Gambar Ultrasound Anak Dalam Kandungan | Throwback Thursday

Kenangan betul!
Terjumpa gambar ni dalam hard disk.

Bertarikh 12 Oktober 2012.
Adam baru 12 minggu usianya dalam rahim aku.

Masa ni, aku dengan zaimi sangat teruja.
Ya lah, anak sulung.

Dan aku tak lekat terus lepas nikah.
Jadi masa kali pertama UPT aku positive, memang sangat-sangat teruja.
Bersyukur sangat.

Tapi, sekali dapat detect aku ada kencing manis.
Lagilah berhati-hati jaga kandungan.

Paling seram bila doktor terangkan tentang kemungkinan janin meninggal dalam perut, atau janin boleh cacat.

T__T

Aku period irregular, jadi memang masa ni baru doktor dapat tentukan EDD bersalin.
Melalui ukuran panjang janin dalam kandungan.

Sebab tu, dah 3 bulan mengandung, baru aku dapat EDD untuk bersalin.

Dan disebabkan kencing manis, dari EDD yang doktor dapat dari ultasound tu, dia tolak pulak lagi 2 minggu.

Sebab kalau kencing manis, kena bersalin awal 2 minggu.
Takut risiko bayi besar dan risiko-risiko lain lagi lah bak kata doktor.

Jadi dapatlah waktu kena by hook or by crook bersalin pada 6 April walaupun EDD 20 April 2013.

Ceritanya ada kat SINI

Haih kenangan betul.
Adam pun dah 8 tahun.

😊

Post a Comment

23 Comments

  1. 12.10.2012 - besday suami ammi yg ke39 huhu

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Entahla dapat merasa ke tidak. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawen tu best tau ciksal.. nk jaga perkahwenan tu yg x brape nk bestt.. huhuhu

      Delete
    2. Insyaallah cik sal, jodoh akan tiba pada waktu yang tepat hehe..
      Waklat, kenapa tak best tu? haha

      Delete
  3. Alhamdulillah, besar dah Adam. Macam-macam dugaan mengandung ni ye

    ReplyDelete
  4. Pasti kenangan yang paling terindah kan...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..seronok ada pengalaman ni. Simpan jadikan kenangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. INsyaallah, semoga gambar ni tak hilang dalam simpanan mahu pun atas talian ni hehe

      Delete
  6. Dh 8 th dh,untung ada gambar yg tersimpan kan

    ReplyDelete
  7. Dulu2 jumpa gambar mesti dalam album... sekarang jumpa dalam hard disk! hehehehe

    ReplyDelete
  8. syukur alhamdulillah, dah besar skrg budak tu. harap jadi anak yang boleh diharapkan

    ReplyDelete
  9. Untung Adam ada gambar dalam rahim ibu

    ReplyDelete
  10. Indahnya perasaan tu syaz :)
    Bila tah nak rasa lagi ade ssuatu dlm perut ni :)

    ReplyDelete
  11. indah perasaan ni, Syaz. Bila lah k.fiezz nak merasa camni jugak..hehe

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.