Search This Blog

Friday, December 9, 2016

Adam bikin seram lagi

Semalam lepas jemput budak-budak dari rumah pengasuh, terus singgah Giant Kuala Pilah.
Niat asal nak beli barang sikit, lepas tu bincang-bincang dengan zaimi, rasa nak makan MarryBrown.

Beli la empat set, sorang satu set kononnya.

Adik sedap bedal bubur ayam marrybrown.
Adam pun aku suap jugak bubur tu, tapi dia lebih kepada makan nugget dengan fries.

Pengasuh dia cakap, dia dah makan banyak.
Mungkin lah kot.

Maka kami pun makan, makan, borak, makan, tercampak sudu sebab tetiba terkejut si adik berdiri atas highchair, makan lagi, terkejut lagi sebab tetiba adik capai coleslaw dalam pinggan, bla bla bla....

Rutin dan senario yang biasa bagi keluarga kecil berpendapatan sederhana dan tiada bibik seperti kami, bila makan di luar.

Memang takde can la mak nak control ayu, ayah nak usha awek lalu lalang dan sebagainya.

"Ayah, adam nak kencing"

"Ok, jom pergi toilet"

Kisahnya, si adam sekarang dalam proses cerai pampers.

Memang sangat berterima kasih dekat pengasuh dia, sebab rajin train adam masa kami pergi kerja.

So far, berjalan lancar.

Masa mula-mula train dulu, berterabur merata jugak kencing dia.

Dalam beberapa minggu tu, dia dah boleh tahan, dan akan bagitau kalau nak kencing.


Jadi, masa jemput dia, memang aku dah pesan supaya jangan pakaikan pampers, sebab nak ajar dia hold kecing dia kalau naik kereta.

Slow-slow kayuh, waktu siang dah beres bab kencing.

Makanya, bila adam kata nak kencing, zaimi pun bawaklah pergi toilet.

Lepas setel kencing, sambung makan, borak etc etc..



"Ayah, adam nak berak"

Pulok.

Kami yang kebetulan dah setel makan, dengan santai, cool, rilek dan steady kemas apa yang patut, mana yang tak terhabis tu, kami bungkus-bungkus.

Dan actually, dalam seminggu dua ni, baru adam nak buang air besar kat jamban.
Masa kencing dah berjaya train pun, kalau nak buang air besar, dia nak pakai pampers.
Kiranya, dia baru dapat lesen P la untuk berak kat jamban.

"Ayah, adam nak berak"
"Ya, sekejap."
"Ayah, mak, adam nak berak!!", suara dah makin kuat. Rasanya 1 Marrybrown dah dengar, dia nak berak. -_-"

"Sekejap, sabar sekejap", kami mempercepatkan bungkus membungkus.
Segan jugak bila makin kuat pulak announcement dia kata nak berak tu. Huhu..

"Ayah! Mak! Taik adam dah sampai bontot!"

Melompat kami berdiri, aku terus angkat amir dan plastik-plastik tadi, zaimi terus memecut ke tandas macam Usain Bolt sambil dukung adam.

Sapa pernah pergi Giant Kuala Pilah mesti tau, jarak antara marrybrown dengan tandas tu boleh tahan jugak jauh eh.. hahah

Seram seh.
Dahlah adam tak pakai pampers, spender pun tak pakai.

Kalau tercicir ketulan tu kat situ, mau kena banned forever dari makan kat situ beb.


**Lain kali kalau anak kata nak berak, janganlah berlengah-lengah wahai syazni dan zaimi**


Wednesday, November 16, 2016

Drama Kehidupan

15 November 2016~~~

Semalam, sebaik je sampai di pekan Senawang, Adam mula menuntut janji.

"Adam nak pergi Mydin"

Adalah dekat 100 kali dia sebut ayat tu sepanjang perjalanan dari Pilah ke Senawang.

Oklah, sebagai ibubapa yang nak ajar anak menepati janji, kami pun singgah ke Mydin Mall Senawang.

Adam memang suka sangat pergi Mydin la, Giant la.

"Adam nak buat apa kat Mydin tu"
"Adam nak beli barang"

"Barang apa? Ada ke duit?"
"Barang Adam la. Duit amek la dalam purse mak"

Bertuah punya anak!
Apa kau ingat mak kau kerja cop duit??

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lepas dah pusing-pusing dekat sejam naik trolley di kala mak menahan nafsu nak shopping sebab duit dah menipis, maka kami pun balik.

Sebelum tu sempatlah kami beli Yong Tau Foo sebab adam suka makan telefu (ye, dia sebut yong tau foo sebagai telefu) dan creme brule (sebab mak fefeeling nak makan makanan orang putih pulak tetiba).

Agaknya sebab dari pukul 4 amir dah berjaga dan tukar pampers semua, masa dalam kereta on the way balik rumah tu, amir dah mengamuk melalak-lalak. Nak duduk kat ayah, tak nak mak yang pegang.

Meronta-ronta, hempas-hempas badan, sekali amir terhantukkan kepala dia yang seberat tembikai tu kat hidung mak.

Ya rabbi sakit dia Allah je yang tau. T_T

"Apa amir ni! Ish!", sambil aku lepuk bontot amir. Masa aku lepuk tu, aku dapat rasakan, pampers dia dah tebal. Tebal gila!

"Apa mak ni!", adam sedikit menjerit.
"Tu adik adam tau mak, kenapa mak babab adik"
"Ye lah, sebab adik nakal!", saja aku buat-buat lepuk lagi.

Amir pulak dah kena lepuk dua kali, dia pun mood dah kelaut, lagi kuat dia menangis.

"Apa mak ni buat adik adam, tu adik adam tau. Adik adam! Kesian amir dah nangis dah tu mak ni!", mata adam dah berkaca.

Serius rasa nak ketawa masa ni.

Adam sedih aku lepuk adik dia, dia tengok adik menangis, dia pun menangis sama.
Oh so sweet my sons.

Dan sejurus itu jugak, aku dapat rasakan satu kehangatan perasaan.
Bukan kat hati, tapi kat celah peha aku.

Makin lama makin hangat.

Rupanya masa aku lepuk bontot adik, pampers dia yang dah sediakala tebal tu, pecah.
Kenapa pecah, sebab aku pakaikan dia pampers cap Diapex.
Mommy Poko mahal.. T_T

Masa menangis tu, dia kencing.
Jadi, meleleh lah habis kena peha aku, tembus sampai ke seat kereta, agaknya sebab baju kurung aku nipis.

T___T


Penuh emosi tak drama kehidupan aku?
hahaha adoi...

Inilah sebabnya ramai orang (aku tak) suka tengok drama melayu watak lelaki kaya, perempuan kaya, bla bla bla..

Sebab drama kehidupan sebenar macam aku ni tak sesuai pulak nak dibuat berangan.

Ada ke orang berangan nak kena kencing dengan anak dalam kereta?
Berangan kena hantuk kepala dengan anak?
Berangan tahan nafsu nak beli barang tak dapat?
Berangan belikan anak pampers murah?

Itulah realiti kehidupan.

hehe..


Wednesday, November 2, 2016

Tunggu nenek kecik dulu

Aku: *sidai kain*
Adam: Mak, adam nak tolong mak sidai kain boleh?
Aku: Boleh ke? Takpelah, tunggu nanti adam besar dulu. Nanti adam dah besar, adam tolong mak eh?
Adam: Iye.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku: *dukung amir*
Adam: Mak, adam nak dukung amir boleh?
Aku: Amir berat ni. Tunggu nanti adam besar dulu. Nanti dah besar, boleh tolong dukung adik eh?
Adam: Iye.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Zaimi: *cuci akuarium*
Adam: Ayah, adam nak cuci ikan jugak boleh?
Zaimi: Tak payahlah, adam kecik lagi. Tunggu nanti adam besar dulu.
Adam: Iye lah..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Zaimi: *bawak kereta*
Adam: Ayah, adam nak bawak kereta jugak, boleh?
Zaimi: Adam tak pandai lagi, tunggu nanti adam besar dulu.
Adam: ...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Adam: *main game kat tablet*
Aku: Adam main tablet ke, mak nak main jugak boleh?
Adam: Tak boleh, tak boleh. Tunggu nanti mak kecik dulu. Kecik je baru main tebelet.
Aku: ...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Adam: *duduk dalam trolley Mydin*
Nenek adam: Nenek nak naik trolley jugak boleh?
Adam: Tak boleh, tak boleh. Tunggu nanti nenek kecik dulu. Kecik baru boleh duduk kereta (trolley).
Nenek adam: Hahahaha!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Nampak tak, budak kecik ni, sangat belajar melalui tauladan.
Apa yang kita selalu cakaap dekat dia, itulah yang dia sebut dekat kita balik.

Sabar je lah anak oi...!


Friday, October 28, 2016

Kisah Laki Bini Menusuk Kalbu

~~Beberapa minggu yang lepas~~

-Perbualan 1-

"Mie, kau tau tak, nanti hujung Oktober, cerita Rock Bro nak keluar. Yeayy!"

"Yeke."

"Haah. Cerita Rock yang last Mamat Khalid kata"

"Ok."


-Perbualan 2-

"Mie, tadi aku tengok kat facebook, list peserta Gegar Vaganza 3 dah keluar! Yeayy!"

"Yeke. Bila startnya?"

"16 Oktober! Aku ingat lagi masa tengok Gegar Vaganza 2 masa tengah pantang lepas bersalin amir haritu. Tak sabar!! Haha.. ada Ameng!"

"Ok."


-Perbualan 3-

*pasang lagu Rem

"Nie, apa yang tersengih-sengih sorang-sorang tu"

"Ahad ni GV3 start.. Bla bla bla.. Ameng.. bla bla bla Nabil.. bla bla bla.. Gmie Tak suka Tak Apa bla bla bla.. *excited cerita pasal GV"

"Oh Ahad ni ke. Hmm aku ingat nak carik kelas mengaji la kasi kau masuk, nak? Kah kah kah!"

Deng!

Terngiang-ngiang lagu Cita Citata..

Sakitnya tuh di sini sungguh!
Haha..

Oh perli ye..
Ceh.



Ya, itulah sebab aku jatuh hati kat laki aku ni dulu, bila nampak aku dah jauh tak sedar diri tu, mesti slow-slow dia 'tampar'..
kikikih..

Baiklah bang.
Jomlah solat jemaah.

Thursday, October 27, 2016

Make Up

~Circa 1998~


Malam tadi aku tidur agak lewat. Nervous. Sambil-sambil hafal skrip untuk persembahan coral speaking pelajar darjah 6 pagi ni.

Pagi pulak, awal-awal aku dah terjaga. Gelisah.

Aku, selaku seorang budak 12 tahun yang skema (kononnya), haruslah kena pastikan diri aku betul-betul hafal setiap bait kata untuk persembahan nanti.

Bab hafal dan nak naik pentas buat persembahan tu, aku rasa tak ada masalah sangat. Lagipun, aku bukan akan naik sorang-sorang. Ramai beb. Budak kelas aku je penuh dua barisan. In case kalau aku terlupa sikit-sikit tu, rasanya tak akan ada audience boleh detect aku yang buat salah dalam harmoni tu nanti.

Bab yang aku resah gelisah sekarang, adalah bab pakaian.

Aku perempuan yang sedikit kasar.
Pergi sekolah tak pakai tudung, rambut aku pendek, belakang slope.
Habis berpewatakan tomboy la kiranya.
Muka aku penuh dilapisi jerawat halus, warna gelap tak payah cerita la.
Memang tak pernah berjaga.

Sabun pencuci muka Oxy yang mak belikan beberapa bulan lepas, ada banyak lagi dalam toilet bilik aku tu. Malas lah. Baru 12 tahun kan, apa ada hal. Belum nak kahwin lagi pun, kan?

Jadinya, pagi ini, aku kenalah berpakaian sedondon dengan ahli kumpulan choral speaking aku ni.
Kain biru gelap yang patutnya zip dan kipas kat belakang. Aku tak ada. Aku dah tanya cikgu semalam, dia kata pakai je lah kain sekolah biasa.

Check.

Baju kemeja putih lengan panjang.
Allahu..
Aku selaku budak kulit gelap, aku memang tak akan setuju kalau mak nak belikan aku baju warna cerah, especially putih dengan kuning. Gila horror tengok dekat cermin nampak macam baju tanpa jasad. Makanya, aku tak ada kemeja putih lengan panjang.

Maka, terpaksalah aku pinjam kawan aku punya. Ok fine, semalam dia dah bagi.

Check.

Kasut hitam. Hmm, yang ini aku ada.

Check.

Tudung pink.
Erghh. Selain putih dan kuning, pink jugak adalah warna yang aku anti.
Memang tak suit langsung dengan warna kulit aku yang gelap gelita ni.
Cikgu aku pun satu, dalam banyak-banyak warna yang ada, pink jugak yang dia pilih.
Mula-mula aku cadang nak free hair je lah, macam kawan-kawan cina india semua tu.
Sekali cikgu tak bagi.

"Saya nak semua yang melayu perempuan, pakai tudung! Wajib!"

Mak ada, jadi pakai tudung mak.
Serius rimas gila, dahlah anak tudung longgar, rambut pulak pendek, asyik nak terkeluar.
OH Em Gee sungguh.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Budak sekolah kan, biasalah seawal pagi di kala budak U baru nak masuk tidur, aku dah sampai sekolah. Aku pergi dulu, mak, abah dengan famili aku yang lain, kata nak datang kemudian.

Fine.

Jadi aku pun macam biasalah, lepak borak-borak dengan kawan-kawan.

"Weh korang, cikgu panggil masuk kelas kat depan dewan sekarang!", ada sorang budak yang bukan ahli choral speaking datang panggil kitorang yang tengah berdekah-dekah gelak cerita pasal hal kanak-kanak sejagat.

Maka, berdesuplah kami turun pergi ke kelas yang budak tu maksudkan tadi. Ye lah, kot lah tiba-tiba kena buat persembahan sekarang. Sebab kitorang pun tak berapa pasti, pukul berapa turn kitorang.

"Ok, budak lelaki boleh sambung hafal skrip. Yang perempuan, semua duduk kat sini. Cikgu nak make up korang sikit", laung cikgu yang in charge sebaik saja kami tiba di kelas tu.

WHATT???
MAKE UP??!

HELL NO!!

Gila make up apa pulak ni?
Apa ni cikgu??

TAKNAK!


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seorang demi seoranglah team member choral speaking aku dimakeupkan.
Ada tiga cikgu yang aku rasa sedang mengorbankan alat solek diorang untuk tepek kat muka kami.

Tapi aku sentiasa suruh kawan yang lain pergi dulu.

Aku harap, cikgu tak sempat make up aku.
Weh, hilanglah macho aku nanti kalau aku pakai make up.
Aku kan 'tomboy', mana boleh make up.
Taknak cikgu..taknak..

"Syazni, sini".

Maka dengan berat hati, aku serahkan muka aku yang gelita tu dekat cikgu.
Redha.
Sobs..

"Ok, tutup mata, cikgu nak pakaikan bedak ni"
"Bukak mata, mata hitam pandang atas, cikgu nak pakaikan celak ni"
"Ok, nganga sikit, nak pakai lipstik"
"Tutup mata, nak pakaikan eyeshadow sikit ni"

Aku syak sebab aku yang paling kusam, maka aku yang paling lama cikgu make up kan.
Kawan-kawan yang dah sudah, semua berdiri sebelah aku yang tengah kerimasan dek rambut dah terkeluar anak tudung tu, duk menggelakkan aku.

Cis punya kawan.

"Gila la syazni make up woi! Macam pengantin woi!"

Ye, kawan-kawan aku semua melahar aku masa tu sebab konon aku lah yang paling taknak make up tadi. Dan pelbagai lagi laharan kesat diorang bagi kat aku.

Cis, korang memang cis!
Hahaha!

"Rimas gila dowh, tak sabar aku nak balik."

"Apa perasaan kau sekarang lepas make up? Kah kah kah!"

"Siot. Aku tak suka make up. Aku sumpah, aku tak akan pakai make up lagi sampai bila-bila!! Benci dowh!"

Ya ampun anak tudung.. kenapa tak pakai sampai hidung je.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

~Now..~



Entahlah, kerasukan apa yang melanda sampai aku langgar sumpah sendiri.
Walaupun muka masih hauk, kulit masih gerutu dan gelita.
Walaupun tak reti make up, tapi pakai jugak sikit-sikit.

Tiba-tiba rasa nak collect lipstick dan lipbalm.
Tiba-tiba rasa tak boleh kalau tak pakai bedak.
Tiba-tiba rasa mata macam orang sakit kalau tak pakai eyeliner.

Allahu...

Rasa nak naik mesin cahaya masa, pergi 1998, gelakkan diri sendiri sambil nyanyi lagu Bruno Mars..
Too young too dumb to realize~~

Thursday, October 13, 2016

Jatuh

Circa 2004~~

"Nie, tengok tu. Tu kereta lawyer yang langgar kereta mak haritu kan?"

Serentak dengan itu, aku yang sedang membimbit beg plastik Econsave terbayang kejadian yang berlaku beberapa hari lepas.

Waktu itu cuaca panas, waktu hampir menginjak ke tengahari rembang. Aku yang baru sudah menduduki peperiksaan SPM hanya menjadi seorang penghabis boreh di rumah.


Mulanya ada juga aku bercadang nak kerja, at least, dapatlah duit poket sikit. Tapi malas. Makanya, aku akan jadi side-kick emak setiap kali dia nak pergi beli barang.

Berbalik pada cerita, sedang aku dan emak berjalan terkedek-kedek dua beranak sesudah selesai membeli barang, kami ternampak ada sebuah kereta Volvo yang parkir di sebelah kereta emak sedang mengundur.

Undur punya undur, tiba-tiba bontot Volvo tu, terlanggar sisi kanan kereta emak.

Emak dah menjerit marah! Tapi dek kerana jarak yang agak jauh, kami tak sempat nak halang pemandu Volvo tu dari meneruskan perjalanan dia meninggalkan kawasan parkir tersebut. Tapi, kami sempat nampak siapa orangnya, dan kami tau juga dia siapa. Dia lawyer yang ada sebuah firma guaman kecil di sini.

Muka mak dah merah menyala, hati dia dah hangat. Bila balik rumah, abah pula naik angin.
Meleret-leret cerita masing-masing hangat hati atas apa yang terjadi.

Tapi itu beberapa hari yang lepas.

Harini, kami ternampak sekali lagi kereta Volvo yang langgar kereta emak tu.

Muka mak kembali merah, aku tau, dia masih marah.

Kebetulan, masa kami berjalan tu, mak ternampak pulak dawai pendek tepi longkang.
Mak pun kutip.

"Ikut hati, mak nak calarkan kereta dia tu. Dah langgar kereta orang, lari macam tu je! Bodoh punya lawyer, bla bla bla bla..."

Baru dua langkah mak berjalan, tiba-tiba kaki mak tersadung dan jatuh.

Maka tercampaklah dawai yang mak pegang tadi.

"Baru nak mengata orang sikit, dah tergolek", mengekek aku dan mak ketawa.
Tak pasal-pasal terhincut-hincut.


###############################################################


Semalam~~~


"Tengoklah tu budak sekolah zaman sekarang, couple sampai peluk-peluk masa jalan. Orang dulu pun couple jugak masa sekolah, tapi takdelah sampai tak malu macam tu.. bla bla bla bla.. sekolah buatlah cara budak sekolah bla bla bla bla"

Gedebuk!

Sedar-sedar je aku dah terjelepuk atas lantai.
Berlari laki aku menarik aku berdiri balik.

Punyalah sakit.
Badan gemuk, bila jatuh, rasa bergegar semua tulang yang ada!

"Nasib baik tak ada orang nampak, kalau tak kan malu je tiba-tiba jatuh hahaha", zaimi ketawa.

Sob sob..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Jadi konklusinya, aku memang berada dalam keturunan yang tak boleh mengata orang bersungguh-sungguh jemahnya, nanti Allah bayar cash on the spot. Maka silalah tobat!

Huks..


Gambar 2 tahun lepas..hehe

Wednesday, September 14, 2016

Kerinting dan Botak

"Kau bagitau ayah, nak potong rambut Amir ke?", Zaimi tanya sejurus dia nampak aku tengah pangku Amir dekat ruang tamu rumah mertua aku ni.

"Ha'ah"

"Kau serius ke? Tak kisah kalau Amir takde rambut?"

"Ha'ah"

"Kenapa tiba-tiba?"

"Rimas tengok rambut adik ni ha, kerinting sana sini. Leher dengan dahi dah naik ruam, pipi apatah lagi"

"Ok. Tu ayoh tengah keluarkan mesin rambut dia"



Ya, aku nekad. Ecewah. Macam nak buat keputusan antara hidup dan mati je.

Tapi, aku rasa zaimi tanya sebab masa adam dulu, aku tak gemar tengok muka budak tu tak berambut.

Tapi, bila tengok kondisi amir ni, aku rasa kesian. Dan aku sendiri macam boleh rasa rimasnya budak tu nak lawan miang-miang peluh dek rambut dia yang tebal dan kerinting tu.
Actually, bukanlah kerinting mana, cuma wavy. Tapi lain dengan adam, adam rambut lurus macam pembaris.

Eheh.

Mula-mula memang rasa nak amir berambut wavy dan panjang, cool kan?

tapi, mengenang yang masih agak lama lagi kat Kota Bharu ni, biarlah rambut amir tu dikerat dulu.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tzzzztt..
Tzzzztt..

"Oh baguh adik, tak jerik pun (Oh bagus adik, tak menangis pun)", ayah mertua aku puji amir dalam loghat Kelantan dia.

Adik memang beza dengan adam, tak meronta langsung masa proses pemotongan rambut berlangsung. Adam dulu, menangis sampai hilang suara!

Mungkin, adik dah biasa kitorang bawak gunting rambut kat kedai gunting rambut India kat Senawang tu, sejak dari umur adik 3 bulan. Eheh.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Snap. Save.

Bukak Whatsapp, cari group Haji Rahim's Clan.
Klik icon klip kertas, klik photo, search gallery, cari gambar amir yang aku snap tadi.

Write caption.

"Rambut amir kerinting tak tentu arah, asik peluh2... Last2 omak suruh tok ayah potong.. legaa"

Ok.
Send.

Ahahah..



Inilah rupa baru amir, sebulan dua ni aje kot.
Insyaallah, nanti rambut amir keluar balik ye semua..

Jangan kecam emak amir huhu..


Ni la bukti rambut amir tak tentu arah sampai mak pulak yang rasa rimas!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Lama tak menulis, dari kisah anak aku kena ulcer kat tekak, lajak ke balik kampung sempena raya haji. Punyalah busy kononnya. Hehe.

Tuesday, August 30, 2016

Adam bikin seram malam-malam

"Mak, tengok ni. Tengok Adam"

1 am.


Zaimi dah mula berdengkur halus. Aku pula, baru bangun dari tidur. Seperti hari-hari biasa, memang aku akan tertidur masa tengok tv selepas isyak, dan anak-anak akan dilayan oleh laki aku.

Bila aku dah terjaga dalam 2 jam selepas tu, aku akan suruh laki aku pulak tidur, itu pun kalau anak-anak masih segar-bugar dan masih tak menampakkan ciri-ciri nak tidur. Kalau diorang dah berjaya ditidurkan, alhamdulillah. Eheh..

Jadi, tukar shift. Aku pulak akan jaga budak-budak tu sampai diorang menunjukkan ciri-ciri mengantuk.

Amir, zaimi dah masukkan dalam buai sementara dia belum tidur tadi.
Jadi masa aku sambung henjut buaian tu, adam masih berlari-lari lagi main sorang-sorang.


Tiba-tiba, dia buat gaya macam haiwan berjalan dengan empat kaki.

Cuba bayangkan, kedua-dua tapak kaki, dan kedua-dua tapak tangan kat lantai, lutut diluruskan. 
Lepas tu, dia letak kepala dia atas lantai, dan dia jalan.


"Mak, tengok adam buat"


Sumpah, dalam gelap, pukul 1 pagi, aku agak seriau pulak tengok anak aku jalan (jalan ke?) macam tu!

Aku teringat kenangan aku dengan roomate aku masa UMT masa kitorang tengok cerita Poltergeist, yang masa Reagen tu turun tangga sambil badan dia terbalik tu.


Masa tu, kami terus pause, dan terus bukak lampu sebab punyalah seram scene tu!
Hahaha!

Bezanya malam tadi, adam punya badan masih mengadap bawah, cuma rasa seram sebab adam bergerak laju sambil kepala dia seret atas lantai.

"Adam buat apa tu? Janganlah buat macam tu, seram pulak mak tengok dalam gelap-gelap ni!"

Adam gelak.
1 pagi kot, anak kau gelak-gelak sambil buat aksi macam tu laju-laju, berpasir jugak rasa air liur yang ditelan.

Lepas tu dia buat lagi dan lagi dan lagi.

Amir yang dalam buai pun dah tak tentu arah, berpusing-pusing, tergolek-golek dalam buai, sampai dia keluarkan kepala dia dari buai, sebab nak tengok abang dia yang tak berhenti-henti buat aksi ala reagen tu.

Sumpah, ada terbit sikit perasaan seram.
Sebab aku tak tau, kenapa adam buat macam tu.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Bila amir dah semakin tak keruan, aku keluarkan dia dari buai.
Biarlah dia main dengan abang dia sekejap, nanti aku buaikan balik.
Kasi can.


"Mak, adam nak tengok donesey", adam hulur remote astro dekat aku bila dia nampak aku dah bawak amir duduk atas toto. Adam sebut dinosour, donesey. Haha!

Aku pun on tv, tekan butang play, dan cari cerita The Good Dinosour, yang ayah dia dah rakamkan.
Tadi, masa maghrib pun dia dah tengok cerita ni.
Ini dia nak tengok lagi.
Layankan aje la, at least dia stop buat aksi yang menyeramkan tadi.



Dua-dua beradik tu aku suruh baring atas tilam kekabu warna hijau yang memang aku beli khas untuk diletak depan tv, tempat golek-golek anak-beranak.

Ralitlah jugak masing-masing layan opening cerita The Good Dinosour ni. Aku pun join sekaki, sebabnya tadi masa diorang tengok, aku kat atas.

Lepas beberapa minit berlalu, adalah keluar scene seekor dinosour hijau, mula-mula dia tebang pokok guna ekor dia. Bila pokok tu dah rebah ke tanah, dia kutip dan lempar ke tepi. Lepas tu, dinosour hijau tu letak kepala dia atas tanah, dan dia sodok tanah tu untuk dijadikan batas-batas panjang.

Elok je lepas scene tu, adam pun terus bangun, sambil jerit-jerit kegembiraan, tepuk tangan dan buat aksi macam tadi. Dia berjalan dengan tangan dan kaki, dan sodokkan kepala dia ke depan.

Ah sudah, dia buat lagi!
Kalau bertambah kronik, aku nak lempar bantal kat muka kejut zaimi.

Makin kuat adam ketawa, amir pun dah terduduk, tak berkelip mata dia pandang aksi seram abang dia tu.

Gulp!


"Mak, tengok adam. Sama macam donesey kan!"
Dan, adam terus menyodok lantai sampai ke dapur.


Laaaa... rupanya adam tiru dinosour tu sodok tanah guna kepala!!

Terbahak-bahak aku gelak hahahaha!

Penat je seram tadi.
Ingatkan apa benda la.

Hai la adam.


Friday, August 26, 2016

Maigeb la ayah

7.03 PM, 25/8/2016

"Huwaaaaa... huwaaaaaaaaa"

"Amir, jangan nangislah. Maghrib ni. Duduk sini kejap, mak nak tolong ayah angkat barang dari kereta. Adam, tengok adik"

"Huwaaa... huwaaaaaaaaaaaaaa"

"Haih la adik..marah betul kalau orang tinggal dia"


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

7.10 PM, 25/8/2016

"Hiyahhh, hiyahhhh!!"

"Adam ni nak kena babab ke, kan ayah kata jangan baling-baling barang? Kena adik nanti"

"Hahahaha", sambil baling-baling barang lagi.

"Mana rotan ni, orang cakap dia tak nak dengar ni!"

"Tak nak, tak nak!! Ayah tak nak! Maigeb la! Huwaaa.. maigeb la...", Adam menangis meminta belas, konon tak bagi zaimi rotan kaki dia.

"Apa?"

"Maigeb la...huuuu...huuuu"

"Adam cakap apa?"

"Maigeb..huuu..maigeb la ayah.. jangan rotan adam"

"Maigeb tu apa?"

"Maigeb tu, mak kata jangan bising, maigeb la ayah..huuu", tangisan masih bersisa.

Takut jugak bila orang nak rotan, walaupun tak pernah rotan sampai sakit pun kat dia, medium gertak je pun sebenarnya.

Dan aku yang sedari tadi yang mengeluarkan barang-barang dari plastik Giant, turut berhenti buat kerja.

Apa benda pulak maigeb tu?

"Tu maigeb tu", adam tunjuk jam dinding berwarna hitam yang kami gantung di dinding sebelah meja makan.

Aku memandang ke jam, berkerut jugak kening aku masa ketibas ketibas balik kerja ni nak memikir apa benda maigeb tu.

"Oh, adam kata maghrib ke?", aku meneka.

"Ye lah mak tu, maigeb. Tak nak bising", adam yang baru mula petah bercakap cuba mengatur ayat yang panjang, aku tau niat dia nak bagi penjelasan.

Aku pandang laki aku, laki aku pandang aku.
Kami tersenyum sambil geleng kepala.

Maigeb pun maigeb la adam, asalkan kau faham konsep masa maghrib jangan buat bising, especially jangan menangis masa maghrib.



Thursday, August 25, 2016

Persediaan Hadapi Anak Kecil Sakit Buat Ibubapa Baru

Antara perkara yang akan menambah rencah asam garam kehidupan ketika hidup berumahtangga adalah ketika mengharungi saat-saat anak sakit.

Ya, bila anak kau sakit, terutamanya jika anak kau masih kecil, dan kau memang duduk berjauhan dengan mana-mana ibubapa, baik ibubapa kau, mahupun mertua.

Baru-baru ni, anak-anak aku demam, batuk, selsema.
Kalau kita yang dewasa pun kadang-kadang tak tahan nak hadap, bayangkan budak-budak kecik tu macam mana.

Bila anak kau sakit, seluruh tugas kau yang lain akan tertangguh, dan tumpuan kau memang pada keadaan anak kau masa tu.


Situasi kita memang tak sama, tapi mungkin hampir serupa.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bila anak sakit:


1. Kau tak boleh hantar anak ke pengasuh. Pengasuh ada budak lain nak jaga, kalau boleh, jangan risikokan anak orang lain kat sana yang sangat tinggi chances nak terjangkit sama.

2. Anak kau sakit, kau pasti tak senang duduk kat pejabat bila terkenang anak kau nak bernafas pun payah, hidung tersumbat, selalu berhingus, dan yang paling takut, suhu badan mereka hampir mencecah 40 darjah celcius. Jadi kau akan cuti atau EL atau half day.

3. Bila anak kau susah nak bernafas, batuk berkahak, dia susah nak lena tidur malam. Baru nak lelap, dia akan batuk, dan menangis, dan akan terjaga balik. Senang cerita, kau tak boleh tidur. Tendency anak kau asyik nak berdukung adalah sangat tinggi.

4. Selain tu, kau kena kerap check suhu dia. Monitor untuk pastikan suhu dia walaupun tinggi, tapi terkawal. Memang tak boleh tidur.

5. Kau kena basahkan kepala dan badan dia, pastikan hidung dia kering, pastikan dia terus bernafas masa tidur. Memang kau tak boleh tidur.

6. Kau tak boleh bukak aircond, sebab anak kau akan kembali batuk dan bersin bila terkena aircond. Kau tak boleh bukak pintu dan tingkap, sebab jerebu. (situasi aku haritu, kalau tak jerebu tak ada masalah)

7. Kena pastikan anak mendapat rawatan dengan segera. Kena korban sama ada masa (klinik kerajaan) atau duit (klinik pakar kanak-kanak swasta).

8. Kau kena cekal pegang anak kau yang gigih menerajang doktor masa nak kena neb atau ambil darah.

9. Kau kena pastikan anak kau makan ubat yang diperlukan mengikut masa dan sukatan yang betul. Dan amatlah dilema memikirkan adakah ubat dah masuk ke kerongkong ke belum, kalau anak kau muntah terbelahak sejurus selepas kau suap ubat.

10. Kena pastikan rumah kau berlapik karpetnya (jika ada), sebab budak-budak tak pandai nak berkahak sendiri kat sinki, dia akan selamba muntahkan, tak kira masa dan di mana dia berada. Ini juga sebab kenapa kau kena berjaga malam-malam, takut anak kau muntah dan lemas kalau tak perasan (masa dia baring).

11. Kau kena sentiasa bersedia untuk mandi muntah.

12. Kena sediakan kain atau tuala dengan banyak, di sekitar tempat anak kau baring atau main. Dan kena sentiasa basuh, sidai dan jemur kain-kain yang digunakan untuk lap muntah, dan kesan-kesan lain. (air mata sendiri pun boleh, sebab letih)

13. Kau akan runsing, sebab anak kau punya selera makan akan drop gila-gila. Makan taknak, susu pun taknak.

Dan pelbagai lagi, yang aku mungkin tak ingat masa tengah menaip ni. Ini baru dua orang anak, aku pernah dengar ada orang tu anak dia 5, sekali demam, lima-lima demam T____T


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jadi, mengikut pengalaman kami (yang sentiasa amatur), bila anak kau sakit, kau perlu bersedia beberapa perkara:


1. Mental kena kuat, kau kena terima kenyataan, kau takkan cukup tidur.

2. Guna sistem giliran dengan pasangan. Sorang tidur, sorang jaga anak. Tidur tu pulak paling lama 2 jam je.

3. Beli infrared ear termometer, untuk dapatkan suhu badan anak yang tepat untuk kau pantau. Memang mahal, tapi mahal lagi hidup anak kau kan?

4. Beli sapu tangan atau tuala kecil banyak sikit, sebab ada spare kalau yang lain dah kena muntah, kotor dan sebagainya. Boleh juga guna untuk jerlum anak kau.

5. Kalau tak sempat nak masak, beli aje makanan untuk korang. Anak masa sakit agak clingy.

6. Pastikan ada duit spare untuk ke klinik kalau taknak beratur lama di klinik kerajaan. Kalau perlu ke hospital, molek juga kalau kau dah ambilkan anak kau insurans.

7. Makanlah apa-apa vitamin, untuk kau kekal bertenaga, dan yang penting, supaya kau tak terjangkit.

8. Teruskan berdoa agar anak-anak cepat baik dan kebah.

9. Dan, kau kena expect yang kau akan sangat-sangat LETIH.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Dan, yang paling epik sekali dalam proses menjaga anak sakit ni, adalah bila aku dan zaimi sendiri dah terjangkit.

Kepala berat, hidung berair, batuk, pening dan lemah badan.

Namun.. kami kena berpura-pura sihat.
Kena buat-buat tak sakit, jangan harap nak tidur lama-lama konon nak bagi kebah.
Aku pergi klinik, dapat ubat selsema.

Punya strong ubat tu, bila makan jadi sangat mengantuk.
Last end up aku tak makan. Lantak lah, kalau aku tak boleh berjaga nanti, kesian laki aku.

Kena teruskan seperti biasa no matter what.

Walaupun harini, anak-anak dah beransur kebah lepas sakit hampir seminggu, mak dan ayah kena masuk kerja dalam keadaan weng. Tak sihat, tapi buat-buat sihat.

Nak bercakap pun suara dah tak keluar, jangan pengsan sudahlah..haha


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Budak dua orang tu pun, mentang-mentang dah ok, pukul 2 pagi masih lagi main kejar-kejar dua beradik, terkekek-kekek gelak, bergomol bergusti.

Mak dan ayah terlelap, diorang panjat tarik-tarik rambut.

T_T

Jadi, bila emak ayah sakit pasca jaga anak sakit, siapa nak pujuk?
Pujuk je lah diri sendiri ye mak ayah sekalian..
just remember, korang dah buat yang terbaik masa anak korang sakit, alhamdulillah diorang dah ok kan?


Aku jugak yang cakap, "Ya Allah, bagilah demam anak anak aku dekat aku, kesian anak aku ya Allah, dia kecik lagi"

Ha, ambiklah, Merungut apa lagi?
Hehe..


Yeah, this is marriage, this is love ;)


Saturday, August 20, 2016

Nak marah ke tidak ni?

"Kau nak tau tak adam buat apa masa kau naik solat maghrib tadi?", soal zaimi sejurus aku melabuhkan duduk di atas sofa sebaik sahaja aku turun usai solat maghrib.

"Adam buat apa?"


Untuk pengetahuan kalian, kami sekeluarga tinggal di rumah teres kecil dua tingkat, di mana di tingkat bawah hanya ada 1 bilik tidur, dan 1 bilik air.

Lokasi bilik air itu pula adalah di dalam bilik tidur, bukannya di dapur macam design rumah yang common. Entahlah apa yang arkitek tu fikir bila dia buat bilik air dalam bilik instead of kat dapur.
Tapi, aku suka. Thank you mr arkitek!

Dan, bilik tidur aras bawah ni memang kami buat bilik umum.
Dalam ni lah mini office, ruang solat, dan hub tetamu.
Bila tetamu datang, mesti akan letak barang-barang dan bersalin pakaian semua dalam ni.
Lebih kurang macam tu lah.


"Leka layan adik sambil tengok tv (masa ni Dato' Lee Chong Wei tengah lawan first set dengan Lin Dan), tiba-tiba aku perasan adam tak ada. Mula-mula ingat dia ikut kau naik solat, tapi bila tengok pagar (yup kami pasang pagar kat tangga), tutup."

"Dia pergi mana??"

"Lepas tu dengar pintu bilik air terbukak, adam keluar muka dengan tangan basah. Dah ready nak marah sebab pandai-pandai masuk bilik air sendiri, tapi tiba-tiba tak jadi"


"Kenapa tak jadi? Kena marah lah, mana boleh biar masuk bilik air sendiri!"


"Tak jadi sebab aku nampak dia bentang sejadah kecik dia, lepas tu dia 'solat'."

"Hah? Serius ke mie?"

"Iya, tu yang tak jadi marah, aku sempat tengok dia konon solat 1 rakaat, angkat takbir, rukuk, sujud. Lepas tu, bila aku ambil telefon nak tangkap gambar, dia perasan, terus dia tamatkan 'solat' dia"


Aku bangun dari sofa, menuruti zaimi ke bilik untuk tengok bukti peninggalan adam 'solat' tadi.



Bentang tepat ikut kiblat, tapi selalu kalau orang dewasa, atas sejadah ditinggalkan tasbih.
Atas sejadah adam, ada puting. Hahah!


"Kau sempat tak ambil gambar dia solat tu tadi?"

"Ada, ni ha", zaimi sua handphone dia pada aku.




Oh patutlah ada puting atas sejadah, solat sambil hisap puting??!

Maka gelaklah kami berdua suami isteri mengenang pe'el anak sulung yang berusia 3 tahun tu.

Dia faham konsep kalau nak solat, kena ambil wudhu', sebab tu dia masuk toilet basuh muka, tangan dan kaki, tapi puting tu pulak! Hahaha!


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota kaki:

1. Kena consider pasang selak dekat pintu bilik air.

2. Kena tekankan konsep masa solat tak boleh hisap puting, in fact kau dah tua dah adam oi! Amir pun tak hisap puting!

3. Adam dalam fasa copy, dia akan tiru semua behavior mak ayah dia ni. Masa untuk berhati-hati dalam tindakan.

4. Memang kena sentiasa peka dengan dia, sebab akal tengah banyak sekarang!


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Adam solat sendiri ke tadi?"

"Iye la"

"Kenapa tak ajak ayah sekali, bahaya masuk bilik air sorang-sorang"

"Adam uduk (wudhu') je. Ayah jaga amir, amir demam", beria adam explain.

"Pandai, adam pandai solat kan"

"Iye la, adam solat je. Mak janganlah marah adam tau"


Adam oh adam..

Friday, August 19, 2016

Rentetan Mandi Susu

Tiada kata-kata yang boleh aku gambarkan setepatnya, tentang apa yang jadi lepas kes aku mandi susu Rabu haritu.

Memang amir tak sihat, sebab tu dia muntahkan aku masa dalam kereta tu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Petang tu pengasuh diorang mesej, katanya badan amir memang panas, dan amir memang memerap. Asyik menangis dan nak orang dukung selalu.

Terus decide nak ambil anak awal petang tu, dan terus lajak ke klinik panel dekat senawang ni.

Punyalah ramai orang dalam klinik, 50% daripada manusia yang ramai tu adalah kanak-kanak dan bayi. Sah, memang musim budak-budak demam.

Dengan amir yang tak reti diam, dengan adam yang asyik nak berlari macam klinik tu ada share dengan atok dia, masa yang berlalu terasa amatlah panjang.

Ketibas lah jugak sementara nak tunggu dapat jumpa doktor.

Selesai konsultasi dengan doktor, dapat tiga jenis ubat.
Ubat demam.
Ubat cair kahak.
Serbuk air garam. Sebab nak hidrasikan amir balik, memandangkan dia dah 4 kali muntah dari pagi.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Malam tu agak ok, cuma dia menangis lah sikit-sikit.
Menjelang subuh, badan dia panas.
Kitorang masukkan ubat bontot.

Decide untuk kerja half-half.
Aku pagi, ini pun sebab dah set nak buat test dengan student, tengahari aku pecut balik rumah, zaimi pulak pergi petangnya, pun sebab dah set nak buat test.

Malam kedua, makin dasyat pulak panas badannya, sampailah ke subuh.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Memang tak boleh biar dah, maka pagi tadi kami bawa amir pergi ke klinik pakar kanak-kanak dekat taipan senawang tu. So far, anak-anak aku serasi dengan ubat doktor tu. 

Kalau serasi, kenapa tak bawak terus semalam masa balik kerja tu?

Sebab, masa kitorang sampai senawang, klinik tu dah tutup.

Jauh gila perjalanan dari tempat kerja wey.. belum campur lori bawak slow, atok tua drive makan angin, biri-biri tiba-tiba melintas bla bla bla..

Jadi, pakat EL laki bini.

Doktor check, dia suruh neb seround.

First time kami pegang anak masa neb.
Sebab adam, tak pernah neb langsung. Syukur alhamdulillah adam selalu sihat.



Dia punya meronta, orang yang pernah pegang anak meronta masa neb je lah yang faham kot?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sampai rumah, muntah lagi. Doktor kata dia memang akan muntah, sebab nak keluarkan kahak dia tu.
Dah makan 4 jenis ubat, boleng je, sebab dia pun taknak pakai baju, badan dia panas kan.

Menangis tak payah cerita la, dekat pukul 3 tadi baru dia rasa nak tidur.
Susu pun tak berapa nak.

Patutnya minggu ni dia ada injek vaksin, tapi kalau pergi, mesti nurse tak kasi injek jugak.
Harapnya next week amir dah fit untuk injek, risau jugak lambat-lambatkan vaksin ni musim-musim penyakit pelik-pelik mula datang balik lepas ramai antivax ni.

Itu cerita lain, kalau nak cerita nanti, sampai esok aku menaip.

Amir, lekaslah sembuh sayang..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Adam, kalau suatu hari nanti adam terbaca post ni, dan adam teringat mak dua kali marah adam sebab adam lompat-lompat buat bising masa adik melalak dan cuba nak tidur, mak minta maaf...

Mak minta maaf sangat-sangat.
Mak sayang adam, cuma mak sangat susah hati adik kurang sihat..

Kalau adam terbaca ni, print screen, dan redeem Kenny Rogers dengan mak ye?

Wednesday, August 17, 2016

Mandi Susu by Amir

"Lama jugak dah tak pakai baju ni", aku membelek sepasang baju kurung bercorak abstrak yang berwarna kehijauan masa nak gosok baju yang akan dipakai ke tempat kerja esoknya (yakni, hari ini).

Baju kurung berpotongan pesak gantung tu aku keluarkan dari almari, dan terus aku gosok kedutannya di atas iron board. Memang hazab kedutnya. Sebab lepas basuh, aku memang kurang 1 skill ni. Iaitu skill rajin. Tak ada skill la nak jadi rajin lepas angkat dari ampaian, terus gantung dalam almari. Mesti nak peram dulu dalam bakul, weekend baru terhegeh-hegeh nak gantung semua yang dalam bakul. Maka sempatlah baju tu mengedutkan diri dia.


Iron punya iron, pergi lagi kat almari. Cari tudung yang agak matching.
Jumpa!
Tudung bawal crepe berwarna hijau bendera PAS yang aku beli bawah tangga bangunan akademik hari tu, dan rupanya memang aku tak pernah pakai lagi tudung ni lepas beli.

Cantek!
Ngam!

Aku congak-congak, ada lah dalam 3 bulan kot aku tak pakai baju tu.
Moh le pakai pergi kerja esok, yeehaa!



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Amir asyik batuk-batuk sejak semalam.
Semalam jugak sebenarnya genap umur dia 10 bulan.
Sekejap je rasa.

Jadi pagi seperti biasalah.
Jam loceng pukul 6 bunyi, aku akan naik mandi bersiap semua.
Dan harini, pakailah baju hijau abstrak yang aku dah iron malam tadi.

Dah rasa diri cukup lawa (biarlah aku nak perasan, bagilah can), aku pun turun.
Seperti biasalah rutin kami laki bini, siapkan beg anak, tukar pampers, angkat beg masuk kereta, kunci pintu dan bila dah selesai semua, kami akan memulakan perjalanan.

Bismillah...


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sesampainya dekat area Ulu Bendul, amir dah merengek.
Ini pun pe'el amir yang rutin.
Sebab amir tak suka naik kereta.
Letak dalam carseat menangis sampai hilang suara.
Maka sejak umur dia 6 bulan, amir memang aku pangku je.

Bila dia dah menangis merengek, aku pun mengiringkan dia.
Dan suap susu.
Susu memang tiap kali naik kereta, perlu bawak spare 1 botol.
Walaupun nak naik kereta 10 minit je.
Sebab, nak tenangkan dia yang merengek tu dan nak elakkan dia mengamuk.
Kalau mengamuk, lagi dasyat. Nantilah aku cerita bab dasyat tu.

Srott..srott..srott..

Amir nyonyot botol dengan tenang sambil-sambil aku borak dengan zaimi.
Satu lagi pe'el amir, bila dengar ayah dia bercakap, dia mesti nak toleh pandang muka ayah dia.

Jadi, susu yang dari tadi dia minum tu hanya luak 4 ounces.
Lepas tu dia nak duduk, dan aku pun seperti biasa, akan pusingkan badan dia mengadap aku, dan aku pun peluklah anak aku si dobot tu.

Jika ikut pengalaman biasa, setiap pagi kalau aku peluk dia macam tu, dia akan tidur lena selena-lenanya sampailah ke Kuala Pilah.

Tapi.. tidak pada pagi tadi. T_T


Pagi tadi aku bertuah.


Lepas aku peluk dia, dia ada jugak terbatuk-batuk.
Aku pun tepuk-tepuk belakang dia slow-slow.
Dan, batuk punya batuk..


Bluwekkk~~~~


Keluar balik 4 ounces susu yang dah selamat masuk perut dia tadi.
Habis lencun aku dari dada sampailah ke peha.

T_T

T_T

T_T

Amir....kenapa amir muntah sayang....




++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Usai hantar amir dan adam ke rumah pengasuh, hantar zaimi ke tempat kerja, aku pun drive patah balik ke rumah untuk tukar 1 set sepersalinan pakaian aku yang dasyat gila bermandikan susu masam.

Perjalanan balik rumah selama 40 minit, cukup untuk buat aku pulak rasa nak muntah bila sampai ke rumah.


Dan, baju hijau abstrak tu memang tak ada rezeki la nak masuk office harini.

Dey baju, kau tunggulah lagi tiga bulan pulak sampai turn kau nak aku pakai pergi kerja.
Kesian kau baju.

Dan adik, terima kasih sebab bagi mak hadiah set spa mandian susu sempena adik genap 10 bulan.
Sampai rumah mak dah penat, mak bukak tv  ada cerita Soffi Jikan.
Mak layan dulu sambil sapu minyak angin kat kepala mak.

I love you amir!

Tuesday, August 16, 2016

Nickname Kedai

Aku versi kanak-kanak adalah sangat sinonim dengan tugas tukang pergi kedai.
Selalunya aku willing je nak pergi, tapi kalau masa khidmat aku diperlukan tu, aku diserang angin kus kus (selalunya sebab aku gaduh dengan adik aku, lepas tu aku yang kena marah), aku akan mengelat dan bagi macam-macam alasan.

Tapi siapalah aku yang kanak-kanak tu nak mengelat. Jarang sangat bila aku kata "Taknak pergi kedai", alasan aku diterima. Nak tak nak, aku akan pergi jugak ke kedai, walaupun masa tu muka memang masam gila sampai mak / abah / nenek akan sound "Hah, buat muka! Lemak dah menitik-nitik bla bla bla.. dah naik tocang bla bla bla.."

Biasalah orang tua, kalau tak marah tu maknanya diorang tak sayang kau, kan?
Lepas aku jadi mak ni, itulah jugak skrip aku kat anak-anak aku tu.
Keh keh keh..

Berbalik pada cerita pergi kedai, aku ingat lagi dalam awal-awal 90an, kawasan perumahan aku masa tu masih gonjeng. Tak banyak benda lagi area Taming Jaya, malah Balakong itu sendiri pun orang tak pernah dengar.

Gila kau, aku sekolah dekat Bukit Bandaraya, kan sebab masa aku kecik aku duduk Bangsar masa mak abah pergi kerja, makanya bila aku borak dengan kawan sekelas, aku cakap rumah aku dekat Balakong, diorang mesti akan buat muka pelik.

"Where is that?"
"Why are you living in that strange place?"
"It's hard to pronounce, is that place in KL or what?"

Lebih kurang macam tu lah bebudak melayu celup tu tanya aku.
Oh kat sekolah tu, susah nak jumpa budak cakap melayu. Diorang semua speaking.
Elitis lah sangat kan.
Ahaha (gelak perlahan)

Jadinya, gonjeng tu bermaksud banyak lagi kawasan situ yang belum dibangunkan.
Percayalah cakap aku, dulu dari Petronas Taming Jaya tu, aku lintas jalan je pergi bus stop seberang jalan untuk naik bas nak pergi dating, eh, pergi sekolah, tuisyen dan sebagainya. Sekarang ni ada 8 lane kot??!

Jadi, masa tu, lebih kurang umur aku 8-9 tahun, adalah sederet bangunan rumah kedai dekat area belakang Petronas yang aku cakap tadi, jaraknya dari rumah aku adalah dalam 5 minit berjalan kaki.
Punyalah gonjeng, pokok-pokok pun pendek lagi, kalau mak aku berdiri dekat pagar rumah pun, dia akan nampak aku masuk ke pintu kedai tu.

Masa tu, ada dua kedai runcit utama.
Owner dia dua-dua Cina.

Dekat kedai runcit tu, pesen dia sama je.
Akan ada seorang lelaki, aku syak diorang tokey kedai sebab selalunya selain terima bayaran, diorang akan bagi arahan pada staf diorang, gaya yang sangat bos.

Kedua-duanya bergaya bos yang sama, cuma fizikal diorang je berbeza.

Kedai pertama, lelaki tu kurus dan tinggi.
Kedai kedua, lelaki itu sedikit gempal dan rendah.

Masa tu, rasa susah nak hafal nama kedai mereka.
Sebab dia guna perkataan bahasa cina jadi nama kedai dia.
Dan, sebab utama yang buat aku sampai harini tak ingat nama kedai-kedai tu adalah nenek aku.

Ya nenek.
Nenek yang bersalah dalam hal ini.
Hahahahaha (gelak jahat)


Sebab, nenek telah memberikan jalan mudah kepada aku untuk faham kedai mana yang dimaksudkan untuk aku pergi beli barang.

Kedai pertama, lelaki tu kurus dan tinggi.
Nenek gelarkan kedai tu sebagai Kedai Panjang.

Kedai kedua, lelaki itu sedikit gempal dan rendah.
Nenek gelarkan kedai tu sebagai Kedai Gemok.


"Nie, tolong mak beli kelapa dekat kedai panjang"
"Nanti pergi kedai gemok beli bateri"
"Kalau barang tu tak ada kat kedai gemok, carik dekat kedai panjang"


FYI, nickname kedai tu sangatlah lekat dalam kepala, dan catchy, dan memang seluruh keluarga Hj Joned (Atok aku) guna gelaran yang sama. Pakcik makcik anak buah sepupu sepapat semua tak hafal nama kedai, semua tau kedai tu dengan gelaran yang nenek aku bagi, dan kami tanpa segan silunya akan mention kedai tu sebagai gelaran itu bila berborak dan nak cerita pasal kedai tu.

Paham tak ni?


Oh yes, kami memang gila-gila.
Kah kah kah..


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ampunkan kami tuan kedai.
Jangan marah lebih-lebih, berpuluh tahun kami shopping kedai korang tau.
eheh..



Gambar hiasan

Monday, August 15, 2016

Adam Nak Jaga Nenek

Pagi aku dan zaimi dimulai dengan tenang, lepas mandi dan bersiap pakai baju kerja, kami duduk di meja makan untuk menikmati sarapan pagi yang emak dah siapkan.

Bukan selalu kami akan pergi kerja dari rumah mak, sangat jarang.
Selalu, kalau balik rumah mak weekend, ahad malam kami akan bertolak balik ke rumah, jadi Isnin paginya kami akan pergi kerja seperti biasa, dari rumah sendiri.

Minggu ni lain sikit, aku dah bawak siap-siap segala baju untuk terus pergi kerja dari sini.
Korang paham tak ni?

Makanya, pagi tu nampak macam seindah suria yang memancar kat luar.

Usai breakfast, aku bergegas nak final touch up. Pakai tudung, pakai bedak, make up sikit. Barulah nampak molek sikit nak pergi kelas, kalau tak nampak macam nenek kebayan.

Zaimi pulak bergegas masukkan segala bag dan barang-barang lain ke dalam kereta sementara emak aku bawak anak-anak aku lepak di bawah sinaran cahaya mentari pagi kat laman rumah dia.

Normal, semuanya tampak lancar dan tenang.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Jom, dah siap ni. Pukul 10 ada kelas, kena gerak sekarang", aku sekadar ingatkan. Masa tu zaimi tengah lepak dekat meja batu dekat laman rumah dengan mak aku dan anak-anak. Berkepul-kepul buih belon berterbangan ke udara. Boleh nampak, adam tengah main buih belon. Amir pulak atas riba emak aku, entah apa yang diborakkan dek mertua dan menantu tu, aku pun tak pasti. Biarlah, tidak penting nak menyampuk.

"Adam, jom", zaimi dah berdiri.

"Adam taknak, adam nak jaga nenek"

"Tak bolehlah, kita kena balik"

"Adam taknakkkkk, adam nak jaga nenek!!"


Maka, bermulalah scene drama adam pagi ini.
Scene kejar mengejar antara ayah dan anak, nenek dan cucu, atok dan cucu.

Scene yang penuh dengan jerit pekik.

Punyalah mengamuk taknak ikut emak dan ayah dia balik, menangis sekuat-kuatnya!


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Macam-macam cara, semuanya tak jalan. Lagi kuat dia memekik adalah.
Aku syak, dia tak puas lepak dengan nenek dia main buih belon tu.

Last sekali, sang emak diperlukan.
Oh, masa scene kejar mengejar tu berlangsung, aku dah duduk dalam kereta sambil pangku amir.
Sebabnya, amir dah mengantuk.

Dan apabila cara halus oleh nenek dan ayah tak berhasil, zaimi suruh aku yang settle kan.
Antara aku dan zaimi, aku ambil watak antagonis.

Ya, anak takut dengan aku.
Sebab aku garang.
Huhuhu..

Makanya, adam sedikit cuak bila aku dah keluar dari kereta.
Aku terus masuk rumah, ambil lollypop, konon nak rasuah adam, kalau dia masuk, baru aku bagi.
Sebab sekarang aku dekat rumah mak aku, kalau dekat rumah aku, aku tak ambil dah lollypop, aku ambik rotan je.

Lepas nego begitu begini, aku berjaya ikat dia atas carseat.
Tapi, dia masih terpekik-pekik 'adam nak jaga nenek', 'adam taknak balik' dan sebagainya.

Tiada kompromi, waktu balik harus balik.
Bukan tak kesian, cumanya aku taknak susahkan mak abah.

Dan aku tau, anak aku tu mengadanya bersifat temporary aje tu.

Bye bye lambai apa yang patut, kereta gerak.

Adam, masih melalak-lalak.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++=+=++++++=+++

5 minit berlalu atas kereta, masih melalak.
Aku ada record video insiden adam mengamuk pagi ni.
Aku nak tunjuk dekat isteri dia nanti, biar isteri dia bersedia akan dapat anak perangai sejibik macam tu.
Tapi tu cerita lain. Fokus.

Zaimi cuba ajak borak macam-macam, dia masih memekik.
Pujuk cakap itu ini, nak bagi itu ini, janji kata nanti balik rumah nenek lagi, dia masih terpekik.

Aku diam je.
Memang adam tengah marah sangat-sangat.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sejurus sampai di simpang nak belok masuk ke Highway LEKAS, boleh nampak hari mendung.
Langit gelap, awan hitam.


"Adam, cuba tengok tu, langit hitam. Awan pun hitam", aku bersuara, mencelah jerit pekik adam.

"Ha? Mana?", terus je berhenti menangis.

"Tu, kat langit tu. Adam nampak matahari tak?"

"Tak ade. Mana matahari?"

"Matahari tak ada, dah kena makan dengan awan hitam"

"Oh iye ke. Kesian matahari"


Maka bermulalah pengembaraan adam menjejak matahari yang ditelan awan hitam pada pagi tadi.
Terus tak menangis sampailah ke Kuala Pilah. Lupa terus 'nak jaga nenek' tadi.


Hebatkan drama pagi ni?
Aku rasa kalau ada audition drama air mata yang memerlukan seorang pelakon kanak-kanak lelaki yang pandai menangis, aku nak suruh adam try la.
Haha.. ok tipu.


Thursday, August 11, 2016

Pengalaman Bersalin Secara Czer (Csect)

"Semua besar, kepala besar, badan dia besar. You tak jaga makan ke?".

Aku pandang laki aku, yang kebetulan boleh cuti dan teman aku check up di Hospital Putrajaya hari tu. Dia macam biasalah, sengih sokmo. Aku senyum kelat je kat doktor pakar berbangsa Cina tu. Aku tau, memang kerja dia mengambil berat kat patient. Walaupun masa tu aku hangin la jugak, sebabnya aku memang kurang makan.

Orang lain mengandung makan macam-macam, aku mengandung? Tak boleh makan itu ini.

"You kena control lagi. Makan protein kalau lapar. Nasik? Nasik besar ini aje oh", kata doktor Cina tu sambil mengangkat penumbuk kecil dia ke muka aku. Bukan dia nak tumbuk, tapi dia nak tunjuk yang aku kena makan nasik, banyak tu je.

Aku telan air liur aje lah. Penumbuk dia dahlah kecik comel je.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Itu kisah dua minggu sebelum aku bersalin buat kali keduanya sepanjang hayat aku.

Sebab, masa mengandung, aku memang ada GDM. GDM ni ringkasnya, masa mengandung, ada kencing manis, padahal masa tak mengandung, tak ada pun kencing manis. Paham tak tu?

Jadi, bila dah detect aku ada GDM, doktor memang awal-awal dan bagitau, yang aku akan bersalin secara induce pada 38 minggu usia kandungan.

Sama macam masa aku mengandung anak sulung aku. Sama je ceritanya.
Penjagaan diri, penjagaan makan, semua aku adaptasikan dari pengalaman lepas tu je.
Cumanya, masa kali kedua ni, aku macam dah expert lah sikit dalam beberapa hal.
Contohnya, masa misi nak ambil darah aku, memang selalunya susah.
Macam-macam diorang cakap, urat kecik la, kulit tebal la, urat lari-lari la (ini selalu buat aku kerut kening), aku pun akan dengan selambanya bagitau diorang suruh ambil darah ikut arteri, sebab selalu ikut vein memang susah.

Hahah.
Sebabnya, misi KK Pilah yang aku selalu check up tu pesan suruh bagitau mana-mana nurse @ doktor yang lain benda ni, untuk kurangkan sakit aku jugak. Sebab aku, setakat jarum ambil darah tu keluar masuk 5,6 kali tu benda biasa. Mula-mula marah sebab sakit, lama-lama lali.

Ok berbalik kepada Czer.

Jadi, bila aku dah tau yang aku akan induce, sampai je minggu 37 macam tu, aku dah tanya doktor, bila tarikh nak kena masuk ward?

Doktor tulis 15 Oktober 2015. Hari Khamis.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Ini pengalaman sedih gila. 15hb tu, aku dah siap-siap semua, aku nak pergi hospital.
Adam, aku tinggalkan dengan emak aku.
Subhanallah, perasaan nak tinggalkan adam tu, aku tak boleh gambarkan dengan kata-kata.

Macam-macam ada dalam kepala, dan yang paling utama, KALAU aku meninggal masa beranak, this is (was) the last time aku akan jumpa adam, dan kali terakhir adam cium emak dia yang masih hidup.

Gila bapak segala syahdu sedu sedan.

Lepas tu, aku dengan zaimi pun berangkat ke hospital nak check in ward.
Dan seperti dah agak pun sebenarnya, ward penuh. Dia suruh balik dulu.

Petang tu, baru hospital call, kata minta datang sekarang, sebab nak tak nak, aku perlu bersalin sebab aku GDM.

Selepas sekali lagi scene sedu sedan syahdu, aku pun pergi hospital putrajaya lagi sekali.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Ok, puan transit dekat sini dulu. Nanti bila ada katil kosong, kami akan maklumkan puan untuk pindah ke sana", misi tunjukkan aku katil yang ala-ala stretcher rupa dia. Bukan dekat wad, tapi dekat bilik menunggu yang selalu waris boleh lepak tengok tv dalam tu.

Terkebil-kebil aku dan laki aku.

"Jadilah, asalkan kau dah masuk wad", laki aku bisik. Walaupun aku tau, dia pun rasa pelik tengok katil aku.

Nurse hulur baju dan kain pink suruh tukar, baiklah, menurut perintah.

Lepas dah tukar semua, patut laki aku kena balik, dia tak boleh ada dalam wad tu, bukan masa melawat kan. Tapi sejurus ngam ngam sebelum dia nak balik, nurse datang dengan seorang perempuan berkain batik sambil dukung baby.

"Ok puan, boleh ikut saya ke katil puan. Puan yang ini (dia refer kat perempuan berkain batik tadi), malam ni puan tidur sini ya, puan tinggal nak discaj je kan?", perempuan tu angguk.

Maka, aku pun dapat katil.
Tapi, dalam bilik 4 orang.
Dan, walaupun bilik tu untuk 4 orang, hospital letak 6 orang, termasuk aku.
Benda ni terjadi sebab patient dari Hospital Serdang kena transfer ke Putrajaya sebab ada renovation kat labour room, macam tu lah yang aku dengar misi tu cakap. Maaf kalau salah ye.

Dan.....
Aku yang mengada-ngada masa tu, rasa tak best.
Sebab, aku kan layak dapat bilik seorang @ at least, dua orang.. keh keh keh

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lepas siap kemas-kemas semua, salam peluk zaimi segala, nurse suruh dia balik dulu.
Laki aku pesan, kalau ada apa-apa, terus call. Nanti dia datang dari Semenyih.
Masa anak first, situasi ini pasti akan jadi gelabah.
Tapi dah kali kedua, rilek je laki aku cakap nak balik rumah mak aku.
Nampak tak betapa tenang beliau masa tu? hahah..

Lepas dia balik, macam biasalah, doktor panggil nak buat ultrasound, lepas tu check jalan..

Ya Tuhan, sesungguhnya aku tak lupa lagi sakitnya kena seluk masa nak bersalin adam tu.
Dan, memang dari awal pregnancy, tiap kali aku lepas solat, atau terjaga tengah malam, aku akan mintak satu benda ni:

"Ya Allah, aku tak minta banyak, cuma sungguh-sungguh aku mintak, sepanjang aku bersalin nanti, aku nak semua doktor perempuan"

Ya, aku tau darurat dan tak cukup doktor, aku tak kekwat, kalau terpaksa, nak buat macam mana.
Cuma, bagi aku, tak salah kalau mohon kan?


Dan, sepanjang proses seluk menyeluk dan ultrasound, syukur, semua doktor perempuan je yang tengah bertugas. Lega sebab jari diorang kecik hihi..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dua tiga kali jugak aku di scan, berselang-seli dengan pakai alat yang ikat kat perut nak bagi dengar bunyi jantung baby tu, apa namanya eh? Lupa.

Dan, doktor-doktor dah mula berbisik-bisik, kata diorang, anak aku besar.

Esoknya, bila cek jalan, masih 2cm.

Petangnya, doktor pakar datang cek perut aku.

"Besar ni. Ibu ni GDM pulak. See, asthma jugak. Jom puan, ikut kami scan lagi"

Kali ni diorang kata nak scan kat level bawah, kat klinik. Yang selalu aku check up every 3weeks tu.
Sebab katanya, kat bawah tu, mesin ultrasound dia lagi canggih dari yang kat atas ni. Diorang suruh aku naik wheelchair, mintak nurse tolak aku naik lif bagai. Actually, aku sangatlah larat lagi nak jalan, tapi diorang tak bagi. Ok fine, tolaklah badak ni..hehe..

Sampai kat bawah, dua doktor tu scan lepas tu sebut perkataan-perkataan yang aku tak faham pun iya jugak, dan lepas tu yang sorang tu blah.

"Puan, cuba tengok ni. Estimated weight anak puan ni dan 4.4kg. Selalunya plus minus 400g dari estimated ni. Kami memang tak berani nak galakkan puan bersalin normal. Kami cadangkan czer. Malam ni jugak. Puan pun tahu kan, puan ada GDM, asthma. Kami taknak buatnya puan tak larat nanti, 'atas bawah' kena potong".

Serius, seram tau bila doktor tu cakap dia nak czer aku malam tu jugak.
Aku tengok jam, dan 4,30 petang.

Aku iyakan ajelah, siapalah aku nak berdebat dengan doktor pakar.
Aku tau, untuk keselamatan aku jugak.
Hospital kerajaan yang tak mintak duit aku pun, bila dia nak czer, aku yakin this is not about money. This is about me, and my baby.
Doktor wajibkan aku puasa.
Dia ada sebut pasal risiko kalau tak puasa, gag reflexes semua, aku angguk je.
Buat-buat faham.

So, aku call zaimi minta dia datang.
Call mak, minta dia jaga aku malam ni selepas czer.
Nurse kata minta penjaga. Sebab aku mesti akan muntah, plus aku tak boleh gerak nanti lepas operate.

Dalam jantung aku, hanya Allah la yang tau betapa cemas dan rasa nak muntah terbelahak semua ada.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Around 6pm, laki aku sampai. Borak-borak, nangis-nangis.
Mau tak menagis, aku sangatlah cuak namatey!!
Sampai mak kepada patient katil depan aku datang.
Dia kata, tak payah takut. Tak ada apa-apa, insyaallah.

"Dio oyak toksey beranok doh pahni", bukan main laki speaking bahasa kebangsaan dia dengan makcik tu, sebab makcik tu orang kampung dia jugak rupanya, orang New Castle.

"Bakponyo pulok, takdok gapo eh. Tok key  nok 2 oghe jah", makcik tu senyum sambil cakap bahasa New Castle jugak dengan aku. Aku senyum je. Dah biasa dah, bila orang tau laki aku orang New Castle, mesti automatis aku pun orang ingat orang sana. Ah, itu cerita lain.

Fokus.

"Mak kata, masa ko dalam OT nanti baru dia bertolak datang sini. Dia nak mandikan adam, pastu kasi adam makan", kata laki aku lepas makcik tu pergi.

Kesian mak. Tapi, Nie sangat perlukan mak.

Lepas tu laki aku kena tunggu kat bawah.. Nurse kata apa-apa nanti, dia akan suruh aku call.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Proses biasa, pasang alat bunyi gedeguk gedeguk tu.
Dalam 8.30 malam, nurse datang.
Aku dah berdebar-debar gila.

"Ok puan, kita akan cukur perut, dan pasangkan tiub kencing ni.
Lepas tu, kita akan tukar baju. OT dah ready."

Sesungguhnya, aku sangat tak suka pemasangan tiub kencing tu T_T

Amatlah tak selesaaaaaaa!
Sumpah tak suka, TAK SUKA!!!!
TAK SUKAAAAAA!!!

Sekejap lepas tu, laki aku sampai.
AKu dah siap baring atas katil yang dia guna nak tolak aku pergi OT, kepala pun dah pakai serkup.
Mintak maaf semua dengan laki aku, konon nak macam drama la, laki ikut tolak katil sampai pintu masuk OT, sekali nurse dah arahkan laki aku pergi kemas barang aku, sebab aku dapat pindah katil dalam bilik dua orang.

Maka pasrahlah aku tengok laki aku berlenggang pergi, sebab beg kelengkapan baby pun nurse dah suruh dia tinggalkan je kat diorang.

Lepas tu aku kena tolak, naik lif, dan sampai kat ruang depan tempat OT tu.
Punyalah ramai team yang nak operate aku kejap lagi rupanya.

"Puan, saya bla bla bla (maaf lupa nama), saya pakar bius puan hari ni. Puan, ni tandatangan puan kan?" dia sua borang yang aku dah sain awal tadi, yang mengatakan aku bersetuju untuk dibius, dan dibius penuh sekiranya sepanjang proses pembedahan tadi, ada komplikasi. Lebih kurang macam tu la, kalau aku tak silap.

Aku iyakan.

"Puan banyakkan bertenang, dan ingat Allah ye. Kami akan cuba yang terbaik", seram gila punya ayat.

Lepas tu, diorang pindahkan aku naik atas katil kecik je, betul-betul bawah lampu yang selama ni, aku tengok dalam drama dan filem. Lepas tu, doktor bedah dan beberapa doktor dan nurse lagi duk perkenalkan diri. Pakar bius tadi suruh aku duduk sambil peluk bantal. Masa ni, geram je aku nak cabut tiub kencing tu. T_T

Lepas tu, dia sapu cecair sejuk kat tulang belakang aku, dia suruh aku tahan, dia kata akan sakit sikit masa jarum masuk.

Dub, rasalah ada jarum cucuk, tapi taklah sakit mana pun. Mungkin sebab aku dah selalu kena cucuk banyak kali masa abil darah kot. Dan, aku dibaringkan. Ada beberapa orang pakai baju biru sambil pakai mask, ambik jari aku dia pakaikan kelip yang bersambung dengan mesin yang aku tak tau mesin apa, ada yang pakaikan alat cek tekanan darah kat lengan kiri aku.

Aku rasa sangat cemas, sebab diorang semua sangat pantas!

"Puan, cuba gerakkan ibu jari kaki kedua-dua kaki"

Aku pun gerakkan. Masih boleh.
Lepas tu, aku seronok, sebab rasa tak selesa kat tiub kencing tu dah hilang!

"Puan, cuba gerak lagi"

Masa ni, memang dah tak rasa apa, ibaratnya, otak aku dan kaki aku dah tak berhubung.

Bila aku bagitau je dah tak rasa, diorang picit-picit kaki. Aku memang tak rasa.

"Puan akan rasa kami gerakkan badan, jangan panik ya?", aku angguk.

Lepas tu, diorang dengan pantasnya letak kain-kain kat dada aku, sampai aku tak nampak perut aku.
Tapi aku pandang kat lampu atas tu, adalah nampak sikit-sikit. Hehe..

Makin lama, makin ramai yang berdiri kat tepi perut aku. Terasa la goyang-goyang. Dan aku pulak, makin lama makin sejuk. Sejuk yang menggigil-gigil. Sampai rasa macam nak pitam. Aku panik sebab aku sejuk.

"Puan nervous ke? Puan bertenang ye, laju betul jantung puan ni", sapa entah yang cakap. Aku sengih. Haruslah aku nervous babe!

Lepas tu, pakar bius tadi datang sebelah aku ajak borak. Mungkin dia nak tenangkan aku. Dan, sejurus kemudian, terasa diorang yang ramai-ramai tadi menolak-nolak perut aku.

"Allahukabar! Alhamdulillah", sorang doktor perempuan berteriak.

Uwaakkk uwaakkk... aku dah dengan suara anak aku.. Aku senyum. Syukur. Settle. Cumanya, aku masih sejuk tahap gaban.

Aku nampaklah, diorang bawak anak baru aku masuk bilik tepi tu sambil anak aku menangis-nangis.
Indahnya...tak tergambar seronoknya mak dengar suara amir.. :')

Lepas dah cuci baby, ada sorang bawak baby letak atas dada aku. Kat bahagian perut, masih ramai lagi manusia berkerumun settlekan urusan jahit dan keluar uri.

Tapi kejap je, lepas tu diorang ambil balik baby, katanya nak bawak pergi NICU, nak pantau 24jam, sebab aku GDM. Bye baby..see you..

Dan bila dah settle kat perut, aku kena tolak masuk bilik pemulihan. Dahlah sejuk, dan kat bilik tu nurse selimut aku, dan letak aku bawah benda yang nak kasi aku panas.

"Misi, tak apa ke kalau saya tidur? Mengantuk sangat"

Sumpah, aku tanya sebab aku tak berani tidur kalau tak tanya, aku terbayang kalau aku tidur, nanti tidur selamanya..haha!

"Boleh, memang nak suruh tidur", nurse tu senyum.

Zzzzzz...........


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sejam lepas tu kot, diorang tolak aku masuk wad yang laki aku dah angkatkan barang tadi. Tak lama lepas tu, laki aku masuk.

"Kesian ko Nie", aku sengih je.
Masa tu kaki aku tak rasa lagi.

Lepas dia cium dahi aku, dia kata nak turun, sebab mak dengan abah pulak nak naik. Diorang tak boleh naik tadi, sebab jaga Adam.

Malam tu, mak jaga aku. Kesian mak, tidur atas kerusi je.
Maafkan Nie mak. Terima kasih mak.
Sayang mak.

Dan, berapa kali jugak aku muntah, memang elok muntah nurse kata, keluarkan angin.
Malam tu, anak tak ada kat sisi.
Konon nak tidur, last-last aku borak-borak dengan mak je.
Gelak-gelak. Kejap-kejap je tidur.

Esoknya mak balik, Alang pulak jaga.
Terima kasih alang. Tak terbalas jasa alang jaga nie siang tu, siap mandikan, tukarkan pad semua.
Allah je boleh balas semua tu.

Esoknya, tengahari, dah boleh balik. Yeay!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Czer?

Czer pengalaman agak ngeri berbanding bersalin normal sebab (ini untuk aku la):

1. Susah gila nak bersin batuk gelak kencing.. T_T
2. Lama kena pantang, sebab kencing manis kan. 2 bulan jugak baru luka betul sembuh.
3. Susah nak bergerak, terasa benang dalam perut terenggut kalau salah gerak. Yang best, boleh bersila.
4. Gatal nak garu ngeri. Even selepas 10 bulan.
5. Pinggang dengan tulang belakang lenguh tak habis habis. Even selepas 10 bulan.


Itu sajalah yang aku nak share.

Amir Zahari, kalau amir baca ni nanti, ingatlah, bukan senang nak mengeluarkan amir, penuh drama air mata tau..huhuhu..

Amir Zahari Ahmad Zaimi | 16 oktober 2015


I love you Amir, dan of course Adam jugak.

<3

Wednesday, August 10, 2016

Cabaran Sepanjang Ke Destinasi

"Kau penat tak?"

"Tak. Tengah baca buku. Kenapa?"

"Aku ingat nak bawak Adam dengan Amir pergi PD main air laut"

"Ok, tunggu aku betulkan tudung sekejap"

*********************************************************************

Maka, dengan tak semena-mena, sang suami bagi cadangan nak pergi PD sejurus selepas balik kerja.



Kalau hari biasa:

Keluar ofis - makan - ambil anak - singgah kedai (optional) - sampai rumah around 7pm.


Semalam:

Keluar ofis - isi minyak (sebab tinggal 2 bar) - ambil anak - beli keropok kat Ulu Bendul - lap baju kurung dengan tudung yang kena sos keropok sebab Amir ambik keropok bersos dan tenyeh kat baju aku - beli kad touch and go sebab highway ke PD semua kena bayar secara elektronik dan smart tag tertinggal kat kereta satu lagi sebab memang apohal nak bawak smart tag pulak pergi pilah dah nama pun plan petang ni spontan je - singgah RNR cebok amir sebab budak bertuah tu tetiba berak, dahlah banyak dan hampir nak terkeluar ikut pinggang dah - sampai Pantai Saujana PD


Dan, it was amazing.
Both my son is very happy and tired. Bagus betul, sebab malam depa tido tak terjaga dah sampai pagi ahaks!

Pemandangan cantik, angin bertiup lembut..
Adam dapat main dengan air, tengok ketam berjalan senget..
Amir pulak seronok tersengih-sengih sebab pertama kalinya, kaki dia pijak pasir pantai yang basah, dan air laut menerpa lembut kat pergelangan kaki dia yang tembam tu..

Bapak diorang lagilah teruja, disamping dapat menikmati alam, dia dapat snap gambar banyak-banyak (oh anyway hobi baru dia dah main kamera dan fotografi pulak dah!)..

Aku dengan baju kurung, pikul hangbag Forest Timber, selamba masuk air.
Ok, tak adalah masuk yang sampai paras pinggang tu, tapi sampai atas sikit dari buku lali.

Kalau kat Pantai Timur mungkin normal view kot kalau nampak minah pakai baju kurung kat laut, tapi semalam kan kat PD. Haruslah rare.

Harapnya tak adalah yang snap gambar aku semalam. Dahlah pakai baju kurung, pakai pulak tudung oren terang yang sama kaler dengan life jaket banana boat yang ada berdekatan.

Hello, tak dirancang kan? Kalau aku tau, aku akan pakai pakaian yang lebih vogue dan gojes hokeh!

Tapi, laki aku haruslah yang memenangi best attire kat pantai semalam.
Sebab, selain pakai baju kerja, kat poket baju kemeja dia, kemas tersisip pen.

Rare gila lah bawak pen pergi laut. hahahah.
Ok lepas aku tegur, dia sorok pen dia.

Hihih~


Wednesday, July 20, 2016

Tuesday, July 19, 2016

Potluck Raya Aras

Menjelang musim raya, di pejabat-pejabat mesti akan ada jamuan nak makan-makan sebab raya kan.
Macam kat sini, minggu lepas, jamuan Unit.
Harini, jamuan aras pulak.

Tiap kali open untuk semua orang update mereka nak bawak apa masa hari kejadian, aku mesti sedikit gelabah.

Mana tak gelabah, si dia ni nak bawak nasik tomato, rendang, kuah kacang, soto, longtong, kek pelangi, masak lomak cili api, meehoon, dan macam-macam lagilah menu yang berat-berat.
Yang sepatutnya, orang berumur setua aku ni (30 tua la kan?), boleh masak sambil tutup mata.

Oh tidak pada aku.

Skill masak aku hazab.

Atau lebih tepat lagi, aku malas. Hahah!

Sebab, aku rasa aku boleh je masak, sebab tiap kali aku masak, licin je laki aku bedal.
Eh lidah aku pun rasa sedap. Kah kah..
Ya, malas lah tu jawapan paling pure.

Haritu aku order Puding Sedut.
Harini, aku bawak nugget je.
Rayalah sangat makan nugget kan hahahaha.

Maaflah wahai rakan-rakan, insyaallah, nanti aku cuba gilap lagi skill rajin aku ni.
Ya, tak salah taip. Skill rajin.
Aku rasa nak jadi orang rajin pun kena ada skill.

Macam aku ni, segala serbi malas.
In fact, nak bersosial masa makan-makan tadi pun aku pilih-pilih orang.
Bukan sombong, cuma sang introvert memang macam ni.

Oklah, lepas ni aku cuba kurang rasa malu nak berbual, ok?
Konon.
Padahal, aku lagi selesa makan ayam kuih semua tu dalam bilik office, depan pc sendiri tanpa ada orang lain.
Heaven. Eheh.

Sunday, July 17, 2016

Jiwa Kacau Seorang Aku

Memang.
Seminggu dua ni memang asyik berperasaan JK.
Kau semua tau JK tu apa?

Jiwa Kacau.

Tadi kebetulan ada tertengok How I Met Your Mother Season 3, yang episod Circle of Screaming tu.
Memang boleh relate dengan life aku seminggu dua ni.

Kisahnya, aku sangat stress kerja bertimbun kat office, sampai jadi jerk kat rumah.
Mengarut, marah tak tentu pasal.

Kat office lagilah asyik nak hangin je.
hmm..

Cari punya cari, puncanya sebab badan letih.
Lepas tu egois dan rasa terbeban dengan workload yang kena pikul tiba-tiba. Baca: Tanpa ditanya mahu atau tidak terlebih dahulu.
Sedangkan yang asal yang aku dah pikul dari bulan 3 pun tak habis lagi.

Waktu pertindihan ni memang buat aku JK.

Syukur Tuhan bagi aku laki yang rajin jaga anak.
Aku je yang tak pandai jaga hati dia.

:(

Tuesday, July 5, 2016

Ramadhan Pergi

Pejam celik tergolek terlentang, Ramadhan dah nak pergi meninggalkan kita sekali lagi.
Jujurnya, tak banyak mana pun usaha aku mengejar amal.
Agak ralat jugalah perasaan ini.

Insyaallah tahun tahun mendatang.

Hari ni hari terakhir puasa untuk ramadhan kali ni.
Mesti masa terasa lambat nak sampai waktu berbuka petang karang.

Semoga semua berjalan lancarlah untuk semua orang.

Seram dan sedih jugaklah bila tengok gambar-gambar kemalangan yang diviralkan.
Kalau kereta terbelah rabak sebegitu rupa, macam manalah keadaan pemandu dan penumpang?
Yang dekat Gua Musang tu, 7 beranak meninggal. Asalnya lori yang langgar dia yang salah masuk jalan.

Nauzubillah.. minta dijauhkan dari perkara-perkara begini la kan?
Yang penting, kita buat part kita, iaitu berhati-hati.

Asalnya pagi ni aku nak masukkan Wattpad je dekat sidebar blog.
Sambil-sambil tunggu mesin kain berbunyi, aku nak letak softlan.
Tadi dia dah bunyi, softlan dah tuang.

Jom tido?
hehe..

Ahad Organometallic

Pagi Ahad.
Bulan puasa yang tak perlu buat breakfast.
Hari pulak hujan.
Anak-anak tidur nyenyak.
Kain dah lipat semalam.
Makanya, kalau ikut logik akal, tidak salah rasanya aku join anak-anak tidur lepas subuh karang, bukan?
Tidak.
Pagi ni pukul 7 dah kena pergi kampus, jaga exam. 
Sesungguhnya aku berpuasa.. hew hew hew...
*********************************
Settle jaga periksa di pagi Ahad.
Nama paper Organometallic Chemistry.
Baca nama subjek pun aku dah gerun.
Lepas bukak kertas soalan, nak terkenc aku baca soalan.
Subhanallah, betapa ceteknya ilmu yang aku ada, sampai aku tak ada idea langsung nak jawab macam mana.
Benarlah kata cikgu aku dulu, semakin tinggi dan dalam seseorang itu belajar, semakin dia sedar, sebenarnya betapa sedikit sahaja ilmu yang Allah pinjamkan kepada dia. Maka sepatutnya semakin tinggi kelulusan akademik seseorang itu, lahiriahnya dia lebih zuhud sepatutnya.
Lepas selesai kutip, ada seorang pelajar perempuan datang salam,
"Terima kasih, kak".
Kak di panggilnya, mesti sebab dia perasan muka aku berkerut masa baca soalan. Err..
Nasib tak panggil aku acik.
Dah jom balik ke pangkuan suami dan baby baby.

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me