Atau emel SR di syaznirahim[at]gmail.com
Showing posts with label tokyam. Show all posts
Showing posts with label tokyam. Show all posts

Friday, July 29, 2022

Flask Air Nostalgic

Hari tu masa balik Kota Bharu, SR dengan zaimi pergi ke PKT di sebelah pasar Wakaf Bharu. Pertama kali SR masuk dalam PKT walau dah 10 tahun berulang balik rumah mertua. Jadinya barulah SR tahu, yang PKT ni barang-barang essential adalah di tingkat atas.

Thursday, October 7, 2021

Kuarters Askar | Throwback Thursday

Masa aku kecik dulu, aku sempat membesar di kuarters askar.
Katanya emak dan abah, lokasi kuarters tu dekat dengan Ulu Kelang.

Aku duduk situ tak lama, sampai tahun 1990 je rasanya.
Sebab lepas tu, abah mohon bersara awal dari tentera dan kami pun pindah keluar dari kuarters tu.

Walaupun memori aku sekadar sampai umur aku 4 tahun lebih je dekat kuarters tu, ada juga yang aku masih ingat dengan jelas.

Saturday, June 5, 2021

Wednesday, June 2, 2021

Selamat Jalan Tok Yam

Padanlah 9 Mei 2021 hritu aku teringat dekat Tok Yam sangat-sangat.

Aku ada buat entry tentang buaian dekat rumah dia masa tu.


Baru sekejap tadi, 8.45 malam, Tok Yam telah disahkan meninggal dunia.

Friday, May 7, 2010

Kurang Tidur: Boleh Mati Awal




Aku terbaca 1 artikel kat Metro harini, 
yang bagi aku walaupun artikel tu pendek, tapi boleh wat aku terfikir..huhu

Satu kajian dibuat di London, bahawa, jika seseorang tu kurang tidur,
boleh membawa kepada pendek umur..

Ketua penyelidik di Universiti Warwick, Francesco Cappuccio, berkata seseorang yang tidur sedikit akan mengalami diabetes, kegemukan, tekanan melampau dan kadar kolesterol berlebihan.

Dalam kajian yang sama, mereka kata jika tidur berlebihan, seperti lebih dari 9 jam sehari pun, boleh membawa kepada mati awal..

Huhuhu..aku kadang-kadang terlebih tidur..haha!
Tapi, kajian ni macam tak berapa nak tepat aje lah, atau mungkin aku yang tak berapa faham mati awal tu, dia maksudkan umur berapa tahun.. sebab, mak kepada abah aku, masa dia muda-muda dulu, dia orang susah.. dia buat macam-macam kerja untuk sara anak dia 7 orang lepas suami dia meninggal masa dia muda lagi.. jadi mengikut penceritaan abah aku, dan dia sendiri, dia kata dia selalu tidur lewat, dalam pukul 11 baru tidur.. pastu, pukul 4 pagi dah bangun pulak nak buat kuih nak jual..

Lepas siap kuih, pergi hantar anak-anak ke sekolah pulak, naik basikal.. berulang alik banyak kali.. lepas tu, sambung jual kuih, lepas habis kuih, pergi amek upah kat rumah orang plak, samada basuh pinggan ke, kopek udang ke..macam-macam..

Tengahari, dia ulang alik lagi jemput anak-anak.. Petang sikit, buat kuih untuk jual petang pulak..sampai la ke senja, masa tu rehat sikit.. malam pulak, masak untuk anak-anak dan siapkan upah menjahit pulak.. Pukul 11 baru tidur.. Macam tu lah hari-hari, kalau cuti sekolah, aktiviti dia tukar sikit, dari ulang alik hantar anak tu, jadi amek upah basuh pinggan dan periuk rumah orang kawen pulak..

Tapi tak mati awal pun dia, sekarang ada lagi, umur dah 78..hehe..

ps: ajal maut di tangan Allah.. jagalah pemakanan untuk lebih sihat, dan amalkan gaya hidup sihat!~

Monday, March 15, 2010

Happy Birthday Boy & Tok

15 Mac, adik lelaki aku berkongsi besday dengan tok aku [mak kepada abah]..

So, happy birthday boy!

dan tok!

Boy yang ke 20, tok yang ke 78..
Semoga baik2 semuanya =)

ps: masa berlalu sangat pantas.. 

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot