Semalam, memang hari melayan anak-anak, hari beli jiwa.
Entahlah, mungkin sebab sayu sikit yang adam dah nak sekolah baik hari rabu kan.
Lama dah duduk depan mata 24jam sejak 18 Mac.
Tak banyak, sikit mesti rasa sayu tu hadir.
Semoga dipermudahkan urusan adam kat sekolah tu.
Sejujurnya risau sebab kes Covid19 ni yang dah asalnya makin surut, jadi naik balik.
Jadi, semalam masa ikut zaimi pergi beli barang akuarium dia, adam nak ikan laga.
Disebabkan rasa nak layan permintaan dia, maka beli lah.
Dah beli kat dia, kena beli untuk amir sekali.
Harapnya bertahan lama la ikan laga masing-masing tu haha!
Beli la sekali dengan akuarium kecik tu.
Semoga panjanglah umur kau ikan laga ye hahaha
Lepas tu, petangnya, zaimi ajak jalan ambil angin kat taman hujung jalan perumahan kami tu.
Ingat tak ramai, sekali punyalah ramai!
Rasanya yang bukan penduduk taman ni pun ramai lepak-lepak tadi.
Penjarakan sosial memang ke laut!
Budak-budak muda dating punyalah ramai.
Akhirnya kami decide taknak lah berlama-lama kat taman tu.
Risau jugak.
Ambil gambar beberapa keping, lepas tu terus gerak balik rumah.
Semua selebet berpeluh sebab ikut jalan jauh dari rumah nak ke sini ahahah
Oh ya, terima kasih pada yang doakan adik ayu yang lebam pipi jatuh tangga tu.
Alhamdulillah dia ok.
Sukalah dia tu dapat jalan-jalan kat taman hehe..
34 Comments
Cantik ikan laganya..
ReplyDeleteKat sini pepetang ujan.. nak bawa anak-anak keluar beriadah pun cam tak best..
Alhamdulillah hujan.. sini hujan gak haritu, tapi sehari dua ni panas ;)
Deletebestnya ada taman cantik gitu boleh jalan2 tapi tang ramai couple berendek tu yang tak best... risau lah ada kes lain kalau tempat ramai-ramai sangat orang nih, tengok sekarang orang macam tak jaga sop sangat pun, rasa takut nk keluar ke mall ke kedai makan
ReplyDeleteBetul, ramai yang dah langgar SOP sekarang, risau la kan :(
DeleteDulu uncle pon pernah bela ikan laga... tapi Duuuuuuuuuuuuuuuuulllllllllluuuuuuuuuuuu.... la.... (hehe)
ReplyDeleteLama nau duluuuuu tu nampaknya haha
DeleteIkan laga makan apa ye?? Tak pernah bela ikan laga. Lawa memang lawa tapi dia jenis duduk satu balang sekor je..kan?? leceh...
ReplyDeleteA'ah, duduk sekor2.. Dia makan makanan guppy pun boleh, yang boleh buat warna jadi vibrant hehe
DeletePenjarakkan sosial ke.. Face mask ke.. Semua dah tak dipeduli. Sedih sangat-sangat.
ReplyDeletebila kita pakai mask pula dipandang pelik sekarang..hmm
DeleteCantik ikannya..doa pjg umur utk ikan laga..hehe..
ReplyDeleteaminn hahahaha
DeleteMasa kecik2 dulu2 pun wak pernah bela ikan tempala ni.
ReplyDeleteOh nama lain dia ikan tempala ya wak
DeleteAlahaii comelnyaa nak ikan laga lah pulak.. warna ikan pun lawa ajaa. metallic blue
ReplyDeleteaah..melayang duit mak haha
Deleteteringat dulu..shida pernah bela ikan laga ni..2 3 ekor juga beli..beli juga akuarium kecik ..bila dah duk skali dalam satu akuarium...udah mati semua sebab berlaga..errr..ke saya salah bela yer ^_^
ReplyDeletesebab letih sangat berlaga la tu hihik
DeleteCantik ikan nya. Ada juga bela 2 ekor sebelum pkp,
ReplyDeletebulan 5 aritu mati sekor. huhuhhh
alahai sedihnya hehe
Deleteseronoknya buleh riadah. di Tanah Merah ni playground dah disodok utk buat flyover...budak2 x de tempat nk main ptg2.
ReplyDeleteHuhu sedih jugak ya macam tu
DeleteSemoga dipermudahkan urusan adam kat sekolah
ReplyDeleteTerima kasih..amin ya rabbal alamin
DeleteCANTIKNYA IKAN LAGA MESTI ABANG N ADIK JAGA DGN BAIK TU
ReplyDeleteSetakat ni masih semangat diorang bagi makan ikan tu hehe
Deletepernah belikan jugak untuk anak2 sebab beriya-iya mintak. 2 hari je dorang layan pastu ammi ngan abahlah yang kena bagi ikan tu makan huhu
ReplyDeletehahaha saya rasa benda sama akan berlaku juga nanti ni..hehe
Deletediorang ni makin leka dan lupa dgn masalah virus yg xde penyembuh lagi ni. adoi payah la mentaliti macam ni
ReplyDeleteBetul, seram dibuatnya
Deletememang gerun nak duk luar lama2 dalam situasi angka kes positif covid ni jadi tak menentu kebelakangan ni...
ReplyDeletebetul, memang kami jauh2 je, tak berani!
DeletePernah juga anak-anak nak bela haritu ikan laga ni... cantik warna ikan laga tu... nanti nak cari jugalah untuk anak-anak... risau juga dengan masyarakat yang buat endah tak endah je dengan PKPP ni... semoga angka kes positif COVID-19 tu semakin berkuranganlah hendaknya...
ReplyDeleteCantik, senang jugak nak jaga rupanya hehe..
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.