandung.
Badan memang dah terasa pelik, kadang-kadang sakit tulang bontot, kadang-kadang sakit celah peha, sakit belakang, kadang-kadang tak rasa apa-apa pun.

Kerja pun banyak lagi ni.
Ada satu test lagi untuk setiap kod. Harap dipermudahkan semua urusan..huu!

Serius memang tak tahu apa-apa pasal bersalin, melainkan dengar pengalaman orang lain je.
Try jugak imagine sakitnya bersalin tu macam mana, tapi semua cakap 'kau tak kan dapat imagine!".

Ok.. sampai ketikanya aku akan rasa sendiri.
Takut, but excited. :)

Jadi, aku rasa aku perlu tau kot apa tanda-tanda hampir beranak kan?

Maka aku pun ada lah search sikit-sikit..
Dan terjumpa kat 1 blog ni, so aku nak kongsi lah.
Sesambil tu aku nak hafal..haha..


Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
•Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
•Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
•Sakit perut dan memulas
•Kerap buang air besar
•Kerap terkentutKeluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir
•Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
•Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang
•Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
•Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
•Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
•Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.


Ini antaranya, ada lagi tanda-tanda lain, kalau berminat boleh baca kat blog tu.

Cuak!

Thursday, March 7, 2013

Menjangkau 34 Minggu

Kalau mengikut kiraan, harini aku dah 33 minggu 5 hari.
Phew...dekatnya dengan due date!

Perasaan bercampur baur.
Of course gembira, seram, cuak, nervous.
Pertama kali nak dapat anak, dan pertama kali jugaklah nak rasakan apa itu "sakitnya melahirkan anak'.
Ngaaaa....

Tapi aku dah tekad, sekiranya diizinkan Allah, aku tetap akan cuba lahirkan anak ni secara normal.
Akan cuba elak caesar. Insyaallah. Moga Allah permudahkan urusan kelahiran anak sulung aku ni.
Aku takut. Tipulah tak takut kan.
Tapi dua hari lepas scan, nampak raut muka dia..awww..
Aku jadi tak sabar. But I have to sabar!

Kalau boleh aku nak siapkan semua kerja-kerja aku untuk semester ni.
Kalau boleh aku nak mudahkan semua pihak.
Aku nak marking sendiri hasil jawapan anak-anak didik aku semester ni.
Moga diperkenankan. Hehe..

Tadi pun mak sms tanya, perut dah turun ke tinggi lagi?
Emm..aku pun tak sure, rasa macam tinggi lagi.
Tapi yang paling seronok masa mengandung ni adalah, time baby tendang.
Lagi kuat dia tendang, lagi seronok perasaan tu.
Dan satu lagi time abahnya bercakap dengan dia dari luar dengan penuh kasih sayang *cewah*
It's a pleasure :')
Terasa bahagia sangat.. Alhamdulillah..




Tapi, semenjak dua menjak ni badan memang dah tak kuat.
Asyik letih, jalan pun terhincut-hincut terhegeh-hegeh..
Lenguh sana sini, kaki tak larat nak seret..huhu..

Kesian dengan students..
Macam tak dapat nak bagi all out dekat kelas dah hujung-hujung semester ni..
Aku doakan dorang yang terbaik, moga keputusan periksa nanti setimpal dengan usaha. :)


Thursday, February 28, 2013

Cara Hilangkan Kaki Bengkak Ketika Mengandung

Sejak masuk trimester ketiga haritu, kaki aku selalu bengkak.
Kaki asalnya memang dah bersaiz besar, kalau beli sandal mesti nak saiz 9.
Bayangkan, sejak mengandung, aku memang dah beli siap-siap sandal saiz 10.
Tapi sejak kebelakangan ni, yang saiz 10 tu pun dah tak muat!
Selipar jamban aku yang letak kat office untuk guna pergi toilet tu pun dah tak muat, boleh masuk jejari je..haha

Ini bukan kaki aku, tapi macam ni lah bengkaknya kaki aku sekarang!

Haritu balik kampung Zaimi, 10 jam KL-KB, menggajah kaki aku dengan sangat dasyat. Tidur malam tu mak mertua suruh angkat kaki tinggi-tinggi atas bantal. Alhamdulillah susut sikit pagi tu.

Semalam, ada makmal sampai pukul 6 petang. Kaki punyalah bengkak.. aduss..

Malam tu memang tergolek awal sambil angkat kaki letak atas bantal. Tapi tak jadilah.. bangun pagi kaki still bobok -_-" Agaknya sebab baring pun tak consistent, asyik terjaga. Dah 32 minggu ni, baring lama-lama pun tak selesa dah.

Tambah-tambah lagi pagi ni zaimi kena pergi FRIM pulak, makanya akulah yang kena drive sorang-sorang pergi kerja.. Dengan keadaan kaki macam ni, Senawang-Pilah terasa jauuuuh benar! Huaaa..

Pastu aku search la pasal cara kurangkan edema @ bengkak kaki waktu hamil ni, adalah jumpa artikel yang berinformasi. Mungkin boleh cuba?

Meh nak paste:

Kenapa Kaki Bengkak Ketika Hamil?
Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.


Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:

* Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan. *ok lepas ni tak duduk lama kat opis haha
* Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.

* Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.

* Rendam kaki dalam air sejuk. *macam best nak try :D

* Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.

* Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan. *macam best nak try :D

 * Minum air secukupnya. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki. *ok, insaf. lepas ni tak ngelat minum air -_-"

* Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.

* Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas. *alamak..payah ni..

* Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.

* Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.

Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food. Pengambilan suplemen/vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang seimbang demi memastikan ibu terus sihat dan bayi yang dikandung membesar dengan baik.



Berhati-hati
Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami:
* muka atau keliling mata bengkak.
* tekanan darah tinggi.
* kencing kotor.
* sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.

Lagi 50++ hari je lagi, insyaallah akan bersalin dan mendapat anak..
Kadang-kadang still macam tak percaya je yang aku dan zaimi akan dapat anak dah :)
Ada orang cakap, anak = buah cinta. awww..sweet ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.