"Nie nak makan apa?", soal emak sebaik saja kami duduk di satu meja di deretan kedai-kedai makan.
Lokasinya aku tak ingat, tapi somewhere di Perak.
Masa ni, kira-kira 30 tahun yang lepas, kami masih lagi balik ke kampung abah di Alor Setar menggunakan jalan lama. PLUS masih dalam proses pembinaan mungkin.
Jadi, apabila sudah berjam-jam aku kepeningan di dalam kereta, abah pun sudah mula letih, kereta pun perlu direhatkan enjin dia sekejap, maka kami pun akan singgah di kedai makan, untuk recharge, pergi ke tandas dan sebagainya.
Aku yang masih mamai sebab tidur dalam kereta, masih tak terfikir nak makan apa.
Nak makan apa?
Macam tak lapar sangat je.
Mata aku melilau-lilau memandang sekeliling deretan kedai makan yang ala-ala RNR.
Ada macam-macam menu yang terpapar di dinding dan kain rentang kedai masing-masing.
Manusia yang menjamu selera di meja masing-masing pun boleh tahan ramainya, ada yang bersendirian, ada juga yang bersama keluarga dan anak kecil.
Aku yang baru pandai mengeja masa tu membaca kesemua menu yang dipaparkan satu persatu.
Nasi ayam.
Nasi lemak.
Mee goreng.
Mee sup.
Senang cerita, ada banyak menu yang boleh dipilih untuk mengisi perut.
Tapi, mata aku tertarik dengan satu papan tanda putih bertulisan merah.
Dua patah perkataan yang tertera di atas papan tanda tu betul-betul menaikkan selera aku.
Nasi campur.
"Mak, Nie nak makan nasik campur kedai tu", jari telunjuk aku hala kan ke kedai tersebut.
"Ok. Nak lauk apa?", ala mak ni, penting ke lauk? Apa-apa je lah.
"Lauk telur mata kerbau je. Nasik campur"
"Ok"
Dan aku pun lihat mak berjalan membeli nasi yang aku pinta.
Seronok!
Aku tak pernah makan nasik campur sepanjang 5 tahun aku hidup!
Selalu kalau mak dan abah bawak pergi kedai makan, diorang mesti order kan aku mee sup.
Ah, kali ni aku taknak mee sup.
Aku nak cuba sesuatu yang baru.
Nasi campur, how cool is that!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
"Nah, pergi sinki tu basuh tangan dulu", arah mak sebaik saja dia letakkan sepinggan nasi putih yang ada sedikit kuah kicap dan telur mata.
Kening aku berkerut, sebab aku hairan. Kenapa mak bawa nasi putih dengan telur je?
"Ni nasik siapa?", aku tanya, untuk kepastian.
"Nasik kau lah"
"Satu je nasik?"
"Ye lah, kalau dah habis nanti, nak tambah, baru mak pergi tambah"
"Nasik yang lain dah habis ke?"
"Apa yang habis?"
"Kenapa dia tak campur?"
"Campur apa?"
"Campur nasik lah?"
"Campur apa? Nak lauk lain lagi ke?", mak dah semakin pening. Abah pun dah angkat tangan, panggil brader waiter kedai tu datang. In case aku nak tambah lauk lain, agaknya dia nak suruh brader tu je ambilkan.
"Campur semua nasik la", aku masih tak puas hati. Kenapa macam ni?
Brader waiter dah berdiri sebelah meja, terpinga-pinga kenapa agaknya abah panggil dia.
Emak dan abah pun masih pening lagi melayan aku, apa yang aku nak sebenarnya?
"Kenapa dik?", tanya brader tu.
"Nak nasik lain sekali. Nasik campur-campur", jawabku, polos.
"Campur macam mana, cuba habaq kat abang?", brader tu cool orangnya, senyum je.
"Campur semua nasik lah. Nasik ni, nasik ayam, nasik lemak, nasik tomato.."
Tak sempat aku habiskan senarai jenis nasik yang aku tau, terburai gelak tawa semua orang yang ada kat meja tu.
Ok, rupanya semua tengah gelakkan aku ni.
Ok, sila tahan, jangan menangis. Eh sedih tau bila orang gelakkan kita..huhu..
"Nasik campuq tu, nasik buh lauk dik", brader tu masih gelak-gelak.
"Nasik campur tu sama macam nasik makan kat rumah la, Nie", abah menambah.
La, macam tu ke?
Mana la aku tau. Serius aku bayangkan nasik campur tu adalah gabungan beberapa nasik yang digaul atas satu pinggan. Sumpah, itu yang aku fikir masa tu.
"Lain kali tulis la 'Nasi Campur Lauk' kat sana", aku mencebik.
Tak cool langsung Nasi Campur ni rupanya.
Nenek pun boleh buat!
Penipu punya kedai, musnah harapan aku nak makan Nasik Campur!
-Gambar ni masa lebih kecik dari kejadian tu, saja nak tunjuk aku comel, boleh? hahaha-
Salah aku ke?
Ahahah
44 Comments
Kasih an kena tuduh tipu. Rasa awal-awal memang tidak tahu. Saya pun awal-awal tidak tahu nasi campur.
ReplyDeletehihihhi.. terpinga2 masa tu >_<
Deletealahai comei nya..tapi betul juga tu..nasi campur kan..why tak campur nasi..mungkin boleh dicuba campur
ReplyDeletehahaha otak kanak2 saya tak dapat digest benda tu
DeleteHahaha... Mula2 uncle pon pening! adui!
ReplyDeletetak pasal2 semua orang pening hahaha
Deletehahahahhaha... sweet dan cute sangat, betapa polos dan naifnya kita heheheh
ReplyDeletekan kan kan! :P
Deletenak gelak dulu boleh hehehe
ReplyDeletekikiki!
DeleteAhahaaaa... gitu ceitanya nasi campur ye. Nampaknya sebelum KBAT diajar di sekolah, Syaz dah ada KBAT terlebih dahulu!
ReplyDeleteAhahaah!
Deletehaha jom gelakkan dia
ReplyDeletekekeke :P
DeletePengalaman yang lucu
ReplyDeletedari awal saya juga penasaran banget dengan nasi campur ,kirain nasi campuran dari aneka nasi
hehe ya benar tu pak :)
DeleteWalau pun masih kecil, tapi nampak bijak budak ni.
ReplyDeletehihi budak banyak akal dulu ni wak hahaha
Deleteahhahaha adoiii tergelak habis Cik TK... jap sambung gelak lagi... hahahhhahaha
ReplyDeletemmmm tapi kan... logik gak ni. nape nama dia nasi campur ek.. hahha
kan? Kesian saya yang masih kecik tu :P
DeleteBoleh tahan juga Syaz kecik kecik dulu. Keletah. Mengingatkan anak saya yang tanya kenapa susu dipokok getah tak boleh minum. Tu kenapa dinamakan susu.
ReplyDeletehahaha! adik saya pernah tanya, kenapa tak boleh minum susu kucing ahaha
Deletecerita yang sangat menarik...kisah 30 tahun yang lepas tu
ReplyDeletecerita zaman lampau hehe
DeleteHahaha,,,saya dulu bab air..kalau nak minum air tea is tu selalu lah order "nak air teh campur susu dengan ais..boleh tahan sampai besar jugak..sebab tak tahu nak beza teh ais dengan teh o ais.
ReplyDeletesama! sep! mesti nak order teh susu hahahah
Deleteaduh.... tak pernah terfikir pun nasi campur tu nasi yg mcm2 nasi di campurkan... Kak Syaz mmg berfikiran lain dari yg lain betul
ReplyDeletetu mak akak pening tu haha
Deleteokay ini kelakor ^_^
ReplyDeleteyerla budak baya tu mana paham sangat nasi campur kan
tu kan menu org dewasa hehehee
betul, kita masa tu makan pun asik lauk telur je pun hahaha
Deletesalam hujung minggu syaz
ReplyDeleteHappy weekend DP!
Deletealahai kenapa x tanya kat wak penah try nasi 7 benua ., ada Nasi lamuni, nasi tomato, nasi hujan panas, nasi kacang, nasi minyak, nasi lemak dan nasi putih ..
ReplyDeleteni wak bagi link kalo mak adik nak try naa., kat bangi pown rasanye ade ..
http://www.redscarz.com/2015/10/nasi-7-benua-penang-tempat-makan-best.html
Ooooooooo nasik yang saya bayangkan tu namanya nasi tujuh benua rupanya! amazing! tenkiu waklat!
Deleteno worries.. kata org jauh berjalan luas pemandangan.. hehehe
Deleteterbaik waklat!
DeleteComel je budak 5 tahun..hihi..
ReplyDeletehihihi
DeleteNi namanya imaginasi tinggi!
ReplyDeleteEntri akk lom habis ,saya dah gelak dulu...boleh agk akk nk cite ape XD
masa kecik2 kadang2 memg lawak la bila difikirkan balik..
hihi masa kecik memang suka fikir entah apa2 haha
DeleteHahaha..dulu pun tak faham nasi campur ni. nasi campur memang tak cool. hihi
ReplyDeleterupa rupanya nasik biasa je kan? hahaha
DeleteTetiba kita terpandang entry ni, hahahha
ReplyDeletehahaha ;)
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.