Punca wanita hamil selalu berasa panas dan berpeluh

Memang tak dinafikan, walaupun tidur @ berada dalam bilik yang pasang aircond, tak lut untuk aku yang dah di penghujung trimester ketiga ni. Serius panas. Peluh tak payah cakap lah, agaknya kalau ditadah tu, dapat kot sebaldi sehari. *ok, hyperbola punya statement*

Tapi memang tak selesa.
Dan yang paling tak best, terasa diri busuk je. -___-"

Dalam ofis aku ni, aku pasang aircond 17 degree Celcius ok.
Tapi rasa rilek2 je. Tak rasa sejuk sangat pun.
Tidur tiap malam pun dalam aircond *nasib tuan rumah pasang*, tanpa selimut dan hanya pakai pakaian nipis. Rilek je. Macam tak ada apa-apa. Zaimi yang srot sret hidung dia setiap pagi. hihik..

Tapi, bila tak ada aircond.. Ya Allah...seksanya T_T
Kadang-kadang bila keluar jap dari ofis pergi meeting ke apa ke, then balik bilik, rasa nak mengamuk. Aircond seolah-olah tak rasa. Arghh!

Kenapa sebenarnya?
Ada sesiapa yang senasib dengan aku?
Kepanasan waktu hamil?

Haa.. sebenarnya perkara ni terjadi sebab hormon dalam badan wanita mengandung itu sendiri.



Kalau tak percaya, ini aku quote dari Pa Ma Online:

Mengapa Selalu Panas?


Sesetengah ibu hamil mudah untuk mengeluarkan peluh. Walaupun telah duduk dengan tenang, namun ia masih juga mengeluarkan peluh yang berlebihan.

Akibatnya pakaian mudah basah. Berpeluh sebenarnya merupakan reaksi alamiah untuk menyejukkan tubuh yang mengalami kepanasan. Namun, ada penyebab lain mengapa wanita hamil mudah berpeluh.

Salah satunya kerana peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan.

Keadaan berpeluh ini juga dipengaruhi oleh usia kehamilan yang semakin membesar.

Wanita hamil bagaimana pun perlu lebih berjaga-jaga sekiranya suhu tubuhnya meningkat lebih dari biasa. Barangkali ia bukan disebabkan hal di atas, tetapi akibat jangkitan kuman pada tubuh.

Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.

Itulah puncanya ye ibu-ibu hamil sekalian..
Solution dia yang mudah, mungkin kita perlu selalu mandi dan minum air kosong banyak-banyak.
Insyaallah akan reda sikit rasa panas yang menghantui kita tu..cewah!

Selain tu, kat SINI jugak dia ada cerita mengenai 6 perkara yang perlu dijauhkan di saat-saat akhir kehamilan. Bagus jugak kiranya korang pergi baca *wink*

Oraitlah, enough with blog sekejap..
Nak sambung tanda paper exam.

Daaa...

Post a Comment

0 Comments