Pages

Search This Blog

Tuesday, July 28, 2020

Ke Rabbit Fun Land Lenggeng Negeri Sembilan

Ahad lepas, zaimi ajak bawa anak-anak keluar, dah lama terperap dalam rumah.
Nak bawak pergi mall atau supermarket, macam ramai sangat orang.
Budak-budak ni nanti pun mesti susah nak dikepung kalau kat kawasan macam tu.

Jadi fikir punya fikir, bawaklah anak-anak ke Rabbit Fun Land Lenggeng.
Pertamanya sebab tak jauh sangat, kalau boleh taknak perjalanan tu jauh sangat sebab nak elak penggunaan tandas awam. Dari senawang ni dalam 30 minit je ikut LEKAS.
Kedua, kawasan dia kecik aje. Senang kepung budak-budak.

So, let's!


Sesampai je kat sana, terus park kereta.
Kawasan agak curam, ayu asik macam nak tergolek kat bahagian entrance tu 😂

|Entry ini banyak gambar|



Norma baharu kan, anak-anak siap pakai mask 2 lapis.
Hand sanitizer memang bawak 2 botol. 

Sampai kaunter tiket, terpana (ewah) sekejap sebab harga tiket masuk RM12 1 kepala, sama je kanak-kanak ke dewasa. Ayu pun kena RM12 jugak sebab yang free hanya 2 tahun ke bawah.

Tapi zaimi kata tak apa, dia memang dah niat nak belanja anak-anak berjimba.

Jadi lepas bayar tiket dan beli makanan untuk haiwan-haiwan, kami pun geraklah meneroka Rabbit Fun Land tersebut.

First stop kami adalah dekat rusa. 
Ayu dengan adam berebut nak bagi rusa tu makan. 
Amir?
Aku tak sangka dia takut dan geli. 
Jadi dia duduk jauh-jauh je *tepuk dahi



Gerak ke atas sikit, ada area untuk budak-budak main.
Kat situ memang lama lah stuck.

Nak main trampolin lah, wall climbing lah, titi gantung lah..





Tak apalah, kasi can.
Lagipun tak ada orang lain sangat masa tu.


Lepas dah main dekat area tu hampir setengah jam, 
paksa lah anak-anak untuk teruskan explore.
Kalau tak, takkan bayar doblas hengget nak main kat situ je anak-anak uii..

Jadi gerak naik ke atas sikit, adalah beberapa haiwan dalam kandang yang boleh dilihat.


Ada lembu besar gila, tak tau breed apa sebab dia tak tulis apa-apa, sebelah lembu tu ada unta.


Ada rusa jantan, rusa betina, baby rusa pun ada.




Ada kambing biri-biri jugak.

Dan bila sampai atas sekali, adalah 5, 6 ekor rusa yang dia lepaskan.
Untuk tujuan petting oleh visitor rasanya.
Kebetulan adam pegang bungkusan makanan untuk haiwan tadi, terus rusa-rusa tu datang ke arah kitorang la.

Ayu dengan adam sangat excited, amir pulak menjerit-jerit takut "ayah! ayah! selamatkan amir!"
Allahu.. 😅😂

Sungguh tak sangka amir takut rupanya.


Tengoklah tu, dia menyorok.

Lepas dah habis round belah atas, kami turun ke bawah pulak.

Dekat area bawah, ada beberapa haiwan lagi.


Ada burung merak. 
Sibuk semua nak bagi merak makan atas tapak tangan masa ni.




Ada beberapa sangkar ayam macam ni, ayu sibuk bagi ayam-ayam makan.



Ada ikan keli sebesar peha, melopong-lopong mulut ikan keli tu nak makan.




Walaupun nama tempat ni Rabbit Fun Land, tapi masa kami pergi tu, ini ajelah rabbit yang ada.






Ada kuda warna perang cantik 2 beranak.
Adam lah yang paling suka kuda ni, kejap-kejap dia suap kuda ni makan.

Lepas dah habis exlore, duduk lepak sekejap hilangkan penat.



Oh ya ada burung unta jugak.

Teringin pulak nak gambar dengan zaimi, 
minta tolong abadam tangkapkan haha

Turunkan mask masa nak tangkap gambar, kalau tak memang tak berani nak bukak, orang pun dah makin ramai bila hari makin petang.



Gambar 1 famili 5 beranak tak ada, sebab tak berani pulak nak suruh sesiapa tangkapkan..huhu..

Overall, rating tempat ni aku boleh bagi 2 setengah bintang dari 5 bintang.
Banyak lagi yang dia boleh perbaiki.
Nak caj RM12, makanan untuk haiwan visitor kena beli sendiri (2 batang carrot rm10), kena kasi elok la sikit kot, kolam ikan sampai hijau, tandas horror sikit..huhu

Tapi anak-anak memang sangat suka, kecuali amir dia suka tang play area tu je 😑

Ehee..

Itu saja buat kenangan anak-anak..

Pernah pergi sini?

PS: Ahad kami tidak berakhir di sini..hehe.. 

To Be Continue Pictures | Download Free Images on Unsplash











32 comments:

  1. Ni blh anggap mini zoo, kan...ada Bambi!:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah nak anggap macam tu, more to petting zoo kot. Hehe
      Aah Bambi dia cantik!

      Delete
  2. Amir.. Kita boleh jadi geng.

    Cuma berani pegang kucing je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha tu lah, tak berminat langsung dia kecuali tabur makanan kat ikan tu je

      Delete
  3. Terima kaseh bagi amaran 'Entry ni banyak gambar'

    hehe... uncle memang suka gambo banyak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bgtau siap2 sebelum ada yang marah kah kah

      Delete
  4. 2 batang carrot rm10. mahal juga tu. huhu. tapi kanak2x happy pergi tgk haiwan secara live. okey kan kak. huhu.

    ReplyDelete
  5. seronok juga syaz..cuti2 bawa anak2 kat sana..lg2 si kecik tu kan..

    ReplyDelete
  6. menarik gak tempat mini zoo nih., hehehe

    ReplyDelete
  7. banyak juga binatang dekat sana ye.

    ReplyDelete
  8. thank sis,saya pon dh letk blog sis dlm list saya..
    list ad di bwh sekali ya

    ReplyDelete
  9. Banyak juga haiwan yg ada..siap boleh bagi makan. Seronok jugak :)

    ReplyDelete
  10. Macam2 binatang ada
    ingatkan hanya arnab aje

    ReplyDelete
  11. best jg sbb byk jenis haiwan..jinak2 rusa..rabbit2 tu kalau lepaskan, lg best kan..

    Harga tiket budak2 patutnya bg diskaun mcm tmpat2 lain..boleh bw carrot dari rumah ke? mahalnya 2 btg seploh hinggit..huhu..

    ReplyDelete
  12. Mahal juga dengan keadaan yang kurang menarik.. Tapi ohsemlah selain ada haiwan, ada tempat bebudak nak main.. Nice..

    ReplyDelete
  13. saya rasa orang dewasa pun suka p tempat2 macam ni..
    kalo saya pun excited bukan kanak2 je hehehe..

    ReplyDelete
  14. Sangat2 menarik untuk bawa anak-anak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen, dengan komen anda, saya rasa gembira kerana saya tau coretan saya dibaca~

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.