Good Day Good Vibes Coklat Almond dan Pisang

                                        Minuman baru kot ni kan?

Macam tak pernah nampak sebelum ni.

Jadi haritu beli masa pergi ambik duit dekat Petronas.
Meh nak review rasa dia satu persatu.

Untuk  Good Vibes Almond Chocolate Milk ni, rasa dia taklah masa sekali sedut tu sampai nampak satu dunia menari-nari riang sebab terlalu sedap, tapi taklah tak sedap.


Rasa dia biasa-biasa je, sensasi coklat dia tak kuat sangat, sebab selang seli dengan rasa kacang.
Pada masa yang sama dia macam tawar-tawar.
Bolehlah dihadap oleh tekak, tapi tidak begitu enjoy.
Tekak aku lah, tekak orang lain mungkin tak sama.
Gitteww..

Untuk Susu Pisang ni pulak, packaging dia cute kan?

Comel je Orangutan tu peluk pisang macam tu kan.
Tidak seperti susu coklat almond tadi yang ada rasa kacang seperti dekat kotak dia, susu ini pula tak ada pulak rasa Orangutan.

Ok joking joking!

Takkanlah nak ada rasa Orangutan kan hahaha
Lagipun tak pernah makan Orangutan, mana nak tahu rasa dia macam mana kah kah

Susu pisang ni, rasa pisang dia sangat strong.
Macam makan pisang la sensasi dia.
Sedaplah jugak, aku minum yang dah tak sejuk.
Aku rasa kalau sejuk lagi sedap.

Ok itulah sahaja entry berkaitan susu.
😆

Post a Comment

21 Comments

  1. Bagus ni tinggi protein dan kalsium.

    ReplyDelete
  2. uishh susu pisang tu xprnh nmpk plak..

    yg almond tu sllu nmpk tp xprng beli..

    ReplyDelete
  3. entah2 rasa pisang yang kuat tu la rasa sebenar orang utan.. Hhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Tersedak saya baca komen kak diana ni hahaha

      Delete
  4. atie mmg tak minum yg bersusu ni... tekak tak boleh terima

    ReplyDelete
  5. susu almond tu ada pernah beli yg perisa original...betul, rasa tawar2 sikit..

    ReplyDelete
  6. pagi tadi baru nampak iklan susu pisang tu kat toll..terfikir nak beli ke tak..takut manis leting rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak begitu manis, macam makan pisang hahahah

      Delete
  7. Dua2 tak pernah jumpa lagi, tapi kalo akk rasanya lebih prefer yg coklat tu. Ada rasa kacang2 akk suka. Yg susu pisang tu, kalo orang utan tu bagi tentu akk tak tolak punya, wakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunggu orang utan tu datang kodai kak..ahahaha

      Delete
  8. ya Allah berdekah guwe dengar akk ckp gitu..hahahahahah
    kalau rasa orang utan mesti ada bulu2 dia sekali kan kita dapat rasa?LOL XD

    maaf merapu..akk la ni! xD

    ReplyDelete
  9. bertenaga la syaz lepas tu hehee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bertenaga la sekejap sebelum lalok kembali ahaha

      Delete
  10. Susu goodday tu memang kurang sikit sebba sesuai untuk orang yang diet. Dah cuba goodday good vibes tu bulan june lepas.

    http://www.azhafizah.com/2020/06/dah-cuba-good-vibes-by-goodday.html

    susu pisang tu tak pernah rasa lagi. Tapi kalau susu pisang mesti sedap.
    so far suka susu goodday dari jenama lain. Lebih variety. Paling suka kurma, green tea and honey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo padanlah dia tawar je rupanya..hehe
      yang ppisang tu sangat pisang rasa dia haha

      Delete
  11. Saya sukaaa susu coklat tuu.. hehe...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.