Teringin Boba Tea House

 Tak ingat hari apa, tapi ada satu malam minggu lepas, aku teringin nak try Boba Tea House ni punya Milk Tea.

Alkisah, dia baru masuk dalam Food Panda yang cover area taman rumah aku ni.

Tanpa berfikir dengan lebih empuk, maka aku pun terus order 5.

Order yang Milk Tea biasa je, tapi nak mixed boba.

Ingatkan apa maksud mix boba, rupanya boba tu ada dua siaz, besar macam standard boba tu, dan ada yang kecik.


Anak-anak apa lagi, memang excited la.





Mak pun pandai, patut tahan je nafsu dulu, esok siang je beli.

Jadi bila diorang dah hirup air berboba tu..

Kirim salam je lah nak tidur ikut jadual..aiseyman.

Salah percaturan, inilah akibat jika tak berfikir panjang.

😂


Maka malam tu delay la waktu tidur diorang, walaupun dah baring atas tilam, si abang berdua tu asyik terkekek-kekek ketawa, usik mengusik.


Jenuh paksa.



Bila dah tidur lambat tu, esok pagi faham-faham je lah masing-masing liat nak bangun.

Terpaksa lah mak jadi beruang macam logo Boba Tea House tu, kalau tak, lambatlah nak ke sekolah..
Rumah dahlah jauh dari sekolah.

Tabahlah anak-anakku.

Air dia sedap ke tak?
Boleyla.. sama je dengan boba milk tea yang lain.
Eheh..

Cuma best cup dia tu ada gambar beruang tu, maka dapatlah cawan untuk buat ais yang bercorak baru untuk gandingan dengan cawan tealive, teh ais pyor, each a cup dan mcD yang ada dalam peti ais aku tu hahaha




Post a Comment

24 Comments

  1. alamak... the kids kena sugar rush la tu lepas minum boba tea... hahaha..sabar ja la

    ReplyDelete
  2. buat collections rupanya ... dah lama nnt maybe jadi barang rare.. boleh jual kot2 ada harga. Pengumpul koleksi ni mcm2 benda diaorang kumpul :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha a'ah memang collect, tapi geram kadang2 bila cawan yang dalam peti tu dah pecah sebab beku, kenalah guna koleksi yang konon2 nak buat simpan tu huhu

      Delete
  3. Sedap minum cuaca panas, sejuk je masuk tekak..huhu..bertambah koleksi cawan buat ais..hehe..

    ReplyDelete
  4. saya tak pernah minum lagi.biasanya minum coolblog je.

    ReplyDelete
  5. aduyai..jadi hyper pula diorang bila minum boba waktu malam. bertabahlah kak syaz..hehe

    ReplyDelete
  6. kebetulan aku pun order minuman ni kat grab, boleh tahan jugak.lps tu bekas tu aku isi air dan letak pokok...ada logo gmbr beruang tu nmpk hipstse sikitla

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul tu, hipsternya pokok tu duduk dalam pasu ada gambar beruang. bagi aku logo beruang tu memang menarik, sebab tu aku terorder ahaha!

      Delete
  7. boba tea nih..lama dah shida minum time chatime lagi..mmg sedap..lg2 boba milk tea..sesuai je gabungan tu, tp pelik selepas tu pulak dia femes hehee ^_^ skg dah mcm2 depa mix dgn boba ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 kan, siap ada yang campur cheese, pernah beli sekali, tapi cannot go hahaha

      Delete
  8. sebab comel lagi la budak2 suka

    ReplyDelete
  9. Aduii..silap timing order. lenkali kena order siang siang..hihi..tapi tu lah kalau dah teringin, redah terus :p

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap la! Kiut je packaging ^^ Omey je anak anak sis hehehe

    ReplyDelete
  11. tak pernah lagi minum boba tea dari Boba Tea House ni. First time tahu kewujudan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..baru rasanya, tapi rasa air dia lebih kurang je

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.