Pekerja Kaunter Pejabat Pos Terlalu Garang!

Salam semua =)

Lewat pagi tadi, aku pergi Pejabat Pos..
Ada orang beli buku di Kedai Buku Online aku tu, syukur!



Lepas ambil angka giliran apa semua, aku pun duduk la tunggu turn, ada 10 orang lagi sebelum aku..
Ting tong.. Angka giliran tu berubah, bangunlah seorang Uncle keturunan India,
lebih kurang baya abah aku kot.. Dia nak buat urusan apa aku tak pasti, tapi aku rasa ada kaitan dengan kirim duit..

Punyalah kuat suara minah yang jaga kaunter tu bercakap dengan uncle tu, dia marah sebab dia batak tak dapat nak baca tulisan yang atas sampul tu.. Dia kata tulisan hodoh, dia suruh uncle tu eja, Uncle tu eja la.. Nama penerima tu pulak rasanya memang nama orang India yang klasik, jadi agak panjang dan susah disebut. Pastu dia marah-marah lagi uncle tu, tak kan la tulisan sendiri pun tak boleh baca.

Uncle tu kata la, ini anak dia yang minta tolong dia, tu tulisan anak dia, bukan tulisan dia.
Minah tu sound lagi, "lain kali, suruh la dia datang sendiri, tak pun tulis la senonoh sikit"

Uncle tu macam malu dah, terus bini dia pun yang duduk terus datang kat dia, minah tu bising-bising lagi,
"Aunty boleh tak baca tulisan buruk macam ni? Lain kali tulis elok-elok la, tak de la susah!"
Aunty tu senyum kelat je, terus Uncle tu kata nanti la dia nak suruh anak dia datang sendiri.. Muka dah sedih dah..

Minah tu bising lagi, "Tak pun, bawak la fotostat IC ke apa ke, takdela sakit mata saya ni"

Apa yang aku hairan, kat depan minah tu punya kaunter, ada tertampal beberapa etika kerja, antaranya (lebih kurang, sebab aku tak hafal):

Will help you with warmth and respect.


Aku rasa macam nak terajang aje minah tu. Perlu ke dia tengking2 uncle tu? Perlu ke cakap kuat2, sampai aku yang duduk jauh dari kaunter tu pun dengar? Perlu ke kurang ajar dengan orang tua? Tak reti cakap baik2 ke?

Serius aku tak suka cara minah tu. Bukan uncle tu aje kena marah, ada sorang lagi pakcik pun dia perli2 macam dia hebat sangat, macam dia tu lah PENGARAH POS MALAYSIA. Serius tak ada budi bahasa, buat malu melayu je..ciss..

ps: Inilah orang cakap, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Post a Comment

0 Comments