Pages

Search This Blog

Showing posts with label oboi. Show all posts
Showing posts with label oboi. Show all posts

Friday, July 18, 2014

Selamat Jalan Elin Sayang...

Hari ini adalah antara hari yang sedih dalam hidup aku..
Selain aku turut bersedih dengan:

1) Uncle Sim dibuli.. (malu sebenarnya dengan perangai Kiki Stereng Lock)
2) Gaza dibom racun..
3) Sabah darurat..
4) MH17 ditembak, meletup dan terhempas..


Dan yang paling sedih adalah, kucing kami Elin, telah mati setelah tiga hari nazak..

:(


Mungkin ada yang cakap, kucing je.
Kenapa nak sedih?

Tapi bagi kami, kucing adalah famili.
Kami bela Elin dah 10 tahun.
Dah macam adik.
Macam-macam kenangan..

Aku ingat masa aku mula-mula blogging, aku ada buat blog untuk Elin..
Masa tu aku banyak masa free..
Agak famous blog tu, di kalangan blogger kucing juga..
Bukan dalam Malaysia ye, komuniti tu dari seluruh dunia..

Lepas tu aku dapat kerja, blog Elin memang terabai..

Elin pun makin lama makin sakit..
Tapi bulan ni yang dia nampak teruk sangat.
Bulu dia tak terurus..
Dia asyik keluar.. pergi lepak rumah jiran..
Dia macam bawak diri..

Emak kata dah bawak dia pergi Vet, disahkan Elin punya buah pinggang dah rosak teruk..
Dari hari Rabu lagi mak kata, Elin dah tak boleh gerak..
Muka dia pun dah nampak lain..
Semalam dia masih bernyawa, cuma dia tak mampu bangun, tak boleh makan, minum semua tak boleh..

Pagi tadi, 8.30 pagi lebih kurang..
Elin dah pergi meniggalkan kami sekeluarga.....

:( :( :(


Sedihnya hanya Allah yang tahu..



Ini gambar terakhir Elin sebelum dia mati tadi..
Memang bersih je muka dia sebelum dia mati ni..
Mak kata, tahi mata pun dah tak ada lepas mak lap kan hari tu..


Selamat disemadikan..
Tanam kat tepi rumah mak dan abah..

Janganlah ada yang pertikai kenapa letak bunga atas kubur kucing pulak..
Itu nak bagi tanda supaya tahu kat mana tanam je..
Sebab aku dengan oboi tak ada kat rumah..
Esok baru aku balik..
So esok aku mesti tanya mak, tanam kat mana..
Senanglah nak carik nanti..
Saja nak tengok kubur ..ingatan terakhir..

:(


Dah dua kucing mati setelah lama kami bela..
Few years back, Boody.
Mati lepas 17 tahun kami bela..
Hari ni, Elin pulak..

:(



Wednesday, May 14, 2014

Birthday Nenek ke 71!

Selasa 13 Mei 2014, kebetulan public holiday sebab hari wesak kan, so alang plan nak buat makan-makan sikit sempena birthday nenek aku yang ke 71 yang memang jatuh pada 13 Mei..



Ala, bukan apa pun, saja suka-suka makan-makan dengan family belah mak.

Angah Din dengan Aul tak ada  sebab dorang kena tunggu orang datang pasang unifi kat rumah dorang, dan family ucu memang jauh lah kan kat Langkawi tu, kalau buat event mengejut macam ni, memang susah lah dorang nak balik.

Buat dekat rumah mak je semalam, alang beli fillet ikan, suruh mak goreng sendiri je.
Plan asal nak makan kat luar, tapi mengenang ada dua baby tu, haru karang.. lebih-lebih lagi adam, sangatlah lasak! Baik makan kat rumah huhuu... Lepas tu alang beli kek, aku dengan zaimi sponsor pizza.. so yums!



Adam pun dengan tak malunya, tumpang makan sekali aisyah punya mee sup yang angah shidah buat.. haha..




Sebelum makan, selfie dulu ramai-ramai menggunakan monopod yang baru beli.. kah kah kah..




Lepas selfie dengan riuhnya, jom makan!








Sempat jugaklah merakamkan kenangan nenek dengan cucu terkecil, dan cicit sulung dia.. :')






Semoga nenek sentiasa sihat.. Dan dipinjamkan kepada kami lebih lama lagi......

Lama tak buat entry panjang-panjang macam ni..hihik..

Friday, August 9, 2013

Raya Pertama Bersama Adam

Alhamdulillah, tahun ni beraya dengan ahli keluarga baru, my son Adam Zuhairi :)
Tahun ni first day raya, raya kat Semenyih :D
Tq zaimi ,)
Tapi raya kedua sebelum subuh dah kena gerak balik KB huhu.. baik, menurut perintah!
Overall raya best sebab tahun ni ramai, keluarga angah je takde.
Mak macam biasa lah, masak nasik minyak, kurma ayam, rendang daging, kuah kacang, lontong, bla bla bla...
Jadi, dikesempatan ni.. mohon maaf zahir batin, selamat hari raya ;)
Meh la tengoj gambar2 raya kitorang..hehe

Friday, March 15, 2013

Hari Lahir Oboi, dan Etot!

Harini 15 Mac, harijadi adik lelaki aku yang ke 23.
Mak oi..
Dah 23 tahun dah aku ada adik rupanya..huhuu..



Alang-alang ada kat rumah semalam, aku belikanlah dia kek.. :)

Semoga impian kau tercapai lah tahun ni ye!

Oh, semalam aku balik Semenyih pasal pagi tu ada appointment kat Hospital Putrajaya.
Pagi tu pergi dengan mak, sebab Zaimi ada kelas.
Siap kena saman sebab parking lagi..
Sebab parking tak ada, tempat tanah lapang yang selalu orang parking tu pun diorang tutup semalam, ada lori-lori tengah ratakan tempat tu..

Maka kami si pesakit-pesakit ni parking la kat tepi2 jalan.. Habis semua kena saman.
Hmmm... sabar je lah.

Ada berita saspens jugaklah dari hospital semalam..huk3
Nak cerita ke ek?
Nantilah..

Oh, apa cerita pasal Etot?
Tak ada apa pun.. cuma semalam Etot bagi kerjasama masa aku amek gambar dia..haha!


Oh Etot kucing kami berkaki pengkau..hihi..

:)

Saturday, May 1, 2010

Air Bukit Lebuhraya SILK

Salam semua =)

Dah banyak tahun dah sejak highway SILK ni siap, aku selalu nampak orang berhenti kat tepi jalan, tadah air dari 1 bukit yang telah dibelah dua tu. Bukit tu dipotong dua, sebab nak buat jalan.. Kalau dari Balakong, masuk highway SILK ni, bukit ni dekat dengan simpang untuk turun ke Semenyih, kalau terus, pergi Putrajaya yang melalui Bangi..




Memang ramai la yang suka tadah air bukit tu.. Semalam, aku dengan adik lelaki aku kebetulan ada botol kosong masa lalu situ, kitorang pun tumpang sekaki.. heheh..


Adik aku dengan spek barunya, yang dibeli di Pudu..haha..
Botol susu tu aje yang ada masa tu, sebab aku baru beli dan habiskan.. 


Aku tak tau siapa, tapi ada pihak yang memang tau kat bukit ni ada air mineral mengalir, maka diorang siap-siap dah letakkan getah paip, jadi senang la nak tadah air tu.. Memang tempat ni tak ada bau apa-apa, air dia jernih gila.. aku try minum, rasa dia macam air mineral la, cuma manis2 sikit.. Hari ni mak aku suruh tadah lagi..haha..

Tapi jangan la main redah je minum air tu, bacalah Bismillah dulu..ye? 

=)

ps: siapa penah daki bukit/gunung tinggi2, pastu minum air sungai dia yang tak tercemar tu? Ha macam tu lah rasa air ni.. hehe

Sunday, March 21, 2010

Si Rambut Helmet & Si Rambut Bawang

Salam semua =)
Semalam seharian aku meneman nenek balik ke Bangsar..

Selongkar-selongkar barang lama kat rumah tu, aku terjumpa la sekeping gambar yang nostalgic giler..
haha.. Gambar Si Rambut Helmet dan Si Rambut Bawang..

Mereka adalah adik-adikku..
Nana adalah si rambut helmet, sebab masa ni,
jangan lah nak suruh dia selit rambut tu belakang telinga, 
sampai sudah dia tak mau.. haha!
maka rambut dia menten gitu je, macam bentuk helmet..hehe..

Si rambut bawang pulak adalah Boy,
sebab rambut dia yang kat bahagian pusar, tercacak je naik tak nak turun2..
Macam bawang..hehe..

Hmm..
Cute la pulak tengok gambar ni..
Yelah masa ni diorang kecik lagi, kalau tak silap masa ni umur Nana 3, Boy darjah  2 kot..
Rumah pun tak pindah lagi masa ni..

Sekarang ni, dah besar gedabak dah adik2 aku ni, dua2 dah lagi tinggi dari aku..
cess..
Kalau dulu comel, sekarang dah lawa & macho dah..hehe..
Ambik gambar pun dah tak reti nak berdiri tegak, ade je aksi pelik2..
hehe..

ps: Cepatnya masa berlalu.. aku ingat lagi betapa aku excited bila dapat tau mak aku pregnantkan diorang..
=)

Monday, March 15, 2010

Happy Birthday Boy & Tok

15 Mac, adik lelaki aku berkongsi besday dengan tok aku [mak kepada abah]..

So, happy birthday boy!

dan tok!

Boy yang ke 20, tok yang ke 78..
Semoga baik2 semuanya =)

ps: masa berlalu sangat pantas.. 

Monday, February 8, 2010

Oh Durian & Satar

Hari tu masa pergi Terengganu, selain jalan2, banyaklah jugak makan2..
Eh aku tak cerita lagi ye aku jalan mane? haha.. nanti la aku cerita..

Ada sekali tu, gi Pasar Payang tu, semua pulak teringin nak makan durian..
Tapi takleh nak bawak balik chalet..kang nak kopek cmane..
jadi, abah pun suh makan kat situ gak..




Semangat kan famili aku makan?
Aku?
Aku takleh makan durian.......
Sebab nanti bila makan, aku leh pening sampai rasa nak pitam..

Jadinya, aku jadi pengadil je la..
huhu..

tapi ada 1 benda yang aku memang sangat2 suka makan..
sepanjang aku duk terengganu 3tahun dulu pon, aku memang selalu makan benda ni..


Ianya adalah satar..
mavelles wa cakap lu!

ps: pergh...tetibe tringain lak..mana nak carik kat Semenyih ni????

Monday, November 30, 2009

Pembenci Bawang

Hello!

Eh lame nye aku tak hapdet ye..
Aku diserang angau The Sims 3..
haha...

Lagipon dateline thesis dah dekat..
Jadi, letak tepi dulu ini blog..

Okeh, arini aku nak memperkenalkan seorang pembenci bawang!
Sangat tegar kebencian beliau terhadap bawang..
Beliau adalah!


Yang memegang kucingku itu..
Dia adelah adik lelaki aku..
hehe..
dia sudah ade blog,
gi lah sini and support lah dia ye, kalau dia tak hapdet, korang sekeh la kepala dia ek..

Dan jangan la lupe kat adik aku yang sorang lagi..
Yang pandai bermain gitar ini..

Yang bertudung hitam ye, yang bertudung cokelat tu aku..
haha..
blog adikku yang ini plak adelah di sini..

orait..

=)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.