Search This Blog

Sunday, August 16, 2020

Pengat Pisang Cavendish

Semalam terasa nak cuba buat pengat pisang.
Jujur cakap, sepanjang hayat tak pernah cuba buat pengat pisang ahahaah

Bila cek resepi, kebanyakan resepi akan guna pisang tanduk.
Tapi, disebabkan dah terlalu teringin nak makan pengat pisang buatan sendiri, aku beli je lah pisang yang ada jual kat Giant Kuala Pilah tu semalam.

Seperti biasa, pisang-pisang yang selalu jual kat pasaraya ni, itu lah jenisnya.

Fikir punya fikir, ahh redah je lah dengan pisang cavendish pun.

Resepi memang berlambak kat internet, pick 1 dan trylah buat semalam.




Potong pisang tu 3.
Guna dalam 5 biji pisang je.
Ye lah nama pun first time buat kan, kalau tak jadi, taklah rugi sangat ahahaha

Gula kabung tu memang wajib tapis sebelum didihkan dia balik dengan daun pandan tu.
Masukkan sagu yang dah direndam at least 10 minit.
Bilas-bilas lah sagu tu ye.
Slowly masukkan lah cavendish banana itu.


Lepas pisang dah join pesta bloop bloop bloop dalam periuk, kita tambahkan kemeriahan mereka dengan santan. Aku masukkan jugak sedikit garam nak bagi rasa lemak santan tu menyerlah.

Resepi yang aku pick tu kata, masukkan jugak 2 sudu brown sugar.
Ha semua bahan ada kat rumah kan, masukkan je lah.
Jangan masukkan kiub ayam sudah ahaha

Biarlah dia mendidih dalam  5 minit.
Lepas tu, siap!


Cavendish pun cavendish lah, rasa dia punyalah sedap!


Lega sangat pengat pisang aku menjadi..

EH puji diri sendiri ke ni?
Kih kih..

Ambil gambar tak hias apa pun kat mangkuk tu.
Malas pulak, dan sebab dah tak sabar nak makan.


Lepas tu, masa nak tulis entry ni, sajalah google pisang cavendish ni, konon nak letak gambar dia lah kan, sebab pisang aku tu tak sempat tangkap gambar.

Sekali terkejut den tengok apa yang pop up dekat result search.

Gambar ni selepas klik dari result search google


Mahalnya!!!
Aku beli tak sampai RM20 pun.

Adakah ini harga sebuah kemalasan nak pergi beli pisang sendiri?

Huhu..maciam maciam..


32 comments:

  1. Wow..sedapnya...kegemaran saya ni..RM300 pisang shj..aduhhhh

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.Sedap tu.Tapi PC biasa guna pisang tanduk sebab ada rasa masam manis,bersantan jadi tak muak sangat bila makan..nak lagi sedap letak biji sagu.Sebenarnya ada pisang lain juga boleh buat pengat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3, sagu wajib ada, penambah sedap pengat tu kan ;)

      Delete
  3. sedapnya...febret ni...terasa nak buat pulak bila tengok kejadiannya..

    ReplyDelete
  4. kalau fiza main hentam je guna pisang apa. janji pisang. haha..
    sedap ikut tekak sendiri okay lah kan..mak haihh mahal betul pisang tu. makan terus kenyang seminggu ke camne tu. hihi

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. alhamdulillah nasib baik jadi dan sedap ahaha

      Delete
  6. MAHAINYA PISANG NI TAPI NK BUAT PENGAT PISANG NIPAH SEDAP JUGA SYAZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. boleh cuba lepas ni, kat sini pisang nipah senang jugak nak dapat ;)

      Delete
  7. uncle pon suka pengat pisang... nak2 time minom petang!

    ReplyDelete
  8. rajinnya, akk pun tak pernah buat pengat pisang sendiri..

    ReplyDelete
  9. Kalau tak kita yang puji masakan kita, siapa lagi nak puji kan.. hehehe..
    best bila masak dna jadi.. Puas makan kan..
    Mahal bebenor dekat Lazada tu.. hahaha

    ReplyDelete
  10. dapnya...haah betul..akak penah buat gak pengat pisang..akak guna pisang tanduk..pisang lain tak pernah try lagi buat pengat..sbb pisang ni kan ada jenis2 dia yg mana boleh buat pengat, mana boleh buat cekodok, yg mana boleh goreng je..haih, klu tnya org2 tua mmg byk benor jenis..dpt kat kita yg moden ni, asalkan pisang..hehe..boleh je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalkan pisang, kira on je la kan kak, tu orang panggil generation gap ahaha

      Delete
  11. ngengada tau guna gambar pakcik ironman

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha baru tampak lebih sikit effect legaaa tu kah kah kah

      Delete
  12. sedap tu.. mak aih.. mahal betul pisang nie.. done follow sini juga

    ReplyDelete
  13. Mahainya rm300, salut emas ke hapa pisang ni, macam2 ek..pisang pun ada jual kat lazada.
    Akk pun suka pengat pisang. Tapi tak pernah cuba pisang carvendish ni, beli pun dimakan begitu saja. Selalu akk guna pisang abu atau pisang nangka.

    ReplyDelete
  14. wah jadi hahahaa..terrer mommy hehee ^_^ pengat bkn my fav so ade xde okay je,husben lah xmkn kalau sjns mknan lembik2 ermm pelik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. kita pulak laki bini memang suka pengat sira semua ni hihi

      Delete
  15. Tahniah..hehe..nmpk sedap, buat sendiri, puas hati..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me