Pages

Search This Blog

Showing posts with label Tesco. Show all posts
Showing posts with label Tesco. Show all posts

Monday, July 21, 2014

Adam Zuhairi dan Neneknya | Part II

Ni Sabtu lepas, saja keluar bawak Adam jalan-jalan pergi Tesco Semenyih dengan tokwan dan nenek dia..
Beli beli barang sikit..

Lepas tu, dalam kereta masa on the way balik, dua bercucu ni nak berposing pulak..
Haha..

Layanzz..







Budak manja..

Sementara tunggu nenek dengan tokwan dia bayar barang kat Tesco tu, aku bawaklah dia kat tempat arcade mainan tu..
Ingatkan nak bagi adam main la..
Ala selalu dalam rm1 -rm3 macam tu aje..

Rupanya kat tesco semenyih pelik!
Kau kena beli prepaid card untuk arcade tu..
Paling murah rm20.
Nanti, masa anak kau nak main, kau kena tap kad tu kat mainan tu, dia ada box macam kad touch n go kat tol tu..

Terus cancel plan..
Yelah..
Bukan selalu bawak adam pergi situ pun..
Membazir je nanti..

Makanya.. adam duduk ajelah..
Dia tengok je budak kat mainan sebelah dia duk main.. benda tu gerak-gerak..haha!
Biarlah adam..budak tu mak dia banyak duit..hew hew hew..




Adam kira ok lah sebab tak kisah, maybe kecik lagi kot.
ada sorang budak perempuan tu, dalam 3 - 4 tahun kot, bapak dia ajak balik, dia taknak.
Dia punyalah mengada, dia barang sambil hentak-hentak kaki sambil berputar ikut arah jam.
Boleh bayang?
huhu..
kalau adam buat macam tu esok, aku piat!


Pagi tadi bangun tidur terus tengok awani..
Macamlah faham kan.. haha..
Tapi khusyuk je..
Serius je muka dia..

Macam tau-tau je berita tu sedih..
Pasal MH17..
Bila aku pangil-panggil dia nak amek gambar, muka sangat marah ok!


Sabar je lah!

Thursday, June 5, 2014

Contengan Pertama Adam | 4 Jun 2014

Alang-alang teringat ni saja lah nak abadikan memori yang satu ni..
Semalam pergi TESCO Seremban Jaya tu..
Belikan adam mainan yang macam papan conteng tu..

Actually pen papan tu takde dakwat pun, dia guna sistem magnet..
Hujung pen tu besi, so besi tu akan tarik serbuk magnet..

Ajarlah adam cara pegang pen, dan macam mana nak guna pen tu..
Mula-mula adam biasalah, semua dia nak masuk dalam mulut..

Lepas tu bila dah tau, asyiklah duk gesek kan pen tu kat papan putih tu..
hahaha

Excited pulak dia!


Ha tu lah hasil gese gesel pen kat papan putih tu..
Ok lah tu kan untuk budak setahun 2 bulan? hehe..


 Ha yang ni pulak muka bengang sebab pampers dah penuh..
Pistol tu kasi leka dia sementara kat atas trolley je..

:P


Tuesday, October 29, 2013

Novel Love You Mr. Arrogant untuk Dijual..?

Minggu lepas memang seminggu tu balik kampung Zaimi kat Kota Bharu, so kat sana online mengharapkan telefon je lah.. Ala korang taulah, kalau online guna telefon ni memang kurang feel.. Tak syiok..

Semalam masuk masuk office je memang terus membizi update fail bagai..
Yelah, minggu ni ada audit.. hehe..

So kalau rajin next entry baru cerita pasal Kota Bharu..

Dan ketika kat rumah mertua jugaklah aku terrrrr tengok drama pukul 7 kat TV3 tu, Love You Mr. Arrogant tu.. mula-mula tengok macam biasa lah.. tanpa sebarang perasaan. Sebab aku memang jarang sangat bukak TV3 kalau kat rumah, sebab mesti bukak 722 atau 411 ke.. 132 ke..

So layans..

Sekali eh boleh tahan gak drama ni ek. Tengok lagi. Eh. Suka pulak..hahahah!

Makanya tak pasal-pasal masa kat Kota Bharu jugak aku terrrrr beli novel dia kat Tesco.. kikiki..

Dah siap baca dah pun..hua hua hua..

Tapi nampak lah jalan cerita dia ada lari-lari sikit kan..
Tapi takpe, layanss!


Boleh tahan best gak tulisan Aliesha Kirana ni..
sekarang ni aku tengah baca yang Cinta Bersaiz XXL lak..

Tapi, Love You Mr. Arrogant ni memang BUKAN untuk dijual lah nampaknya..

hee...


p/s: apa ke hei nya aku ni?

Monday, July 29, 2013

Salesgirl Yang ... (dot dot dot)

Gambar Hiasan

 Tahun ni adalah tahun pertama aku dan zaimi akan beraya bersama anak.. yea!
Alhamdulillah.. Dengan adanya Adam Zuhairi tahun ni, maka tetiba lah emak dengan ayah adam ni terasa nak bersedondon lah satu mini family kami ni..

Baju untuk belah aku, dah setel.
Sebab tahun ni giliran raya Semenyih, hari kedua raya nanti baru gerak balik Kota Bharu.

Dan sekarang duk mencari baju untuk bersedondon dekat belah zaimi pulak..haha

Aku ada tempah baju haritu, warna hijau kekuningan.

Ha macam ni lah warnanya..


Lepas tu mula-mula aku dengan zaimi pergilah carik dekat Tesco Semenyih memandangkan weekend haritu balik rumah emak. Adam of course lah aku tak bawak, buat merengek budak tu je nanti pergi jalan lama-lama.

Cariklah dekat kedai Gene Martino.. Ada lah yang warna sama, corak pun cantik.
Memang meletop lah. Sangat berkenan!
Tapi tak ada saiz.. Adam pakai saiz 0 je sebab dia baby. Saiz 0 tu dah sold out. Arghh!!

Ada yang besar je.

Kecewa.

Lepas tu tetiba terfikir nak pergi carik kat Warta Bangi, sebab kat situ kan ada Bazaar Wartawalk ke hape entah nama dia. Pergilah.

Mak oiiiii!!

Ramainya manusia!
Giler ramai!

Giler gilerrr ramai!

T__T


Pusing-pusing carik parking memang tak ada.
Sekali dapat idea nak turun dekat basement.
Eh bukan basement Warta tu, tapi basement kat kedai2 sebelah Warta.

Neh nak habaq mai, kalau hangpa rasa nak shopping kat Warta, silalah parking kat basement luar tu.
Serious parking banyak.
Tak payah lah nak sendat kan kepala otak carik parking kat belah atas.

Ok berbalik pada motif post ni, lepas keletihan pusing bazar tu, tak jugak jumpa baju melayu untuk adam tu. kalau ada saiz, warna tak sama, kalau ada warna, masalah saiz pulak.

Last sekali kitorang decide nak try usha kat butik Zaida.
Memang tak rasa nak pergi awal2, sebab takut kang harga dia over budget pulak..hik3

Lepas tu macam ternampaklah baju kecil berwarna yang kami nak tu duk tergantung baik punya kat butik tu..apa lagi, serang!!

Tapi bila dah sampai, tengok saiz dia, saiz 2. Tanya lah kat salesgirl tu, ada tak saiz 0.
Dia kata habis, tak ada yang simpan stok, yang tergantung tu je yang ada.

Kecewa lagi..

lepas tu budak perempuan tu tengok muka aku dengan zaimi kecewa agaknya, dia pun macam nak bermesra lah kot, dia pun buat2 lah tanya soalan kat kitorang.

"Anak cik lelaki ke perempuan?"

WHAT?

Dan dengan longlai nya aku pun jawab..

"Dah nak beli baju melayu, mestilah anak lelaki dik oi.."

Tak kan lah aku nak kasik anak perempuan pakai baju melayu?
Munasabah lah sikit wahai salesgirl..


agaknya dia letih sangat kot.. ramai orang nak dilayan.. sampai hanged sekejap otak dia..haha..

Last-last beli dekat Pakat Mai Trading, kedai kat luar warta tu..
Tapi design biasa je..
 :-/


p/s: tahun depan nak beli kain 1 kayu, nak tempah anak beranak. baru tak susah nak carik merata-rata macam ni..haih laa..

Tuesday, February 19, 2013

Sangat penat.

Ya Allah, letihnya badan Tuhan saje yang tau. Semalam hari pertama masuk kerja lepas cuti panjang. Terus ada lawatan pulak dari Kuala Pilah ke UKM, UPM dan SISFEC, Puchong.
Bertolak pukul 9, sampai rumah semula pukul 8. Kemas2, terus pergi Semenyih pulak. Tidur sana sebab pagi ni ada check up kandungan kat Hospital Putrajaya.
Pagi ni, dari pukul 8 dah keluar rumah, terlepas simpang punya pasal, habis sesat bukan main. Adoi.. Lambat sampai hospital tak pasal2.. Habis dalam pukul 11.30 camtu, pergi rumah angah pulak jumpa nenek. Pastu langsung pergi tesco kajang pulak.. Dalam pukul 3 dekat pukul 4 baru sampai rumah.
Punya penat, taip entri pun dah terlelap2. Mimpi siap. Argh! Tido lah.

Thursday, November 26, 2009

DOSA DI TESCO KAJANG



Semalam kami 1 famili pergi beli barang kat TESCO Kajang, ye lah, kan dah nak raya aji ni..
mak aku nak buat mee kari je.. gi la carik bahan2..
oh kat atas tu bukan tesco kajang ye, tu tesco kat barat..saje je tempek gambar..hehe

Pastu masa aku duk jalan2 celah2 rak barang2 tu, aku terperasan sesuatu..
TESCO Kajang ni menjual sesuatu yang bernama DOSA!
yang aku nak maksudkan ni bukannya arak atau babi,
tapi DOSA.

Aku tunjuk kat abah aku, dia tertarik.
Lalu dia beli DOSA itu!

Nak tengok apa DOSA tu?
ha tengok ni..


Campuran Dosa segera..
Dosa ini juga boleh dimanipulate samada nak secaras 'plain',
ataupun 'masalah'..


juga ada satu lagi jenis DOSA..


itulah dosa2 yang dijual oleh TESCO Kajang..

:P

selamat ari raya aji

=)

Thursday, May 21, 2009

Hasil balik ke rumah?

Helo!
Entry lepas aku merungut2 sebab kene balik rumah..
But it's not so bad la..

hik hik!
sebab pe?
sebab....

mak belikan MUFFIN!
taddaa!!

sedap weh muffin2 ni!
serius!
tak tipu!

ade 8 ketul muffin sekotak, dan sekotak rm8..
dan favourite aku adelah..

white chocolate with chocolate chip!

rainbow!

blueberry web!

oreo!

& chocolate chip!


bahagia! hahahah!

pastu alang2 dah jenjalan kat TESCO, aku ternampak tembikai susu..
aku pun bodek lagi emakku..

dan mak pon membuat air tembikai susu pada petang itu!
1 jag ko!
tak puas gak minum tak tau la!

jemput minum
(^^,)

*********************************************
updated!

hasil Zaimi pulang ke kampung?
ehem ehem!

taddaaa!

sehelai tudung bawal berbatu..
tudung yg ke 6 zaimi & family bg (^^,)

sayang sangat kamu semua!!
melaram tudung baru :)

Tuesday, February 3, 2009

Gi TESCO Pelangi Semenyih..

YA!
aku telah pon pegi ke TESCO baru ni dgn mak & nana aritu sbb nak g beli sesuatu yg best..
hee..
lagipon aku x penah lagi g sini jadi tringin gak la nak tengok cmane rupe TESCO baru ni..
lain la dalam dia dr TESCO Kajang.. Escalator pon lain..
haha..
pas beli bende yg best tu, mak ajak g medan selera..
huh! pandai tol dorg ni nak tarik pelanggan.. kad medan selera pon boleh kumpul point kad TESCO tu.. cet!

ehem-ehem..
mak order ABC..
sb cadangan awal nak makan ABC je..



tapi aku telah menggoda mak aku nak makan mee hot plate..
jadi mak ngan nana pon tpengaruh..
hahahahahaha!!!!!

aku ngan nana order hotplate Yie Mee..
mak lak order hotplate noodle..
tak byk beza pon..
cuma yg noodle tu mee die kasar sikit..
rasa x sgt pon bezanye..




nyum nyum..
masih berasap di kala ini..
nak??






makan! makan! jangan lupe beli air kang tercekik suseyh..
(^^,)







Saturday, January 17, 2009

Home Sweet home~


keberangkatan pulang ke semenyih! yeah! arini cuti.. bese la wat master ni kelas pon ari rabu kames jumaat jer.. dah alang2 umah pon dekat benor dgn bangi ni, pekate aku balik je.. haha!
lagipon smalam mak cakap Tesco kat semenyih tu dh bukak dh.. leh ar nak g tgk ke pe ke.. sambil2 tu leh ar nk g menziarah kubur atok ke.. erm..
rindu bnor kat atok.. ~
ptg2 lak mungkin g jenjalan kat UIA lak kot..haha.. melawat siti zaiummi..adik kesayangan nye ahmad zaimi.. tgk la cmne..
karang aku balik semenyih.. lalala~
nk bsiap dulu... papai~~

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.