Penunggu Dapur Yang Kepingin | Kenangan PKP


Rentetan dengan entry lepas berkenaan kisah naik pangkat jadi tukang masak sepenuh masa tu, timbullah perasaan si penunggu dapur rumah aku ni (akulah tu) untuk mengubahsuai susun atur barang-barang dapur.


Sah- sah bukan dapur aku



Kalau ikutkan, dapur aku tak adalah horror sangat, tapi biasalah, sekali sekala mesti timbul rasa nak ubah-ubah susunan semua.

Dapur rumah aku ni, kecik sangat. Bagi akulah.
Memang limited ruang untuk buat kabinet haritu.

Dan disebabkan itu, aku pun memang tak banyak sangat perkakas dapur ni.
Tapi sebab dah hari-hari memasak kat dapur ni, rasalah nak ubah susunan supaya senang nak capai masa memasak. Gittew..

Jadi, antara benda yang aku terbeli (ter lah sangat) adalah rak pinggan yang letak atas sinki terus.
Langsir tu tak senget, tangan aku yang pengkau masa tangkap gambar ahaha

Dulu rak pinggan terletak kat belah kiri sekali tu, manakala bekas beras tu, aku letak dekat belah kanan sekali belakang rice cooker tu. Tapi bila dah hari-hari nak tanak nasik susah nak tarik-tarik sebab dia hujung sana, timbul lah idea nak alih ke kiri tu.

Maka, rak pinggan lama tu kita ganti baru, letak atas sinki.
More space! Yeay!
Bila dah kering, pinggan mangkuk semua silalah duduk dalam kabinet ya, dapur kecik, macam tak sesuai ada rak pinggan terbukak tu. Serabut mata den.
Jadi rak pinggan tu memang fungsi untuk mengeringkan sahaja.
Air dia menitik terus dalam sinki, tak payah nak selalu buang air yang bertakung atas tray macam rak pinggan lama.

Alang-alang, suruh bekas bawang join untuk berjemaah dengan bekas beras tu.

Rak pinggan ni memang kukuh, menten je walau pinggan mangkuk kadang-kadang penuh sebelah je.
Plus, dia ada pelekap kat kaki dia, jadi dia akan stay tak bergerak lepas kita letak.
Abaikan bekas ayam yang tengah thawing kat tepi sinki tu dengan sinki yang basah tu haha

Selain rak pinggan ni, aku juga tertarik betul nak beli rak microwave.
Rumah orang lain dah lama ada rasanya, aku yang baru teringin.


Abaikan microwave yang pintunya tak lap tu, terpercik susu masa bancuh susu ayu ahaha
Sebelum ni, cerek dengan toaster tu letak direct je atas microwave, botol-botol air sekolah anak -anak tu pulak, susun bodo je sebelah bekas air Giant tu.

Jadi bila dah ada rak ni, organize la sikit 😂

Satu lagi rak ni, letak kat hujung sekali belah kanan di gambar pertama tadi.

Perasaan?
Best sangat, rasa gembira sangat bila reward diri sendiri dengan belikan diri sendiri rak-rak ni 😂


Tak sangka sungguh, PKP buat aku beli rak-rak ni semua.

Dua tiga hari lepas tu, tup tup keluar gambar ni kat salah 1 post kat Facebook:


Kau rasa?
Tak ke rasa macam kena tampar tengok gambar ni?
Hahahah

Post a Comment

22 Comments

  1. gambar bwh tu..jeles tengok, kemasnya...

    susunatur dapur yg praktikal memudahkan kerja memasak..takdelah nak korek sana-sini cari barang..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar dari seller rak tu, kemas kan? Tu yang terjatuh centa dan beli tu hahaha

      Delete
  2. syaz pakai bekas beras tu, ada tumpah tak? Akak pakai juga ni tapi selalu bila tarik beras , ada beras yang tumpah sikit. hari ni sikit esok sikit lama2 jadi bukit jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aah, ada juga terkeluar dalam 3 4 butir, tapi selalu saya kutip cuci sekali sama2 hehe

      Delete
  3. kadang apa yang diubah atau tambahan tu sikit je tapi buat kita rasa bahagia dan gembira sangat..tambah semangat pun ya juga nak lama-lama di dapur.

    ReplyDelete
  4. kalau dapat dapur macam gambar atas sekali tu memang heaven..haha

    ReplyDelete
  5. DAPUR KEMAS SELESA N SERONOK JE MEMASAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau serabut2 nanti saya pening hehe

      Delete
  6. Ubah sikit sikit bagi sedap mata memandang pastu tambah sikit sikit bagi kelainan ada la nampak lain sikit kan Syaz.Takde laa hari2 nampak cam sama jer kan. KakYa pon sesekali datang mood nak ubah. Mula laaa start buat tu buat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak ya! Sekali sekala, sebab nak mudahkan pergerakan, plus dah jemu hehe

      Delete
  7. rajin dia menyusun, akak punya dapur takde tingkap pun... bekas beras, sorok bawah kabinet sbb kat belah dapur tu penuh dah heheheh... dapur akak lg keciil molek heheheh

    ReplyDelete
  8. hahahahhha rasa thrilled gak ni tengok rak pinggan dia helokk terletak kat situ..

    ReplyDelete
  9. Samalaa syaz dapur shida pun..kecik..nk buat kbinet n nnt nmak mcm padat sgt..dapur shid jenis lurus kecik..je ssuai bgolek laki bin je kat situ hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Hati-hati bergolek, nanti terlanggar tong gas :))

      Delete
  10. dapur la part paling penting tuk kita ..kaum mak mak ni kan?
    kena cantik, kemas, baru ada mood nak masak..chewah! he he...

    ReplyDelete
  11. Hahaha.. Gambar yang last tu kelakar..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.