20 Ekor Ikan Guppy

Sejak ikan swordfish yang terakhir mati beberapa minggu lepas, akuarium ni zaimi kosongkan.


 Akuarium ni pun kira macam akuarium kedua kat rumah ni, ada satu lagi untuk ikan-ikan besar.
Ini beli untuk ikan-ikan kecik macam guppy, swordfish, molly..

Tapi nak dijadikan cerita, ada satu hari tu, adam tercurahkan sebotol makanan ikan dalam ni, sebab tutup dia terbukak ke macam mana entah.

Habis tanah hitam, pokok hidup, semua tak dapat diselamatkan.
Ikan pun makin lama makin habis, semua pakat mati.
Zaimi kata sebab air dia dah lari banyak pH, walaupun dan sedut keluar sikit-sikit makanan tumpah tu.

Dan, kebetulan masa tu lampu akuarium tu pulak meletup, sebab terkena air masa zaimi tengah sedut makanan yang tumpah tu.

Jadi, memang terbiar la dekat sebulan.
Kebetulan kami malas nak keluar pulak beberapa weekend, sibuk layan drama hahaha

Jadi, minggu ni tak ada drama yang kami layan, maka kami pun keluarlah ke kedai akuarium di Seremban 2, Xian Loong nama kedainya.

Aku seperti biasa, mudah tergoda. 
Kah kah..

Jadi aku tergoda beli hiasan akuarium yang baru, rumah kayu atas bukit dan kapal karam tu.
Lupa pulak akuarium tu saiz dia kecik, dah sempit..hahaha

Dan aku request untuk bela 100 ekor ikan guppy, tapi zaimi luluskan 20 ekor je, ajerr gilerr dia kata nak letak 100 ekor 😜


Abaikan suara anak-anak aku bertekak tu eheh..




Post a Comment

36 Comments

  1. Kami oernah try bela...akhirnya mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun selalu mati ikannya, tapi beli lagi hahaha

      Delete
  2. Saa pun adaaaa Ikan Guppy. Kaler Merah Biruuuuu~ Sekor je, kesian diaaa

    ReplyDelete
  3. cantik la syaz..shida suke akuarium mcm ni..nmpak menarik dan unik..ade hiasan mcm tu..teruja tgk hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! tapi saya setakat suka tengok je, jaga malas..maka zaimi la yang kena jagakan hahaha

      Delete
  4. Suka tengok ikan berenang. Rasa macam tenang.
    Dulu penah bela ikan kaloi dalam akuarium. Besar dia sampai macam tak selesa dia dalam akuarium yg kecik tu, Suatu hari dia melompat keluar. Jadi habuan kucing jiran. Tak tahu dia bunuh diri sebab stress atau tak sengaja. RIP "Brian" (nama ikan tu)

    uhuhu.. ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai Brian.. semoga Brian tenang di sana kih kih

      Delete
  5. comeynya ikan guppy 20 ekor pun dh penuh akuarium tu

    ReplyDelete
  6. wahhh cantik... tenang je tengok ikan-ikan tu berenang, tapi 100 ekor tak muat akuarium tu kot...
    kita tak boleh beli ikan, si aiyan takut dengan ikan... dia kata mulut ikan tu macam nak makan dia hahahhah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha comelnya aiyan fikir macam tu ya ;)

      Delete
    2. Teringat pula dulu ada bela molly tapi ntah kenapa dia tak suka share tank aquarium dia.
      Asyik tengok ikan2 tu berenang.

      Delete
    3. samalah, molly sombong sikit kan, suka gigit2 hahaha

      Delete
  7. cantik la decoration dlm tu, ada kapal ! and 100 ? aduh kena perbesarkan akurium sbb nt mcm mna diorg nak berenang bebas hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha :P
      teruk tak angan2 akak awak ni atie ahahaha

      Delete
  8. boleh lg tu letak 100 ekor ikan tp dgn syarat akuarium kena upgrade laa nmpk nya heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe..harapnya laki saya baca cadangan ini kih kih

      Delete
  9. Ikan kat rumah pon baru jew mati... Sayang sebab ikan tuu dah bertahun tahun bersama cikbunga 🌹

    ReplyDelete
  10. cantik hiasan akuarium, suka2...tgh stress, tengok ikan berenang rasa tenang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kadang2 memang perlu terapi pandang ikan ni ;)

      Delete
  11. haha mura sgt ke smpai nk bli 100 eko tu..yg penting saiz akuarium tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu namanya perasan kaya sebenarnya belum tentu mampu hahaha

      Delete
  12. Gigih benor nak bela 100 ekor. haha. K.fiezz pun ada gak bela 2 ekor ikan kat rumah. Tapi baru2 ni sekor dah mati. #sedih..

    ReplyDelete
  13. rajinnyaaaa bela! nak cuci akuarium lagi ikut masa...dulu suka gak bela, skang tak sempat lerr..plus kucing banyak sangat, takut tinggal akuarium je nanti..ahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunah, laki den yang amek part cuci tu ahahaha..

      Delete
  14. hahahaha banyak betul sampai 100 ekor! Dulu pernah la bela sekor tapi esok lusa mati dah hahaha sedih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih.. yang beli 20 ekor ni pun, ada yang dah mati ni ha...sedeyyy

      Delete
  15. aduh kak 100 ekor banyak tu. selisih bahu ikan ikan nanti. hihi..kena beli aquarium baru tu. lulus 20 ekor pun jadilah. Dulu beli gak swordfish tu, beberapa hari je dah mati. Baru tahu yang swordfish ni kena hidup dalam aquarium yang luas. Kalau tidak ikan akan jadi stress dan mati katanya. Effect juga rupanya saiz aquarium ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...swordfish suka lapang2 rupanya ya, baru tau ni ;)

      Delete
  16. leh la geng ngan Ian, minat tul bela ikan. bgn pagi tgk ikan..nak tido pun tgk ikan lu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangun tengah malam masa nak buat susu anak pun boleh menung jap tengok ikan haha

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.