Jam Tangan Ayu

 Hai semua!

Happy Sunday! Masak apa tu?

Stay safe tau, jangan merayau-rayau sangat!

+++++++++++++++++++

Weekend lepas, masa balik Kuantan, aku dengan zaimi pergi dating tukar tali jam amir, sebab tak pernah pergi lagi, jadi kami pun ke Berjaya MegaMall Kuantan.

1. Ya Allah pening kami naik parking dia punyalah dasyat spiralling haha!

2. Sunyi je kawasan parking, memang kalah habis dah Berjaya MegaMall ni dengan East Coast Mall dan Kuantan City Mall. 

Tap bagi aku ok je mall tu, sebab orang pun tak ramai, just nice nak jalan-jalan musim PKPP.

Teringat ayu pun nak jam, jadi kebetulan dalam tu ada kedai serbaneka yang jual segala-mala tu 

(aku lupa nama kedainya), belikan lah dia jam.


Jadilah, RM15. 
Kalau kat kedai jam yang tukar tali jam amir tu, tak ada pulak jam harga bawah RM50.

Bukan apa, ayu memang akan pakai semata-mata bergaya sebab terikut-ikut abang dia je. Kalau beli yang mahal nanti, rosak jam tu, aku marah kat dia pulak kan.

Sebelum keluar rumah, aku tanya dia, ayu nak jam warna apa?

"Ayu nak jam toneng"

Maka kita belilah jam ikut warna dia request hihi


Punyalah suka ayu dekat jam tu.
Nak pergi rumah pengasuh pun pakai hahaha



Semoga ayu ingatlah mak pernah belikan ayu jam toneng bila ayu dah besar nanti 😊

Post a Comment

28 Comments

  1. comel je.. budak-budak ni biasanya jam beli yang murah je kan? Diorang nak bergaya je bukan nak tengok sangat jam tu kan haha

    ReplyDelete
  2. Cantik jam tangan toneng Ayu. Simpan elok-elok ye sayang.

    ReplyDelete
  3. Comeynya ayu ni, hidung dia tu..kiut sangat, mata boolat, ikut rupa mak dia masa kecik.
    Ayu, acik pinjam jam toneng boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi mata dia lagi boolat, ikut ayahnya. Jam toneng tu dia kedekut gilaa tu, aduh!

      Delete
  4. Ha ha! Mega Mall tu dah lenggang, banyak outlets dah pidak ke lain lain Malls. Saya gi ke East Coast mall je and I believed it the best mall in Kuantan. To avoid parking I go there using the E-hailing. Have a nice day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya I agree about ECM, memang havoc kan sebab semua jenis outlet ada Pak Idrus! It is good for you to use e-hailing, much easier and less headache since Kuantan is always jammed hihi! Have a nice day ahead to you too Pak Idrus ;)

      Delete
  5. Baik mak..ayu ingat.desis hati Ayu.

    ReplyDelete
  6. Ala comelnya dia ada jam tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi pakai je lebih, bila tanya pukul berapa asyik pukul 4 je jawabnya hahaha

      Delete
  7. Si bongsu kat rumah ni pun sama, nak pakai jam sebab kakak dia pakai. Padahal nombor kat jam pun dah hilang sebab rosak tapi masih jugak nak pakai. Akhirnya mak belanja jam baru la walaupun 10 ringgit je harga..asal ada nombor..huhu

    ReplyDelete
  8. kak atie suka warna kuning,,, then tgk adik ayu pakai jam kuning.. nampakkkk keceriaan disitu walau ayu tak senyum tgk camera hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! eh sama taste dengan sis atie rupanya ya!

      Delete
  9. anak2 ammi walaupun si Kyra yang dah darjah 6 tu masih belum gemar pakai jam. Beli dah berpuluh rasanya...excited diawal 3 hari je pastu jam pun ntah kemana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yang dah 30ish ni pun tak suka pakai jam hahaha

      Delete
  10. Nanti Ayu dah besar belanja kat mak jam toneng pula ya 🤗

    ReplyDelete
  11. Comel jam tangan toneng ayu. Sonok ayu dapat jam tangan. Memang seronoklah dia nak pakai setiap masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas pakai, pandai pualk simpan kat almari, takut abangnya ambik haha

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.