Sunday, October 4, 2020

Lulus Ujian Kenaikan Tali Pinggang Taekwondo

 25 September lepas, aku ada cerita berkenaan adam dan amir ada Ujian Kenaikan Tali Pinggang Taekwondo kan?

Alhamdulillah, malam semalam dah dapat keputusannya.

Adam lepas naik ke hijau 2, amir pun lepas ke kuning 1.


Masa instructor tengah umumkan yang adam lepas naik ke hijau dua, aku tak sempat nak tangkap gambar, terkocoh-kocoh berlari ke sana sebab aku dah jalan jauh dari tempat budak-budak berlatih taekwondo tu. Nak cukupkan steps la katakan hahaha!

Zaimi dengan ayu pun ikut sama, kebetulan ternampak adam dan amir kena berdiri.
Sempatlah dengar sikit ucapan dari sir dan kawan-kawan dia tepuk tangan.

Komen dari master tu, adam kena perkemaskan lagi taeguk dia.


Masa amir kena ambil tali pinggang baru dia kat depan, sempatlah aku tangkap gambar dan rakam video. Malu-malu je amir masa tu haha!



Lepas tu, masing-masing sambung berlatih ikut jenis tali pinggang masing-masing.
Aku pun ambil kesempatan tu untuk tambah steps untuk record Dragon Ball Virtual Run tu.

Dapatlah 4000++ steps semalam.
hihi!


Tahniah abang abang!
Adam sebab dia hanya naik level di warna tali pinggang yang sama, jadi dia tak dapat tali pinggang baru lah, instructor cuma lekatkan pelekat warna tali pinggang seterusnya selepas ni.

Jadi kalau ikutkan, selepas hijau adalah biru.
Sebab tu dia lekatkan warna biru kat tali pinggang hijau adam.

Katanya bulan Disember ni ada grading lagi, kalau lepas silibus, adam boleh naik ke biru 1, amir boleh naik ke kuning 2 pulak.

Agak-agak sempat tak nak habiskan silibus ya?
huhu..

Aku taknak push sangat, kalau ada rezeki alhamdulillah.
Adam pun dah naik 2 kali tahun 2020 ni.


Malam tadi jugak, masa dalam perjalanan dari rumah ke Kelab Rakan Muda Kuala Pilah tu, kami nampak bulan baru nak naik. Allah cantiknya dia, kamera tak dapat nak capture.

Tak apalah, simpan dalam kepala je.
Indah sangat malam tadi 😉


Dah, jom gosok baju, esok kerja.
uhhuk..

30 comments:

  1. Bagus kan kecil lagi dah ada ilmu pertahankan diri. Terbaik!

    ReplyDelete
  2. Berapa harga untuk grading sekarang wak? Dulu time 90an, bayar RM30 setiap kali nak grading. Dan saya adalah ex taekwondo-an yang tak sempat habis belajar, sampai blue belt je pastu lari..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dalam rm50, ikut tahap tali pinggang. wah hebatnya ex taekwondo! saya langsung tak pernah belajar hahaha

      Delete
  3. wahhhhh ! bestnyaaaa ! keep learninggg tauu.. tahniahhh adik2

    ReplyDelete
  4. Tahniah 🥋🥋
    Budak budak mesti happy... Mak budak pon happy juga🌹🌹

    ReplyDelete
  5. bestnya .. tetiba rasa menyesal pulak tak sambungkan anak2 ammi belajar taekwondo ni

    ReplyDelete
  6. tahniah untuk amir dan adam...
    cantik pemandangan bulan tu, tapi kadang kita tengok bulan cantik sangat malam tu tapi bila nak ambil gambar... tak dapat pun amik gambar tu, cuma boleh simpan dalam otak betapa cantiknya dia hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak dana!
      itulah, cuma boleh dikenang je kecantikkan bulan tu :D

      Delete
  7. Tahniah Adam & Amir...moga istiqomah hingga dapat black belt..fighting!!

    ReplyDelete
  8. Aloloooo...comelnya Adam dan Amir. Tahniah sayang!

    ReplyDelete
  9. Tahniah abang abang. Pasni dapatkan biru 1 dan kuning 2 pulak ye. Goodluck!

    ReplyDelete
  10. omg omg jelesnya tengok. sy sampai yellow belt ja then stop kejap sbb coach pass away.. sudahnya sampai skrg stop..aduyaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih belum terlambat, boleh lagi tu nak sambung kelas hehehe

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot