25 September lepas, aku ada cerita berkenaan adam dan amir ada Ujian Kenaikan Tali Pinggang Taekwondo kan?
Alhamdulillah, malam semalam dah dapat keputusannya.
Adam lepas naik ke hijau 2, amir pun lepas ke kuning 1.
Masa instructor tengah umumkan yang adam lepas naik ke hijau dua, aku tak sempat nak tangkap gambar, terkocoh-kocoh berlari ke sana sebab aku dah jalan jauh dari tempat budak-budak berlatih taekwondo tu. Nak cukupkan steps la katakan hahaha!
Zaimi dengan ayu pun ikut sama, kebetulan ternampak adam dan amir kena berdiri.
Sempatlah dengar sikit ucapan dari sir dan kawan-kawan dia tepuk tangan.
Komen dari master tu, adam kena perkemaskan lagi taeguk dia.
Masa amir kena ambil tali pinggang baru dia kat depan, sempatlah aku tangkap gambar dan rakam video. Malu-malu je amir masa tu haha!
Lepas tu, masing-masing sambung berlatih ikut jenis tali pinggang masing-masing.
Aku pun ambil kesempatan tu untuk tambah steps untuk record Dragon Ball Virtual Run tu.
Dapatlah 4000++ steps semalam.
hihi!
Tahniah abang abang!
Adam sebab dia hanya naik level di warna tali pinggang yang sama, jadi dia tak dapat tali pinggang baru lah, instructor cuma lekatkan pelekat warna tali pinggang seterusnya selepas ni.
Jadi kalau ikutkan, selepas hijau adalah biru.
Sebab tu dia lekatkan warna biru kat tali pinggang hijau adam.
Katanya bulan Disember ni ada grading lagi, kalau lepas silibus, adam boleh naik ke biru 1, amir boleh naik ke kuning 2 pulak.
Agak-agak sempat tak nak habiskan silibus ya?
huhu..
Aku taknak push sangat, kalau ada rezeki alhamdulillah.
Adam pun dah naik 2 kali tahun 2020 ni.
Malam tadi jugak, masa dalam perjalanan dari rumah ke Kelab Rakan Muda Kuala Pilah tu, kami nampak bulan baru nak naik. Allah cantiknya dia, kamera tak dapat nak capture.
Tak apalah, simpan dalam kepala je.
Indah sangat malam tadi 😉
Dah, jom gosok baju, esok kerja.
uhhuk..
30 Comments
Tahniah Adam dan Amir
ReplyDeleteterima kasih wak!
Deletetahniah both of u :-)
ReplyDeletethanks sis ;)
DeleteBagus kan kecil lagi dah ada ilmu pertahankan diri. Terbaik!
ReplyDeleteInsyaallah ;)
DeleteBerapa harga untuk grading sekarang wak? Dulu time 90an, bayar RM30 setiap kali nak grading. Dan saya adalah ex taekwondo-an yang tak sempat habis belajar, sampai blue belt je pastu lari..hihi
ReplyDeletesekarang dalam rm50, ikut tahap tali pinggang. wah hebatnya ex taekwondo! saya langsung tak pernah belajar hahaha
DeleteAmboi! 4000++ steps! hhehehe
ReplyDeletehahaha hebat tak? :P
Deletewahhhhh ! bestnyaaaa ! keep learninggg tauu.. tahniahhh adik2
ReplyDeleteinsyaallah! thank you atie!
Deletewahhh tahniah! =)
ReplyDeleteterima kasih!
DeleteTahniah 🥋🥋
ReplyDeleteBudak budak mesti happy... Mak budak pon happy juga🌹🌹
betul3 ;)
Deleteterima kasih!
bestnya .. tetiba rasa menyesal pulak tak sambungkan anak2 ammi belajar taekwondo ni
ReplyDeletejom sambung semula ammi! ;)
Deletetahniah untuk amir dan adam...
ReplyDeletecantik pemandangan bulan tu, tapi kadang kita tengok bulan cantik sangat malam tu tapi bila nak ambil gambar... tak dapat pun amik gambar tu, cuma boleh simpan dalam otak betapa cantiknya dia hehehe
terima kasih kak dana!
Deleteitulah, cuma boleh dikenang je kecantikkan bulan tu :D
Tahniah Adam & Amir...moga istiqomah hingga dapat black belt..fighting!!
ReplyDeleteinsyaallah! doakan sama ya sis ;)
DeleteTahniah adam & amir
ReplyDeleteTerima kasih;)
DeleteAloloooo...comelnya Adam dan Amir. Tahniah sayang!
ReplyDeleteTerima kasih sis amie ;)
DeleteTahniah abang abang. Pasni dapatkan biru 1 dan kuning 2 pulak ye. Goodluck!
ReplyDeleteamin3 tenkiu AMN ;)
Deleteomg omg jelesnya tengok. sy sampai yellow belt ja then stop kejap sbb coach pass away.. sudahnya sampai skrg stop..aduyaii
ReplyDeletemasih belum terlambat, boleh lagi tu nak sambung kelas hehehe
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.