Macam mana puasa tahun ni?
Syukur rasanya.. ada rezeki nak berpuasa dengan mak abah lagi tahun ni..
Lately banyak sangat parents rakan sekerja aku meninggal dunia..
Sayu hati...
Tahun ni juga adalah tahun kedua aku berpuasa sebagai ibu..
Alhamdulillah..
Bak kata zaimi, tahun lepas time berbuka adam duk baring je atas tilam..
Tahun ni, jenuh mengejar dia..dia dah boleh jalan lah katakan..haha
Dan dialah budak yang tak puasa tu..
Mana boleh puasa lagi kan? :D
Kemain lagi duk hisap botol..hehe..
Zaimi rajin melayan anak dia tu..
Macam-macam aksi kan budak adam ni..haha..
First day puasa tahun ni dekat semenyih, dan zaimi pun dah agree every week akan balik berbuka sebab raya nanti seminggu lebih dekat Kota Bharu pulak..
So Sabtu haritu baliklah rumah mak, itu yang budak adam bertambah ligat tu.
Habis segala ceruk rumah nenek dia, dia explore..
Semua orang kena ambil langkah berjaga-jaga je..keh keh
Sampaikan tangga kena hadang dengan kusyen besar, kalau tak confirm naik punya..
Kalau rumah kitorang, kitorang letak pagar, ini rumah mak, nanti masa adam takde jenuh pulak dorang nak bukak pagar kan..
Harini masuk kerja, lemau je rasa.. sebab semalam dah over minum air..hahah
![]() |
Adam dan tokwannya.. |
0 Comments
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)