15 Fakta Tentang Isnin

Tak dapat disangkal lagi yang Hari Isnin memang bukan hari yang digemari ramai.


Ha jadi saja lah nak share dengan kalian semua beberapa fakta menarik tentang hari Isnin 😉


  1. Ada kajian mendapati yang kebanyakan manusia akan membeli kereta pada hari Isnin kerana selalunya akan dapat 'deal' yang baik pada hari Isnin.
  2. Ada kajian di UK dilakukan pada 2011 menyatakan, seseorang itu tak akan senyum pada hari Isnin selagi belum pukul 11.16 pagi 
  3. Produktiviti pekerja memang tak memuaskan lah pada hari Isnin, selalunya pekerja akan kurang produktif sebanyak 30% dari hari yang lain pada hari Isnin.
  4. Kebanyakan pekerja yang tak produktif seperti point di atas akan melakukan online shopping pada hari Isnin.
  5. Secara purata, seorang individu akan menguap/mengeluh/mendengus selama 34 minit pada hari Isnin berbanding 22 minit pada hari yang lain.
  6. Saintis mendapati berat badan seseorang akan berada paling berat dalam satu minggu pada hari Isnin walaupun berat badan dikawal dengan baik.
  7. 50% pekerja akan lambat hadir ke pejabat pada hari Isnin.
  8. Golongan yang paling 'menderita' bila tibanya hari Isnin adalah dari golongan professional yang berusia 40 tahun ke atas.
  9. Gossip sesama rakan sekerja lebih diperlukan pada hari Isnin berbanding hari-hari yang lain.
  10. Kajian juga mendapati, cara yang berkesan untuk menghadapi "Monday Blues" adalah dengan menonton TV, online shopping, membeli cokelat dan merancang next holiday.
  11. Isnin juga mendapat jolokan 'Suicide Day' kerana ramai orang yang membunuh diri mereka pada hari Isnin. (moga dijauhkan dari kita semua!)
  12. Selain itu, Isnin juga dikenali sebagai 'Heart Attack Day' kerana jumlah kes pesakit mendapat serangan jantung meningkat 20% berbanding hari biasa.
  13. Hari Isnin juga adalah hari yang paling kurang berlakunya hujan berbanding hari yang lain.
  14. Isnin merupakan hari manusia akan berasa paling tidak cukup tidur, kerana setelah berehat pada Sabtu dan Ahad, badan akan rasa sedikit stress bila kena bangun awal pada Isnin.
  15. Manusia akan kelihatan paling kurang menarik pada hari Isnin, sekurang-kurangnya diri sendiri rasa diri sendiri paling tak menarik pada hari Isnin.


Macam mana Isnin kawan-kawan semua?
*yawnnn...
😴

Post a Comment

32 Comments

  1. hehe selamat pagi hari Isnin..
    memang selalu awl2 pagi isnin mandom sikit. dia mcm baru nk masuk gear nak active n bersemangt hehe.

    pape pun..
    take care..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu siti, harini bertambah mandom sebab hujan dari pagi sampai ke malam kat sini hihi..

      Delete
  2. No.3 & 4...hehe..online tapi tak shopping...ambil mood sebelum start kerja..

    ReplyDelete
  3. Fuhh..banyak betul fakta hari isnin ni..paling ketara monday blues lah. banyak kerja terkesan disebabkan monday blues.

    ReplyDelete
  4. banyak betul yang kelam pasal hari isnin yek, patutla ada istilah monday blues

    tapi bagi akak, ok je isnin ke apa, kita kena ada cara bagi isnin jadi hari yang indah... heheheh cumanya hari jumaat lagi membahagiakan lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kena cari cara happykan hari isnin hehe.. dan of course jumaat memang sangat best hihi

      Delete
  5. mcm dah xda beza hari isnin dengan hari2 lain sekarang ni.. Hari2 rasa mcm hari isnin.. hehe

    ReplyDelete
  6. MONDAY BLUES AMAT TERASA BAGI YG NAK KR OFIS N KE SEKOLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih terasa bila nak ke ofis, ada anak nak ke sekolah..nak iron baju tu aduh..hehe

      Delete
  7. Replies
    1. Marilah yawn berjemaah dengan seantero negara

      Delete
  8. 16. Kadang2 tak ingat isnin, tiba2 dah selasa

    ReplyDelete
  9. Harini sampai ofis, akak stuck dlm lif. haha. adeh. lif pun monday blues tau. haha. tak pasal2, akak terjebak lif punya monday blues..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, betul2 memberi impak pada hari Isnin insiden tu hihih

      Delete
  10. kat sini hari isnin hari tanpa bag plastik. malas betul nak keluar beli barang klau hari isnin. Hahha

    ReplyDelete
  11. wah,,tak pernah tahu fakta hari isnin..

    saya singgah sini sambil follow :)
    jemput follow balik! hehe

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. GV suka baca info macam nie. Simple tapi padat. GV pun tak suka hari Isnin. Monday Blues sangat. huhu.

    ReplyDelete
  13. Seram pula baca fakta no 11 tu

    ReplyDelete
  14. shida ni lain..plg xsuke keje sabtu ahad..org cuti kite keje..isnin gagah lg laa ^_^

    ReplyDelete
  15. MC kat klinik pun byk laku hari isnin .. hehe

    ReplyDelete
  16. No 11 dengan 12 tu.. Ngeri pula baca..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.