Kurang Tidur: Boleh Mati Awal




Aku terbaca 1 artikel kat Metro harini, 
yang bagi aku walaupun artikel tu pendek, tapi boleh wat aku terfikir..huhu

Satu kajian dibuat di London, bahawa, jika seseorang tu kurang tidur,
boleh membawa kepada pendek umur..

Ketua penyelidik di Universiti Warwick, Francesco Cappuccio, berkata seseorang yang tidur sedikit akan mengalami diabetes, kegemukan, tekanan melampau dan kadar kolesterol berlebihan.

Dalam kajian yang sama, mereka kata jika tidur berlebihan, seperti lebih dari 9 jam sehari pun, boleh membawa kepada mati awal..

Huhuhu..aku kadang-kadang terlebih tidur..haha!
Tapi, kajian ni macam tak berapa nak tepat aje lah, atau mungkin aku yang tak berapa faham mati awal tu, dia maksudkan umur berapa tahun.. sebab, mak kepada abah aku, masa dia muda-muda dulu, dia orang susah.. dia buat macam-macam kerja untuk sara anak dia 7 orang lepas suami dia meninggal masa dia muda lagi.. jadi mengikut penceritaan abah aku, dan dia sendiri, dia kata dia selalu tidur lewat, dalam pukul 11 baru tidur.. pastu, pukul 4 pagi dah bangun pulak nak buat kuih nak jual..

Lepas siap kuih, pergi hantar anak-anak ke sekolah pulak, naik basikal.. berulang alik banyak kali.. lepas tu, sambung jual kuih, lepas habis kuih, pergi amek upah kat rumah orang plak, samada basuh pinggan ke, kopek udang ke..macam-macam..

Tengahari, dia ulang alik lagi jemput anak-anak.. Petang sikit, buat kuih untuk jual petang pulak..sampai la ke senja, masa tu rehat sikit.. malam pulak, masak untuk anak-anak dan siapkan upah menjahit pulak.. Pukul 11 baru tidur.. Macam tu lah hari-hari, kalau cuti sekolah, aktiviti dia tukar sikit, dari ulang alik hantar anak tu, jadi amek upah basuh pinggan dan periuk rumah orang kawen pulak..

Tapi tak mati awal pun dia, sekarang ada lagi, umur dah 78..hehe..

ps: ajal maut di tangan Allah.. jagalah pemakanan untuk lebih sihat, dan amalkan gaya hidup sihat!~

Post a Comment

0 Comments