Flask Air Nostalgic

Hari tu masa balik Kota Bharu, SR dengan zaimi pergi ke PKT di sebelah pasar Wakaf Bharu. Pertama kali SR masuk dalam PKT walau dah 10 tahun berulang balik rumah mertua. Jadinya barulah SR tahu, yang PKT ni barang-barang essential adalah di tingkat atas.

Menangis lutut kanan SR nak sampai ke atas tu haa. Tangga dia curam jugak oih! 

Zaimi pun meneruskan cari barang yang ma dia kirim suruh beli. SR pun jalanlah tengok-tengok barang. 

Ternampak pula flask air warna merah ada printed corak bunga-bunga ni. Terus teringat dekat arwah Tok Yam SR. Dulu dekat rumah dia ada flask air macam ni. Terbayang pula sikit-sikit zaman kanak-kanak dulu. 

Sekarang macam dah tak ramai pakai flask atau thermos air macam ni kan. Rumah SR sendiri pun tak ada, SR pakai cerek elektrik je. Bila nak air panas, boil je air terus.  Dalam 3 minit dapatlah air panas.

SR pernah ada thermos, tapi selalu lupa nak refill. Kalau refill pun, mesti tak berapa nak guna pula airnya, last-last sejuk.

Tok Yam dulu, dia masak air guna cerek dapur. Sekali masak, nak tunggu siap kan agak lama. Plus rumah dia pula selalu ada orang datang, dan tiap kali ada orang datang, dia mesti akan buat air kopi O.

Selain SR yang guna cerek elektrik, ramai orang sekarang dah ada mesin penapis air yang boleh terus keluarkan air panas atau air sejuk. Siap ada yang boleh keluarkan ais kan! SR masih belum terbuka hati nak langgan mesin penapis air tu buat masa ni. Masih pasang penapis Joven saja di sinki, dan kalau nak air oanas, SR jerang, kalau nak ais, SR ketuk!

Eh melalut entah ke mana-mana dah SR ni.
Kalian pernah ada, atau masih ada flask air ni di rumah?

😁

Post a Comment

10 Comments

  1. orang kampung dulu sukalah buat kopi o bubuh dalam flask. habuan pi kebun. dulu masa saya kecil, macam tu la...

    ReplyDelete
  2. Flash air ini di rumah Naim ada , nostalgia tengok balik flash air ini hehe

    ReplyDelete
  3. kenangan ni, penutupnya berfungsi sebagai cawan..rasanya ada lagi kt kampung, selalu arwah ayah bawa bila ke kebun, bawa air kopi...nikmatnya minum panas-panas selepas berkebun..

    ReplyDelete
  4. Termos legend. tangkai dia tu best senang usung.

    Pasar raya PKT memang tinggi tangga dia. Anak-anak buah waktu kecik dulu time naik takpe, time turun jadi gerun. Kena la dukung haha

    ReplyDelete
  5. ada..umah Ibu dulu...tambah2 lagi masa adik2 kecik.memang berguna sgt termos ni sbb nak buat susu kann... now memang penapis air je la...

    ReplyDelete
  6. Sama masak air cerek elektrik tiada simpan dalam terms.

    ReplyDelete
  7. Paling biasa nampak warna merah tanpa corak tu. Menggamit nostalgia sungguh kan.

    ReplyDelete
  8. Jenis yang ni tahan lama kan flusk dia...air panas pun lama panasnya..dulu ada la...

    ReplyDelete
  9. Flask warna merah bunga2 tu flask paling antik . Isipadu air pun boleh letak banyak . Ringan

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.