Soalan dibalas dengan soalan..

Heheh..macam best jek mainan ni..
begini..

Game ini memerlukan kreativiti anda untuk mencipta soalan.
Jawapan kepada soalan adalah soalan yang anda reka sendiri.
Maknanya,orang lain kena fikirkan jawapan anda tu berdasarkan soalan yang anda tulis dalam ruang jawapan.

1. Dimana kamu berada sekarang?
- Seksyen berapakah yang terletak bertentangan dengan seksyen 16 bandar baru bangi?

2.Apakah warna baju anda pakai sekarang?
- Apakah warna langit pada waktu malam?

3.Bila kali terakhir anda pergi menonton wayang?
- Apakah kata lawan bagi hafal?

4.Kamu belajar/bekerja dalam bidang apa?
- Bidanga apakah yang bertanggungjawab mengekalkan sumber alam semulajadi terpelihara?

5.Lagu yang anda sedang dengar?
- Apakah kata lawan bagi ada?

6.Ke mana kali terakhir kamu ke luar negara(jika ada)?
- Apakah kata lawan bagi pernah?

7. Benda yang anda kali terakhir beli dengan duit anda?
- Apakah hasil dari campuran nasi, perencah dan cili api bila digaul di atas kuali dalam keadaan api terbuka?

8.Tempat yang anda teringin sangat nak pergi sekarang?
- Negeri apakah yang berada di antara Kelantan dan Pahang?

9.Selebriti/Artis yang menyanyi yang kamu mahu sangat berjumpa?
- Kata lawan bagi ada?

10.Apakah berita yang terbaru yang anda baru dengar?
- Kata lawan bagi peduli?

11.Kalau diberi RM1,000 sekarang,nyatakan apakah barang yang anda ingin beli(sekali beli je,bukan banyak2)?
- haiwan apakah yang sering dibela oleh manusia, yang mempunyai rupa yang comel dan mengiau?

12.Rakan blogger yang terakhir anda jumpa?
- Siapakah girlfriend Kamarul Ariffin Hambali?

13.Pukul berapa sekarang ini?
- Jam 0300 - 1 jam setengah?

14.Tadi anda makan apa?
- Padi apabila dituai, ditanak dan digoreng menjadi apa?

15.Siapakah yang anda ingin 'bengongkan' dengan soalan-soalan merapu anda ini?
- Hati siapakah yang telah saya cuit untuk mencuba?



.............................................................................

bengong dah..haha!
nak main, main la..gudnite..

Post a Comment

0 Comments